HANGZHOU, China, 29 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Kumpulan Taklimakan Aoosed GX5 GAC GONOW menyertai secara bebas dalam Rali Taklimakan China 2013 untuk kali pertama, mengalahkan pesaing termasuk Suzuki dari Jepun, untuk menjadi pelumba pertama yang, sebagai peserta kali pertama, membolot dua kedudukan teratas dalam kategori penghasilan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130829/CN57783)
Ini tahun ketujuh berturut-turut Rali Taklimakan itu, juga dikenali sebagai Rali Dakar China, diadakan sejak kemunculan kali pertamanya pada tahun 2005. Rali Taklimakan selama 12 hari itu diadakan di Xinjiang dan berlangsung dari Jun hingga Julai dan berakhir di bandar oasis Hami. Pertandingan sembilan peringkat sejauh 4,100 kilometer itu melalui Lembangan Hami, Lembangan Tushantuo, Gurun Taklamakan dan Pergunungan Tianshan. Muka bumi kompleks dan cuaca panas terik menguji ketahanan peserta.
Sistem ampaian casis Aoosed GX5 – berdasarkan casis V31 Mitsubishi Pajero – terdiri daripada sistem ampaian bebas badan atas kerangka, palang siku berganda hadapan dan sistem ampaian belakang gelung lima batang bergantung pada spring. Casis itu diuji berat untuk kalibrasi jitu oleh Prodrive yang berpusat di Australia, ujian pekali spring berbilang dan penalaan dengan kenderaan lengkap serta peredaman ampaian bagi mengoptimumkan keseimbangan pengendalian dan respons stereng. Aoosed GX5 mempunyai sistem pemanduan empat roda pintar, dan Kebezaan Penguncian Mekanikal Eaton ialah standard dalam model pemanduan empat roda, membolehkan penguncian dan pembukaan kunci kendiri di bawah keadaan tertentu. Prestasi kelegaan bumi sebanyak 210mm meningkatkan daya tahan kenderaan itu dalam muka bumi kompleks.
Pemandu GAC GONOW, Zhang Yali berkata, "Aoosed GX5 menunjukkan kecemerlangannya dalam pemecutan, membelok sudut, memanjat dan meranduk. Model penghasilan yang dibangunkan untuk kegunaan komersil ialah pilihan yang lebih praktikal. Pembeli kenderaan boleh berasa yakin dengan kualiti GAC GONOW."
Selepas penilaian pakar industri, termasuk Persatuan Jurutera Automotif China, Aoosed GX5 memenangi anugerah Teknologi Pengendalian Kenderaan Bukan Pemanduan Jalan Raya Terbaik China 2012, dan menjadi satu-satunya kenderaan bukan pemanduan jalan raya China yang memenangi anugerah itu.
GAC GONOW, usaha sama 51-49 antara Guangzhou Automobile Group Co., Ltd. (GAC) dengan Zhejiang Gonow Holdings Group, menghasilkan SUV, pikap, MPV dan Minivan. Firma itu juga sedang dalam perancangan rekaan beberapa model sedan.
GAC GONOW mempunyai tiga fasiliti penghasilan kenderaan lengkap di Hangzhou, Taizhou, dan Dongying. Fasa pertama fasiliti Hangzhou seluas 485,000 meter persegi boleh menghasilkan 250,000 MPV dan minivan setiap tahun; fasa pertama fasiliti Taizhou seluas 268,000 meter persegi boleh menghasilkan 60,000 pikap dan SUV, serta 60,000 enjin setiap tahun; dan kapasiti tahunan tapak Dongying seluas 664,000 meter persegi adalah sebanyak 150,000 pikap dan SUV, serta alat ganti kenderaan.
Sejak eksport pertamanya pada tahun 2005, GAC GONOW telah menjual produk di lebih 80 negara di Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika dan Asia Tenggara. Syarikat itu bercadang untuk melaburkan 6 bilion RMB (kira-kira US$980 juta) bagi mencapai kapasiti tahunan 500,000 kenderaan lengkap. GAC GONOW bakal menjadi salah satu jenama automotif yang meneraju milik China.
GAC GONOW komited untuk membangunkan jenama automotif milik China dan Rali Taklimakan tahun ini mencerminkan peningkatan signifikan dalam kualiti jenama tempatan China. Namun, kejayaan GAC GONOW di Rali Taklimakan hanyalah permulaannya sahaja. Syarikat itu mungkin akan terbukti menjadi peserta rali yang menyimpan rahsia.
HUBUNGI: Ocean Shen, +86-571-8295-5224, sheny@gacgonow.com.cn