omniture

Comviva dan Strands Bekerjasama Menyediakan Penyelesaian Pengurusan Kewangan Peribadi kepada penyedia perkhidmatan Perbankan, dompet digital dan pembayaran

Comviva
2021-11-19 02:58 53

NEW DELHI, 18 November 2021 /PRNewswire/ -- Comviva, salah sebuah syarikat penyedia global yang terkemuka dalam penyelesaian kewangan digital, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Strands untuk menyediakan rangkaian penyelesaian perbankan, dompet dan pembayaran digital pintar yang bersepadu.

Melalui kerjasama ini, Comviva akan memanfaatkan penyelesaian Pengurusan Kewangan Peribadi (PFM) pintar Strands untuk membolehkan para penyedia perkhidmatan perbankan dan kewangan menyampaikan tawaran digital yang kontekstual dan diperibadikan kepada pengguna mereka sekali gus meningkatkan penglibatan pengguna dan menjana peluang jualan silang dan menegak.

Memetik tentang kerjasama tersebut, Srinivas Nidugondi, Ketua Pegawai Pertumbuhan & Transformasi Comviva berkata, "Comviva fokus untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan memanfaatkan teknologi generasi seterusnya. Kerjasama kami dengan Strands akan membolehkan kami memanfaatkan analisis data serta penyelesaian Pengurusan Kewangan Peribadi berasaskan Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan untuk menyampaikan pengalaman perbankan dan pembayaran digital yang dipertingkatkan. Bagi penyedia perkhidmatan perbankan, institusi kewangan dan dompet digital, penyelesaian PFM akan membantu mempercepat inovasi, meningkatkan penglibatan pengguna, mencipta peluang jualan menegak dan silang serta menjana kesetiaan jenama dan nilai jangka panjang pengguna yang lebih besar."

Strands menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif seperti Pengurusan Kewangan Peribadi kepada lebih 700 buah bank dan institusi kewangan di lebih 30 buah negara yang menyediakan pengalaman digital peribadi kepada lebih 100 juta pengguna. PFM yang dibangunkan oleh Strands, memberi kuasa kepada pengguna perbankan dan dompet digital untuk mendapatkan pandangan yang menyeluruh terhadap kesemua akaun mereka, menjejaki semua transaksi kewangan dan mendapatkan pandangan yang lengkap tentang pendapatan, perbelanjaan dan aliran tunai mereka melalui papan pemuka visual. Pengguna boleh memantau perbelanjaan dan pendapatan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut kategori seperti makanan, pengangkutan, utiliti, riadah dan lain-lain. Dengan pemahaman yang terperinci tentang pendapatan dan perbelanjaan, pengguna boleh memanfaatkan PFM untuk membuat dan memantau sepenuhnya belanjawan mereka bagi mencapai matlamat simpanan peribadi mereka.

Dengan PFM Strands, para pengguna mempunyai kawalan penuh terhadap aliran tunai harian mereka melalui visualisasi transaksi masa lalu dan akan datang dalam sebuah kalendar 'heat map'. Dengan menggunakan pengecam corak transaksi yang terbina dalam, PFM boleh meramalkan pendapatan, perbelanjaan dan aliran tunai yang akan datang, membolehkan pengguna membuat keputusan secara pintar dan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Pengguna boleh membandingkan corak kewangan mereka dengan rakan sebaya mengikut kumpulan umur, jantina, lokasi atau pendapatan, secara anonim dan mewujudkan matlamat kewangan yang lebih pintar yang sejajar dengan kumpulan sosial mereka.

Mengungkap tentang kerjasama tersebut, Erik Brieva, Ketua Pegawai Eksekutif Strands berkata, "Di Comviva, kami mempunyai rakan kongsi terkemuka yang akan menyampaikan pengalaman perbankan peribadi yang dipertingkatkan melalui PFM Strands. Sepertimana Strands, Comviva turut mempunyai jangkauan global dan komited untuk membangunkan penyelesaian kewangan digital yang benar-benar inovatif. Rangkaian perbankan mobiquity® Comviva dan PFM melengkapi antara satu sama lain secara semula jadi. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Comviva untuk terus mendorong batasan inovasi kewangan dan sebagai hasilnya, kerjasama ini akan membolehkan bank meningkatkan pengalaman perkhidmatan kewangan bagi berjuta-juta pelanggan mereka di seluruh dunia."

Para pengguna boleh menetapkan peringatan untuk pembayaran atau amaran untuk memasukkan wang ke dalam akaun bagi pembayaran akan datang yang dengan itu, dapat memastikan bahawa mereka membayar tepat pada masanya tanpa perlu mengingati tarikh pembayaran. Alat PFM ini turut menyediakan pemberitahuan tentang had perbelanjaan yang telah dilangkaui secara proaktif dan boleh dilaksanakan kepada para pengguna dalam masa nyata, lalu menghapuskan elemen yang mengejutkan kewangan pengguna pada masa hadapan. Strands memanfaatkan analisis ramalan dipacu data, keupayaan Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin untuk memberikan nasihat dan cadangan kewangan secara peribadi kepada pengguna yang akan membantu mereka membina masa depan kewangan yang selamat.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 

Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd. 
E-mel: sundeep.mehta@comviva.com

Fion Fok
Pengarah Saluran Kerjasama
Strands
E-mel: fok@strands.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements Financial Technology