WUHAN, China, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Edisi ke-7 Persidangan Maya Gentian Optik & Kabel Dunia, sebuah acara perdana dalam sektor gentian optik dan kabel global telahpun diadakan secara dalam talian mulai 16-18 November 2021, waktu Beijing, menghimpunkan pelbagai pengendali telekomunikasi, pengeluar gentian optik dan kabel serta pengeluar huluan dan hiliran dalam seluruh rantaian industri global. Sebagai pengeluar yang utama bagi prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik dengan jangkauan global, Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (selepas ini disebut sebagai "YOFC", Kod Saham: 601869.SH, 06869.HK), sekali lagi mengambil bahagian dalam acara bertaraf global ini bersama-sama sejumlah firma antarabangsa ternama termasuk Corning Inc., Prysmian Group, OFS dan Nokia Shanghai Bell. Semasa berlangsungnya acara ini, pengarah eksekutif dan presiden YOFC, Zhuang Dan menyampaikan ucapan dasar bertema Mendepani Peluang Pembangunan Era Gigabit dan Menyaksikan Tahap Pertumbuhan Seterusnya dalam Industri Optik.
"Bertindak sebagai asas dalam ekonomi digital yang telah menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi global yang baharu, rangkaian gentian optik berkualiti tinggi telah memainkan peranan yang semakin penting dalam menghubungkan pelbagai industri dan membantu membina bandar-bandar pintar. Dalam masa yang sama, pandemik Covid-19 telah mendorong permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia terhadap jalur lebar tetap. Sektor gentian optik dan kabel memasuki dengan pantas ke tahap pertumbuhan baharu dengan peralihan jalur lebar tetap kepada rangkaian optik gigabit di seluruh China," kata En. Zhuang di persidangan ini. "Melangkah ke hadapan, dengan peredaan pandemik secara beransur-ansur, pasaran global berada di landasan yang betul untuk menyaksikan pertumbuhan pesat dalam projek-projek jalur lebar berskala besar. Sektor ini dijangka mengalami kekurangan kapasiti untuk beberapa tempoh lantaran kombinasi penstrukturan semula industri yang disebabkan oleh pandemik ini, penamatan kemudahan pengeluaran ketinggalan zaman yang dipercepatkan dan pengukuhan pembaharuan struktur sisi bekalan. Pada masa kini, dipacu oleh kenaikan harga, sektor ini berkembang dengan pesat. Digabungkan dengan tempoh yang dipendekkan dengan ketara untuk membawa inovasi dalam teknologi ke peringkat aplikasi, peluang-peluang baharu telah dibuka untuk pengeluar gentian optik dan kabel yang mempunyai teknologi-teknologi yang penting."
"Berdasarkan kepada falsafah korporat yang memfokuskan kepada inovasi, penjenamaan dan kualiti, YOFC berada di landasan yang betul untuk mendepani era gigabit dengan memacu tahap pertumbuhan yang seterusnya dalam sektor gentian optik dan kabel. Paling penting, firma ini membina kecekapan teras melalui inovasi bebas. Untuk tujuan ini, ia telah mengukuhkan usaha pembangunan dan penyelidikannya berkisarkan teknologi proses untuk prabentuk gentian optik, gentian G.654.E dengan pengecilan ultra-rendah, gentian berbilang teras, penyelesaian FTTR, produk saling sambung optik Gigabit dan gentian khusus sambil memperluaskan aplikasi penyelesaian baharunya dalam pelbagai industri," tambah En. Zhuang. "Kedua, YOFC memanfaatkan inovasi teknologi untuk membina kelebihan penjenamaannya dengan mengukuhkan usahanya dalam penjenamaan dan mencipta rangkaian X-Band lengkap dengan gentian optik premium. Akhir sekali, syarikat ini mencipta produk berkualiti cemerlang dengan fokus untuk mengejar kesempurnaan. Ini dapat dicapai dengan mematuhi piawaian berhubung dengan Anugerah Kualiti China, Asia dan Eropah serta memenuhi komitmen berterusan YOFC terhadap kualiti, perkhidmatan dan reputasi. Selain itu, firma ini merancang untuk melanjutkan pelaksanaan hala tuju antarabangsanya dengan terus memperluaskan rangkaian pemasaran globalnya dan menyediakan produk dan perkhidmatan premium kepada pelanggan 5G dan F5G di seluruh dunia. Bagi memanfaatkan peluang baharu yang dibawakan oleh sektor optik global, YOFC kekal komited untuk membina rangkaian neural semua-optik berasaskan kepada gentian ke mana-mana, termasuk komunikasi semua-optik, pusat data, kemudahan penjanaan kuasa, aplikasi industri, kediaman pintar, transit rel dan pendidikan."
Melalui jalinan kerjasama dengan CRU, YOFC mula membawa persidangan global ini ke Asia dengan mengadakan Persidangan Gentian Optik dan Kabel Asia-Pasifik di Optics Valley China pada tahun 2015. Ini disusuli dengan penganjuran bersama mereka untuk Persidangan Gentian Optik dan Kabel Dunia pada tahun 2016 dan 2017 sebelum YOFC meneruskan penyertaannya di acara ini sebagai penaja Jade pada tahun 2018, 2019 dan 2020. Tahun 2021 merupakan tahun ketujuh firma komunikasi optik ini terlibat secara mendalam dalam Persidangan Gentian Optik dan Kabel Dunia CRU yang mana ia terlibat dalam dialog bersama syarikat-syarikat gergasi global mengenai trend pembangunan industri, mendemonstrasikan sepenuhnya pengiktirafan tinggi CRU terhadap kepimpinan YOFC dalam bidang gentian optik dan kabel global.
YOFC ditubuhkan di Wuhan, Wilayah Hubei pada bulan Mei 1988. Ia merupakan sebuah perusahaan inovatif dari segi teknologi dan pembekal global yang terkemuka, mengkhusus dalam mereka bentuk dan mengeluarkan prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik serta menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu kepada pelanggannya. YOFC mengeluarkan dan menjual terutamanya jenis prabentuk gentian optik, gentian optik dan kabel gentian optik berbeza yang diaplikasikan secara meluas dalam industri telekomunikasi, modul optik tersuai, gentian optik khusus, kabel optik aktif, kabel bawah laut, kabel dan aksesori sepaksi RF dan sebagainya. YOFC turut dilengkapi dengan beberapa penyelesaian dan perkhidmatan seperti penyepaduan sistem dan reka bentuk kejuruteraan komunikasi. Menyediakan pelbagai produk dan penyelesaian yang berbeza untuk industri telekomunikasi dunia dan industri-industri lain seperti Utiliti Awam, Pengangkutan, Minyak & Kimia serta Ubat. YOFC menawarkan produk dan perkhidmatannya kepada lebih 70 negara dan wilayah di seluruh dunia.