omniture

Persekutuan Pergigian Sedunia FDI: Preskripsi antibiotik pergigian meningkat sebanyak 22% di England pada tahun pertama COVID-19

FDI World Dental Federation
2021-11-18 00:25 0

Preskripsi bagi semua jenis antibiotik lain berkurangan dalam tempoh yang sama

GENEVA, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Setelah beberapa tahun berturut-turut mengalami penurunan, kadar preskripsi antibiotik pergigian meningkat lebih satu perlima kali ganda pada tahun 2020 disebabkan sekatan COVID-19. Pergigian merupakan satu-satunya sektor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan pembiayaan awam di England yang mengalami peningkatan. Peningkatan yang paling tinggi ini berlaku apabila perkhidmatan pergigian ditutup dari bulan Mac hingga Jun 2020 ketika gelombang pertama COVID-19 menular dan menurun dengan perlahan sejak tempoh tersebut. Data ini telah dikeluarkan oleh kerajaan UK pada hari ini, sebelum berlangsungnya Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia (AMR) anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

"Pandemik COVID-19 merupakan suatu tempoh yang sukar," kata Wendy Thompson, ahli Kumpulan Kerja AMR, Persekutuan Pergigian Sedunia FDI.

"Namun begitu, penggunaan antibiotik bagi menampung kekurangan akses terhadap perkhidmatan pergigian yang diperlukan segera merupakan suatu risiko keselamatan pada pesakit dan perlu dielakkan sebaik mungkin. Kita perlu mula merawat pesakit yang mengalami kesakitan atau jangkitan pergigian akut, bukan memberi ubat kepada mereka."

Pada musim bunga 2021, empat daripada lima orang di England masih menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rawatan pergigian mereka yang tepat pada masanya. Healthwatch England melaporkan bahawa pergigian merupakan isu utama yang sedang ditangani sekarang dengan maklum balas daripada orang ramai yang hampir lapan kali ganda lebih tinggi dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2020.

Antibiotik biasanya hanya diberikan untuk jangkitan yang teruk di samping rawatan untuk menghilangkan jangkitan. Rawatan pergigian menggunakan antibiotik sahaja sering kali tidak menepati panduan yang ditetapkan. Namun akses yang terhad terhadap janji temu pergigian secara bersemuka pada tahun lalu menyebabkan ubat-ubatan diberikan melalui preskripsi walaupun prosedur merupakan kaedah rawatan yang lebih cepat dan lebih selamat.

"Preskripsi antibiotik yang tidak diperlukan dilihat sebagai suatu masalah kerana ia mendorong perkembangan dan penyebaran jangkitan yang tahan terhadap antibiotik," kata Thompson.

Dalam tempoh 30 tahun akan datang, lebih ramai orang yang akan mati akibat jangkitan ketahanan ini berbanding kematian akibat penyakit kanser, melainkan jika tindakan diambil mulai sekarang. WHO meramalkan bahawa ketahanan antimikrob akan menjadi pembunuh utama di dunia menjelang tahun 2050.

"Kita perlu memberikan komitmen yang jelas dan terbuka untuk menangani ketahanan antibiotik dan memberi maklumat kepada umum tentang penggunaan antibiotik yang sesuai dalam pergigian dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka," kata Profesor Ihsane Ben Yahya, Presiden Persekutuan Pergigian Sedunia FDI dan Dekan Fakulti Pergigian di Universiti Perubatan Sains Kesihatan Mohammed VI di Casablanca, Mococco.

"Dan yang penting, kita perlu menyokong sektor pergigian untuk disertakan ke dalam pelan tindakan kebangsaan bagi menangani ketahanan antibiotik ini. Dan ini bermakna membentuk garis panduan berasaskan bukti yang belum wujud dari segi penggunaan antibiotik dalam amalan pergigian serta menjalankan audit untuk penggunaannya dalam pergigian."

Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

Maklumat Lanjut: 

Michael Kessler
Hubungan Media FDI
Mudah Alih: + 34 655 792 699
E-mel: michael.kessler@intoon-media.com
Twitter: @mickessler

Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI: FDI ialah badan perwakilan utama untuk lebih satu juta doktor gigi di seluruh dunia, dengan wawasan untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. Keahliannya terdiri daripada 200 ahli persatuan kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara.

 

 

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research