omniture

Malaysia Dipuji kerana Usul Kuat bagi Melindungi Langkah Kawalan Tembakau di bawah Perjanjian Perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik

Campaign for Tobacco-Free Kids
2013-08-28 15:38 171

BANDAR SERI BAGAWAN, Brunei, 28 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Kenyataan Susan M. Liss, Pengarah Eksekutif, Kempen Kanak-kanak Bebas Tembakau.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080918/CFTFKLOGO)

Kempen Kanak-kanak Bebas Tembakau menyokong kuat usul yang ditawarkan semalam oleh kerajaan Malaysia, dalam rundingan untuk perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang akan melindungi hak kedaulatan negara yang menyertai bagi mengamalkan langkah mengurangkan penggunaan tembakau.

Malaysia dengansecara rasminya memperkenalkan bahasa tembakau pada hari Isnin di Brunei, di mana 12 negara termasuk Amerika Syarikat dan Malaysia sedang menjalankan perundingan TPP pusingan ke-19 ini.

Usul Malaysia memberikanmenyediakan pembentukan lengkap tentang langkah kawalan tembakau daripada perjanjian TPP itu, mengelakkan industri tembakau dan sekutunya dalam kerajaan mencabar langkah itu sebagai pengingkaran perjanjian itu. Usul itu sesuai dan perlu bagi menghalang industri tembakau daripada terus mencabar langkah kawalan tembakau sebagai pengingkaran perdagangan, taktik yang semakin kerap digunakan oleh industri di seluruh dunia bagi melawan usaha mengurangkan penggunaan tembakau.

Pembentukan lengkap yang diusulkan oleh Malaysia adalah berdasarkan pengakuan bahawa produk tembakau berbahaya  dalam cara yang unik. Ia membunuh pengguna walaupun jika digunakan mengikut arahan dan adialah punca nombor satu untuk kematian yang dapat dielakkan di seluruh dunia. Pembentukan lengkap tembakau daripada TPP akan mengiktiraf sepersetujuan duniaglobal yang negara mesti bertindak untuk mengurangkan penggunaan tembakau, menurut satu-satunya perjanjian kesihatan awam di dunia, Kerangka Konvensyen Kawalan Tembakau. Perjanjian perdagangan tidak patut menjejaskan usaha negara bagi mengurangkan penggunaan tembakau dan menyelamatkan nyawa.

Kami memuji kerajaan Malaysia kerana memberikanmenyediakan kepimpinan kuat dalam pertarungan dunia menentang epidemik tembakau dan menggesa A.S.  serta negara TPP lain menyokong usul Malaysia. Kami juga memuji masyarakat kawalan tembakau Malaysia untuk sokongan padu mereka bagi meyakinkan kerajaan  Malaysia menawarkan usul ini.

Kini setelah Malaysia menawarkan usul ini, kami menggesa Amerika Syarikat bekerjasama dengan Malaysia dan negara lain bagi menyokong usul yang akan menyediakan perlindungan sebenar bagi langkah kawalan tembakau, dan bukan mendesak untuk bahasanya sendiri. Usul terbaharu daripada Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), juga ditawarkan dengansecara rasminya hari ini, mewakili pengunduran daripada satu usul A.S. terdahulu dan gagal menghalang langkah kawalan tembakau daripada dicabar sebagai pengingkaran perjanjian perdagangan. Usul USTR terbaharu ini hanya menyatakan langkah kawalan tembakau dimasukkan dalam peruntukan Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan (GATT) yang mengiktiraf kuasa negara untuk menggubal langkah kesihatan dan keselamatan. Ia juga mengarahkan pegawai kesihatan awam daripada negara yang menyertai perjanjian perniagaanperdagangan ini untuk merujuk sesama sendiri sebelum melancarkan cabaran perdagangan berkaitan tembakau, tetapi tidak akan menghalang cabaran itu diteruskan. Usul USTR terdahulu akan menyediakan perlindungan untuk langkah kawalan tembakau di bawah perjanjian TPP dan, menurut USTR, "mengiktiraf jelas status unik produk tembakau daripada perspektif kesihatan dan kawal selia."

Industri tembakau serta sekutunya dalam kerajaan semakin kerap menggunakan perjanjian perdagangan dan pelaburan bagi mencabar langkah kawalan tembakau yang sah, dan telah melakukannya khusus menentang undang-undang yang diamalkan di A.S., Australia, Uruguay, Ireland, Norway dan Turki. Indonesia memfailkan cabaran Organisasi Perdagangan Dunia terhadap larangan A.S. untuk rokok berperisa buah-buahan dan gula-gula. Syarikat tembakau dan beberapa negara telah memfailkan cabaran perdagangan terhadap undang-undang Australia yang mewajibkan rokok dijual dalam pembungkusan biasa, sementara Philip Morris International telah menggunakan perjanjian pelaburan bagi mencabar undang-undang kawalan tembakau Uruguay, termasuk mewajibkan penggunaan amaran kesihatan yang besar dan grafikjelas.

Cabaran berkos tinggi ini disasarkan bukan sahaja untuk menewaskan langkah kawalan tembakau, tetapi juga untuk menghalang kerajaan daripada menggubal terus undang-undang begini pada mulanya. Usul Malaysia akan menghalang cabaran industri sedemikian di bawah TPP, di manakala usul USTR gagal berbuat demikianmelaksanakannya.

Usul tembakau itu dijadualkan untuk dibincangkan dengan lebih lanjut semasa mesyuarat kumpulan bertugas dalampada bulan September.

Source: Campaign for Tobacco-Free Kids
Keywords: Tobacco Advocacy Group Opinion Children-related news Trade policy