omniture

ETS Meluaskan Kehadiran di India, Memacu Pertumbuhan untuk Jenama Teras TOEFL® dan GRE®

ETS
2021-11-17 11:43 37

Lejo Sam Oommen Dilantik sebagai Pengarah Urusan ETS India  

PRINCETON, New Jersey, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Organisasi bukan berasaskan keuntungan ETS hari ini mengumumkan pembentukan ETS India, menubuhkan pejabat di negara itu secara rasmi untuk mengembangkan jejak global organisasinya di samping berusaha untuk terus berkhidmat kepada pelajar sebagai sebahagian daripada perjalanan pendidikan sepanjang hayat mereka. Lejo Sam Oommen, bekas pekerja Pearson™, akan memimpin ETS India sebagai Pengarah Urusan. Dalam peranan ini, Oommen akan membangunkan dan melaksanakan strategi pertumbuhan keseluruhan ETS untuk produk dan perkhidmatannya di India.

ETS telah lama komited terhadap komuniti pendidikan India dan penubuhan pejabat ETS India merupakan langkah seterusnya yang semula jadi dalam menyokong para pelajar – dalam negara dan di seluruh dunia – serta institusi pendidikan tinggi untuk mereka terus menarik pelajar siswazah dari pelbagai latar belakang. Pembentukan ETS India akan terus mengukuhkan hubungan organisasi dengan rakan kongsi utama dalam negara, menyediakan peluang yang lebih banyak dari segi kerjasama dan pelaburan kepada kedua-dua ETS dan perniagaan India, termasuklah di dalam dan bersama sekolah, institusi, syarikat, ejen pendidikan, pelatih bahasa dan penasihat untuk belajar di luar negara.

"ETS sangat sejajar dengan pendekatan berani dan berwawasan India untuk membentuk semula, menambah baik dan memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua warga India melalui rangka kerja Dasar Pendidikan Baharu (NEP) dan peningkatan peluang yang akan disediakan kepada pelajar India," kata Mohammad Kousha, Naib Presiden Bersekutu Pertumbuhan Global ETS. "Pendekatan berorientasikan misi ETS bagi memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk semua adalah konsisten dengan visi yang berwawasan ke hadapan ini. Kami berharap dapat memperluas peluang pembelajaran di dalam negara kepada seluruh rakyat India dan kehadiran Lejo akan membantu kami mencapai matlamat ini."

"Saya gembira dapat menyertai ETS dan memimpin pejabat dan pasukannya di India pada waktu organisasi ini menjalani transformasi yang signifikan di samping melihat masa depan untuk berkhidmat kepada para pelajar di seluruh dunia dengan memberi tumpuan khusus kepada mereka di India," kata Oommen. "Adalah hasrat saya untuk membina asas yang sudah sedia kukuh yang wujud di India, mengukuhkan nilai produk ETS sedia ada termasuk Penilaian Keluarga TOEFL®, ujian GRE® dan peperiksaan TOEIC®, serta alat pembelajaran dan peluang perniagaan baharu."

Di Pearson, Oommen telah berkhidmat sebagai Pengurus Besar dengan pengawasan ujian Akademik PTE® dan telah dikreditkan atas sumbangan beliau terhadap prestasi perniagaan organisasi yang kukuh, memberikan hasil yang signifikan dalam pertumbuhan, pendapatan, prestasi operasi dan keuntungan. Sebelum bertugas di Pearson, beliau memegang jawatan di beberapa organisasi termasuk Reliance Money, ICICI Bank dan Axis Bank. Beliau merupakan alumni Universiti Bangalore.

Walaupun terdapat kesan daripada COVID-19, ETS terus memberi tumpuan kepada penyampaian penyelesaian penyelidikan dan penilaian yang memenuhi keperluan dan kepentingan para pelajar dan institusi India supaya keperluan dan kepentingan pendidikan mereka kekal tanpa gangguan. Ini telah dibuktikan dengan pengumuman pelancaran ujian di rumah termasuk TOEFL iBT® Edisi Di Rumah dan Ujian Umum GRE® di rumah, serta pendemokrasian akses kepada ujian kami dengan membuat peruntukan untuk penggunaan kad Aadhaar sebagai ID alternatif di India dan pelancaran ujian TOEFL® Essentials™.

 

Tentang ETS India

ETS India, yang berpangkalan di Delhi, India, merupakan sebuah anak syarikat ETS yang beribu pejabat di Princeton, New Jersey, AS. ETS India membawa kepakaran organisasi yang luas dalam pendidikan dan pembelajaran kepada pengambil ujian dan pelajar di seluruh rantau ini. Kakitangan ETS India menawarkan kepakaran dan pemahaman yang mendalam dalam menyampaikan penyelesaian pembelajaran dan penilaian yang berkualiti tinggi serta peluang perniagaan baharu kepada organisasi, institusi dan individu di negara ini.

Tentang ETS

Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk mereka di seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan yang teliti. ETS memberi perkhidmatan kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk pensijilan guru, pembelajaran Bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah, dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian dasar. Ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan pada tahun 1947, ETS membangun, mentadbir dan menyemak lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® penilaian Praxis Series® — di lebih 180 buah negara dengan lebih 9,000 lokasi di seluruh dunia. www.ets.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1688781/ETS_India_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: ETS
Keywords: Education Not for profit Public Interest