omniture

Scaled Agile Mengumumkan Pelaburan Strategik Daripada Eurazeo untuk Menyokong Pengembangan Global dan Pembangunan Produk

Scaled Agile, Inc.
2021-11-18 03:58 0

Kerjasama untuk menjana keupayaan, tawaran produk dan jangkauan geografi yang diperluas untuk rangka kerja ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia 

BOULDER, Colorado, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Eurazeo, salah sebuah syarikat ekuiti swasta terkemuka di Eropah. Eurazeo dan rakan kongsinya akan memegang kepentingan majoriti bersama-sama dengan pelabur sedia ada, Leeds Equity Partners dan pasukan Scaled Agile.

Pasukan pengurusan Scaled Agile akan mengekalkan jawatan mereka, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Chris James dan pengasas bersama Dean Leffingwell yang turut menjadi ahli lembaga pengarah.

Dengan pelbagai portfolio Aset di Bawah Pengurusan bernilai €27 bilion, Eurazeo merupakan pelabur pertumbuhan dengan jejak global yang memberi tumpuan kepada pelaburan pasaran pertengahan dalam pelbagai sektor dari sains hayat dan kesihatan digital hingga ke teknologi kewangan, infrastruktur awan dan tenaga bersih.

"Eurazeo ialah rakan kongsi yang ideal untuk fasa pertumbuhan strategik kami yang seterusnya," kata Chris James, Ketua Pegawai Eksekutif, Scaled Agile, Inc. "Pelaburan mereka akan terus menyokong perkembangan pasaran antarabangsa kami merentasi Global 2000 dan membantu kami menyediakan pelanggan kami dengan alat, teknologi dan latihan terbaik yang mereka perlukan untuk menyokong amalan SAFe setiap hari. Kami juga akan melaburkan jumlah yang besar dalam inovasi produk baharu yang akan melengkapi pelanggan kami untuk bekerja dengan cara yang berbeza, memperkasakan tenaga kerja mereka dan mencapai peningkatan yang signifikan dalam pasaran, produktiviti, penglibatan pekerja dan kepuasan pelanggan."

Oleh kerana peningkatan bilangan syarikat yang beralih kepada SAFe untuk mempercepat transformasi digital mereka, SAFe telah berkembang daripada rangka kerja amalan yang terbukti, menjadi suatu ekosistem yang kukuh yang merangkumi lebih 500 rakan kongsi global, satu juta profesional terlatih dan platform untuk pembelajaran, amalan dan perkongsian. Tawaran unik seperti ini menyediakan perusahaan dengan kaedah untuk terus mengekalkan amalan SAFe, memastikan keberkesanannya dan membina budaya kerja yang fleksibel dan boleh disesuaikan.

Kisah-kisah daripada pelanggan yang terkini merangkumi Porsche, CVS Health, Deutsche Telekom dan Kaiser-Permanente menerangkan mengapa mereka memilih SAFe, mengapa ia penting kepada perniagaan mereka dan bagaimana ia memberi kesan kepada pelanggan mereka. Lebih 70 kisah pelanggan yang mewakili pelbagai industri boleh didapati di scaledagile.com/customer-Story.

Vivianne Akriche, Pengarah Urusan Eurozeo, Pengambilalihan Besar dan Sederhana, menambah, "Pasukan Scaled Agile telah mencipta tawaran terkemuka di pasaran dan kami melihat peluang yang menarik untuk terus mempercepat pertumbuhannya dan membawa SAFe® kepada lebih banyak perusahaan di seluruh dunia. Ketangkasan perniagaan merupakan elemen penting untuk mendayakan transformasi digital, yang telah menjadi elemen penting bagi kejayaan berterusan kebanyakan syarikat. Kami teruja untuk menyertai perjalanan Scaled Agile dalam mendayakan transformasi perniagaan perusahaan global."

Tentang Eurazeo:

Eurazeo ialah sebuah kumpulan pelaburan global terkemuka dengan pelbagai portfolio Aset di Bawah Pengurusan bernilai €27 bilion, termasuk €19 bilion daripada pihak ketiga yang dilaburkan ke dalam lebih 450 buah syarikat. Dengan ekuiti swasta yang agak luas, hartanah dan kepakaran hutang swasta, Eurazeo sentiasa bersama-sama syarikat dalam pelbagai saiz, menyokong pembangunan mereka dengan komitmen seramai 350 orang profesional dan dengan menawarkan kepakaran sektor yang mendalam sebagai laluan masuk ke pasaran global serta menjadi asas yang bertanggungjawab dan stabil untuk pertumbuhan transformasi. Dengan pangkalan pemegang saham institusi dan rangkaiannya yang kukuh, struktur kewangan yang mantap dan bebas daripada hutang berstruktur serta persekitaran pelaburan yang fleksibel, membolehkan Eurazeo menyokong syarikat-syarikat ini dalam jangka panjang.

Tentang Scaled Agile, Inc.:

Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja untuk ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia. Melalui pembelajaran dan pensijilan, sebuah rangkaian rakan niaga global dan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih satu juta profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina ketangkasan ke dalam budaya mereka supaya mereka dapat mengenal pasti dan menyampaikan nilai pelanggan, memanfaatkan peluang baharu dan meningkatkan hasil perniagaan dengan cepat. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com. Scaled Agile merupakan anggota penyumbang gerakan Pledge 1% untuk kedermawanan korporat dan khidmat masyarakat. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.

Source: Scaled Agile, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Personnel announcements