SINGAPURA, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Kantar mendedahkan trend dan penentukuran semula yang berlaku dalam industri media Asia Pasifik dan ramalan pakarnya untuk tahun akan datang.
Laporan Trend dan Ramalan Media 2022 memberi pandangan definitif mengenai trend industri akan datang menggunakan data Kantar yang utama dalam pasaran berserta ramalan berasaskan bukti dan pandangan pakar untuk membantu pemilik media dan jenama membangunkan rancangan mereka untuk tahun 2022 dan selanjutnya. Memfokuskan kepada lima aspek penting, pakar-pakar Kantar meramalkan pelbagai peralihan untuk industri ini ketika ia bergelut dengan era pandemik:
- Ketelusan dalam jumlah penonton VoD akan mentransformasikan pasaran media yang paling dinamik – Bermula daripada sikap penonton hinggalah model komersial, akan adanya pelbagai perubahan dalam pasaran media yang paling dinamik. Ketelusan yang terhasil apabila lebih banyak angka tontonan VoD yang sebenar diterbitkan di peringkat program akan mencetuskan pelbagai transformasi. Pemilik dan penerbit kandungan akan mengarahkan hak pelesenan dan rundingan bayaran pengangkutan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Platform penstriman untuk sukan dan e-sukan akan mendapat lebih banyak daya tarikan dengan peminat. Penggabungan platform akan diteruskan, didorong oleh keperluan untuk menawarkan longgokan kandungan yang lebih banyak (dan lebih baik) untuk memikat penonton baharu dalam pasaran yang sesak. Tawaran langganan tunggal akan menjadi suatu yang jarang ditawarkan. Jumlah urus niaga akan meningkat di peringkat 2021 tatkala platform, beroperasi dalam ekosistem yang semakin bertindih, akan terus bergabung dan membentuk perkongsian.
- Pemodelan semula internet komersial – Untuk pemilik dan pengiklan media, penangguhan tempoh selama dua tahun daripada Google membawa peluang untuk mencuba pendekatan baharu. Menurut pandangan pakar Kantar, penentukuran semula yang serius terhadap internet komersial kini sedang berjalan. Jenama-jenama dan agensi-agensi bereksperimen dengan strategi data hibrid yang mencakupi privasi sepenuhnya, penggabungan data pengguna milik mereka sendiri dengan sumber berasaskan panel yang disengajakan dan data pihak ketiga yang berkualiti tinggi lain dan dipersetujui sepenuhnya seperti sosioekonomi, tingkah laku pembelian lalu, sikap terhadap jenama-jenama lain dan banyak lagi. Dalam penyasaran, jangkakan langkah ke arah pengiklanan kontekstual. Dalam keberkesanan kempen, pelaburan dalam pengukuran berdasarkan integrasi-langsung seperti Project Moonshot milik Kantar sendiri akan memastikan pengiklan dapat mengukur secara bebas prestasi kempen iklan melalui pelbagai penerbit.
- Tindakan pengimbangan media prestasi dan pemasaran – Banyak jenama menerima pakai strategi berasaskan prestasi untuk mengharungi pandemik ini. Persoalan sekarang ialah bagaimana untuk membuat susulan mengenai pemulihan 2021. Kita akan dapat melihat persaingan yang semakin meningkat untuk perbelanjaan pemasaran prestasi dengan pertumbuhan perdagangan sosial, syarikat-syarikat gergasi runcit tempatan menjadi penggiat perbelanjaan iklan e-dagang yang lebih sofistikated dan metaverse menjadi semakin menonjol. Pakar-pakar Kantar turut menjangkakan pengimbangan semula perbelanjaan dalam media prestasi dan kempen pembinaan jenama. Kita juga akan melihat pengukuran kempen silang-media yang lebih canggih dan pengoptimuman dalam-lapangan untuk meningkatkan kecekapan memandangkan pengiklan menuntut pengukuran prestasi berdasarkan kepada perbandingan platform.
- Pendekatan baharu terhadap data – Sikap pengiklan terhadap data berubah. Tahun 2022 akan menyaksikan pengertian yang diperbaharui terhadap nilai dan kesegeraan memandangkan pencarian terhadap data berkualiti tinggi menjadi isu yang berkembang paling pantas untuk pemasar. Mereka yang mempunyai strategi data yang bercita-cita tinggi akan mendapat kelebihan, Jenama-jenama akan bergantung pada hubungan pengguna langsung mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya dan bereksperimen dengan data 'pihak pertama' milik mereka sendiri. Jenama-jenama akan memperkayakan perancangan tingkah laku dengan tindanan dan penyempurnaan sikap serta membangunkan metodologi baharu untuk menangani kekurangan kecerdasan kompetitif; kesemuanya dengan tujuan untuk membina pandangan pengguna yang paling seimbang.
- Pembentukan semula untuk tingkah laku era-COVID – Tawaran jenama akan perlu mencerminkan dan mewujudkan realiti tingkah laku pengguna yang berubah. Jenama, produk dan perkhidmatan akan perlu memenuhi keperluan pengguna baharu bagi tujuan kemudahan, nilai, kemampanan dan inovasi. Jenama-jenama yang melabur - dalam data, pandangan, individu dan pemasaran - akan berkembang maju. Jenama-jenama yang paling berjaya akan menerima perbezaan - kepelbagaian dan kerumitan - penonton yang ingin didekati oleh mereka. Ini membawa peluang yang besar untuk jenama-jenama membangun dalam tempoh pemulihan ini: meninjau segmentasi yang lebih mendalam dan terlibat dengan komuniti selain audiens sedia ada mereka.
Pablo Gomez, Ketua Media di Kantar di Singapura mengulas: "Pemilik kandungan di Asia Pasifik bersedia untuk mengambil manfaat pada tahun 2022. Perincian data pengurusan audiens yang lebih besar akan memberi manfaat kepada pemilik dan penerbit kandungan dengan lebih banyak kuasa rundingan berbanding sebelum ini. Tawaran langganan tunggal akan menjadi suatu yang jarang ditawarkan dan longgokan kandungan premium akan menjadi kunci untuk memikat penonton dalam pasaran yang sesak. Di samping itu, tahun luar biasa sukan yang akan datang membawa peluang yang sangat besar untuk jenama-jenama media bagi mencapai pertumbuhan. Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Piala Dunia Musim Sejuk Qatar dan kejohanan Euro Wanita kesemua berlangsung pada tahun 2022; peminat akan berada di mana terdapatnya kandungan maka pemilik media perlu melabur bagi memastikan platform mereka membawa tarikan sebaik mungkin dan menawarkan pelbagai kandungan yang mantap."
Beliau menambah: "Pemasar akan perlu menjadi lebih erat dengan data pihak pertama mereka sendiri dan meninjau laluan baharu untuk analisis pesaing memandangkan kuki dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Terdapat juga keperluan untuk pengimbangan semula perbelanjaan pemasaran dalam talian dan luar talian, memandangkan kebimbangan terhadap keberkesanan digital akan mendorong jenama-jenama e-dagang untuk berkembang ke dunia sebenar dan pelaburan dalam kempen pengiklanan pembinaan jenama."
Untuk membaca laporan Trend dan Ramalan Media Kantar, rujukan utama untuk pemilik media, pengiklan dan agensi kunjungi www.kantar.com/campaigns/media-trends-and-predictions-2022. Melalui pandangan pakar daripada seluruh kepakaran media global Kantar, laporan ini mempunyai pandangan yang tiada tandingannya mengenai trend industri berasaskan kepada sumber data standard emas Kantar.
Catatan untuk Editor
Latar Belakang Kantar: Kantar ialah syarikat pandangan dan perunding berasaskan bukti yang terkemuka di dunia. Kami mempunyai pemahaman yang lengkap, unik dan seimbang mengenai cara orang ramai berfikir, merasa dan bertindak; di peringkat global dan tempatan dalam lebih 90 pasaran. Dengan menggabungkan kepakaran mendalam kakitangan kami, sumber data kami dan penanda aras, selain analitik dan teknologi inovatif kami, kami membantu pelanggan kami memahami orang ramai dan mendorong pertumbuhan.