![]() |
TOKYO, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Japan Tobacco Inc. (JT) (TSE: 2914) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan dalam Indeks Kelestarian Asia Pasifik Dow Jones (DJSI Asia Pasifik), untuk tahun kelapan berturut-turut, mencerminkan pendekatan berterusan syarikat untuk menangani isu sosial dan alam sekitar merentasi rantaian nilainya.
DJSI ialah indeks saham ESG yang diiktiraf di seluruh dunia[1] dan penanda aras kelestarian global yang menjejaki prestasi saham syarikat terkemuka dunia dari segi kriteria ekonomi, alam sekitar dan sosial, dengan konstituen dipilih pada asas Penilaian Kelestarian Korporat Global (CSA) S&P.[2] DJSI Asia Pasifik ialah indeks syarikat di rantau Asia Pasifik yang disemak sekali setahun dan konstituennya dipilih daripada kira-kira 600 syarikat utama di rantau ini.
Kazuhito Yamashita, Ahli Lembaga Pengarah merangkap Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Kelestarian, Pematuhan dan Hal Ehwal Am, berkata: "Kami gembira kerana JT sekali lagi dimasukkan dalam DJSI Asia Pasifik tahun ini. Rangka kerja CSA ialah suatu pendekatan komprehensif yang menggabungkan trend dan perbincangan terkini merentasi spektrum ESG. Penyertaan dalam penilaian ESG antarabangsa dan boleh dipercayai membolehkan kami menilai secara objektif langkah kelestarian dan bahan pendedahan kami sendiri. Kami komited untuk mempromosikan pendedahan maklumat bukan kewangan yang telus dan boleh dipercayai. Ia adalah salah satu agenda yang telah kami fokuskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan merupakan inisiatif penting untuk memajukan dialog dengan para pemegang taruh kami."
JT mendapat markah 79/100 dalam Penilaian Kelestarian Korporat Global S&P 2021, mencapai skor penuh dalam kriteria Kematanan, Pengurusan Risiko & Krisis, Pelaporan Alam Sekitar, Kecekapan Eko Kendalian, Pelaporan Sosial dan Kewarganegaraan Korporat serta Kedermawanan, daripada 24 kriteria keseluruhan (Data skor: 12 November 2021).
Strategi kelestarian JT Group dirumuskan berdasarkan model 4S[3] dan merangkumi analisis kematanannya. Asas strategi kelestariannya untuk keseluruhan Kumpulan ialah "tiga keperluan mutlak untuk kelestarian":
Kumpulan JT menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sasaran berkaitannya dalam konteks perniagaan dan persekitaran operasi syarikat.[4] Untuk mencapai pertumbuhan yang lestari, adalah penting bagi Kumpulan untuk menyumbang kepada pembangunan lestari masyarakat melalui aktiviti perniagaannya. Kumpulan JT akan terus melibatkan diri dengan para pemegang taruh dan melakukan usaha bersepadu untuk memastikan kedua-dua masyarakat dan Kumpulan dapat berkembang bersama-sama untuk menjamin masa depan yang lestari.
[1] Indeks saham ESG mencerminkan ukuran organisasi dari segi prestasi sosial, alam sekitar dan tadbir urus selain daripada prestasi kewangannya.
[2] CSA ialah penilaian yang dijalankan oleh S&P Global. Syarikat dikategorikan mengikut industri dan menghantar soal selidik yang memfokuskan kepada faktor ESG yang paling penting dan relevan dalam setiap industri untuk menilai pendekatan ESG mereka dari segi ketelusan dan prestasi.
[3] Meneruskan model 4S adalah prinsip pengurusan syarikat. Kumpulan JT berusaha untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada pengguna, pemegang saham, pekerja dan masyarakat yang dihargai secara lebih meluas, mempertimbangkan dengan teliti kepentingan masing-masing melalui empat kumpulan pemegang taruh utama ini dan melebihi jangkaan mereka setakat yang mampu dicapai.
[4] Sila rujuk https://www.jt.com/sustainability/strategy/materiality_strategy_sdgs/index.html untuk mendapatkan butiran lanjut tentang komitmen Kumpulan JT terhadap SDG dan cara khusus yang kami boleh menyumbang untuk mencapai beberapa matlamat.
Japan Tobacco Inc. ialah syarikat tembakau antarabangsa terkemuka yang beroperasi di lebih 130 buah negara. Dengan kira-kira 58,000 pekerja, ia mengeluar dan menjual beberapa jenama terkenal di dunia termasuk Winston, Camel, MEVIUS dan LD. Kumpulan JT komited untuk melabur dalam Produk Risiko Dikurangkan (RRP) dan kini memasarkan produk tembakau yang dipanaskan di bawah jenama Ploom dan pelbagai produk e-rokok di bawah jenama Logic keluarannya. Kumpulan juga terlibat dalam perniagaan farmaseutikal dan makanan proses. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jt.com/.
Sila hubungi: |
Dinesh Babu Thotakura, Pengurus Besar |
Jo Oshiana Ogawa, Pengurus Bersekutu |
|
Bahagian Perhubungan Media dan Pelabur |
|
Japan Tobacco Inc. |
|
Tokyo: +81-3-6636-2914 |
|
E-mel: jt.media.relations@jt.com |
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1574133/Japan_Tobacco_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1687954/DJSI_JT.jpg?p=medium600