omniture

Program TOEIC® Melancarkan Data Mendengar dan Membaca Sedunia TOEIC® 2012

Educational Testing Service
2013-08-29 01:56 161

- Ujian TOEIC® digunakan lebih kerap berbanding penilaian Bahasa Inggeris lain bagi mengukur kefasihan tenaga kerja

PRINCETON, New Jersey, 28 Ogos 2013 /PRNewswire/ --  Educational Testing Service (ETS) akan melancarkan kepada umum buat kali pertama sejak beberapa tahun lepas keputusan lanjut laporannya tentang peserta ujian TOEIC® seluruh dunia untuk penilaian Mendengar dan Membaca (L&R) TOEIC ®.

Laporan Mendengar dan Membaca TOEIC® tentang Peserta Ujian Seluruh Dunia membentangkan maklumat tentang markah purata Mendengar dan Membaca peserta ujian TOEIC, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris, dan pengalaman mengambil ujian TOEIC. Maklum balas kepada borang soal selidik itu, di mana laporan ini berdasarkan kepadanya, membolehkan pengguna mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang orang yang mengambil ujian itu dan beberapa faktor yang mempengaruhi markah TOEIC mereka dan peningkatan berkaitan dalam kefasihan Bahasa Inggeris. ETS akan menyediakan data ini untuk rujukan bagi organisasi merancang untuk menetapkan tanda aras dan matlamat, namun, kadar maklum balas berbeza mengikut soalan latar belakang berbeza dan penelitian harus dibuat semasa melakukan inferens berdasarkan data ini.

"Bahasa Inggeris dituturkan oleh hampir dua bilion orang daripada latar belakang geografi, budaya dan linguistik berbeza seluruh dunia, maka penting bagi pengguna markah lebih memahami tentang individu yang mengambil ujian itu dan mempunyai pengetahuan tentang faktor yang mempengaruhi markah mereka," kata David Hunt, Naib Presiden ETS dan Ketua Pegawai Operasi divisyen Global ETS.

Jelas Hunt lagi, memandangkan Soal Selidik Latar Belakang TOEIC sangat mendalam dan proses pengujian itu pula terpiawai, peserta ujian dari apa-apa latar belakang dan mana-mana lokasi boleh dibandingkan dengan adil oleh pengguna markah. Sebagai penilaian Bahasa Inggeris dalam tenaga kerja yang paling banyak diambil dan digunakan, organisasi boleh membina tenaga kerja yang lebih berkepelbagaian dan berkelayakan dengan menggunakan markah TOEIC dan maklumat soal selidik bagi membuat keputusan maklum bagi menempatkan, membangunkan dan menaikkan pangkat kakitangan dari dan dalam mana-mana negara atau rantau. Tambahan lagi, penerimaan yang lebih tinggi untuk ujian TOEIC bermakna peserta ujian boleh menggunakan markah ujian mereka untuk meningkatkan kerjaya mereka di lebih banyak organisasi seluruh dunia.

Antara sorotan laporan termasuklah:

  • Gambaran peserta ujian L&R TOEIC pada tahun 2012
  • Markah TOEIC purata di negara asal, industri dsb.
  • Hubungan antara markah L&R
  • Demografi peserta ujian

Penilaian TOEIC adalah adil, andal dan pengukuran sah untuk kemampuan peserta ujian menggunakan Bahasa Inggeris yang lazim di tempat kerja. Digunakan oleh hampir 14,000 organisasi di 150 negara, ujian TOEIC ialah standard antarabangsa untuk menilai tahap kefasihan Bahasa Inggeris seseorang individu untuk tenaga kerja, mengukur sebaik mana seorang kakitangan berpotensi mengaplikasikan kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam persekitaran kerja yang praktikal. Sementara organisasi menggunakan markah dan soal selidik TOEIC bagi membina tenaga kerja yang lebih kukuh, pencari kerja pula mempercayai Program TOEIC bagi menonjolkan diri mereka dalam pasaran kerja yang bersaing sengit. Penilaian TOEIC menilai keempat-empat kemahiran berbahasa dan menyediakan gambaran kekuatan dan kelemahan peserta ujian yang boleh digunakan bagi membuat keputusan pengambilan pekerja, penempatan dan latihan yang baik.

Muat turun laporan daripada www.ets.org/toeic/publications. Untuk maklumat lanjut tentang program TOEIC, sila lawati www.ets.org/toeic.

Tentang Ujian TOEIC

Selama lebih 30 tahun, ujian TOEIC telah menjadi standard global untuk mengukur kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris di tempat kerja. Kelompok penilaian TOEIC, termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC, ujian Bertutur dan Menulis TOEIC dan ujian TOEIC Bridge™ digunakan oleh hampir 14,000 perniagaan, organisasi dan agensi kerajaan di 150 negara. Pada tahun 2012, hampir tujuh juta ujian TOEIC telah dilaksanakan seluruh dunia, mengukuhkan Program TOEIC sebagai penilaian Bahasa Inggeris yang terbesar dan paling meluas digunakan untuk tempat kerja. Untuk maklumat lanjut tentang ujian TOEIC dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Program TOEIC lawati  www.ets.org/toeic.

Tentang ETS

Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk penduduk seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan rapi. ETS berkhidmat untuk individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah, di samping menjalankan penyelidikan, analisis dan kajian polisi pendidikan. Ditubuhkan sebagai organisasi tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, melaksanakan dan menilai pemarkahan lebih 50 juta ujian seluruh dunia – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series™ - di lebih 180 negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research