SAN FRANCISCO, 28 Ogos 2013 /PRNewswire/ --
-- Versi Baharu Menawarkan Sokongan HTML5 Terbaik Dunia, Penyekat Iklan Terbaik Android dan Pengalaman Pengguna Dioptimum untuk Mudah Alih
Maxthon, syarikat perisian global yang membangunkan pelayar web canggih, hari ini melancarkan versi baharu pelayar Androidnya dengan ciri baharu seperti penyekat iklan canggih, skrin penuh dan penyelarasan serta sandaran fail percuma – semuanya didatangkan dengan kelajuan pantas dan sokongan standard kukuh, termasuk sokongan terbaik dunia untuk standard HTML5.
"Peranti mudah alih semakin kerap menjadi skrin pertama untuk pengguna yang mengakses internet dalam pasaran memuncul," kata Jeff Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon. "Itu memberikan kepentingan lebih tinggi untuk keperluan bagi pelayar yang benar-benar optimum untuk mudah alih. Ini menawarkan pengalaman pengguna lebih baik yang datang dengan set ciri standard yang boleh berfungsi sejurus selepas pemasangan yang bagus ditambah dengan perkhidmatan awan percuma yang membuatkan web peranti berbilang sebagai usul yang tidak menyusahkan."
Dipacu pengujian dan maklum balas pengguna dari seluruh dunia dan pengoptimuman prestasi WebKit dalaman, pelayar Android baharu Maxthon membuatkan pelayaran mudah alih lebih pantas, lebih senang dan lebih mudah. Ciri-cirinya termasuklah:
"Gelombang seterusnya untuk web global adalah untuk mudah alih dengan Android sedang menerajui," kata Karl Mattson, Naib Presiden divisyen antarabangsa Maxthon. "Versi pelayar kami ini terbina daripada prestasi yang sedia kukuh dan pengalaman penggunaan sejurus selepas pemasangan bagi membuatkan web mudah alih benar-benar lebih pantas, lebih menyeronokkan dan lebih mudah diakses. Sama ada telefon pintar anda ialah skrin 'pertama', 'kedua' atau 'ketiga', kami yakin sekali anda mencubanya, anda akan kekal setia dengan pelayar Maxthon Android."
Tentang Maxthon
Maxthon ialah syarikat perisian inovatif yang membangunkan pelayar web unggul yang terus menetapkan standard baharu untuk kepantasan, keselamatan, kesederhanaan dan ciri-ciri awan. Ia boleh didapati melalui platform Windows, Android, iOS dan Mac. Dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, Maxthon mencapai komuniti pengguna global yang mencecah 120,000,000 orang setiap bulan di lebih 150 negara. Untuk maklumat lanjut tentang Maxthon sila lawati
Hubungi:
Burson-Marsteller untuk Maxthon
Lowell Eschen
Lowell.Eschen@BM.com
212.614.4081
SUMBER Maxthon USA Inc.