omniture

TRACE Melancarkan Matriks Risiko Rasuah 2021

TRACE
2021-11-19 05:44 32

ANNAPOLIS, Maryland, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- TRACE, sebuah persatuan perniagaan yang diiktiraf di seluruh dunia dan dikhususkan untuk antirasuah, amalan pematuhan dan tadbir urus yang baik, telah mengeluarkan Matriks Risiko Rasuah 2021 yang mengukur risiko rasuah dalam perniagaan bagi 194 sektor ekonomi. Menurut data pada tahun ini, Korea Utara, Turkmenistan, Eritrea, Venezuela dan Somalia menunjukkan risiko rasuah komersial tertinggi, manakala Denmark, Norway, Sweden, Finland dan New Zealand menunjukkan kadar terendah.

Penemuan utama yang lain:

  • Sepanjang 10 tahun yang lalu, persekitaran risiko rasuah perniagaan menjadi semakin buruk dan ketara di negara-negara yang turut mengalami masalah kemunduran demokrasi: Mesir, Venezuela, Turki, Poland dan Hungary.

  • Sepanjang lima tahun yang lalu, persekitaran risiko rasuah perniagaan di Amerika Syarikat semakin meningkat secara signifikan jika dibandingkan dengan trend global.

  • Dari tahun 2020 hingga 2021, semua negara dalam Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) telah menyaksikan peningkatan dalam risiko rasuah komersial.

  • Sepanjang lima tahun yang lalu, negara-negara yang telah menunjukkan trend peningkatan yang paling ketara dalam faktor yang mendasari risiko rasuah komersial ialah Uzbekistan, Gambia, Armenia, Malaysia dan Angola.

Matriks TRACE yang pada asalnya diterbitkan pada tahun 2014 untuk memenuhi keperluan komuniti perniagaan bagi mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai tentang risiko rasuah di seluruh dunia, menekankan kemungkinan untuk menghalang permintaan rasuah ketika menjalankan perniagaan dalam bidang kuasa tertentu.

"Setelah melalui tahun yang mencatatkan rekod bagi denda dan penalti Akta Amalan Rasuah Asing A.S., pematuhan anti-rasuah menjadi keutamaan syarikat multinasional," kata Presiden TRACE Alexandra Wrage. "Kami berbesar hati untuk membawakan satu lagi edisi Matriks TRACE yang menjadi pergantungan syarikat dalam mengenal pasti pertimbangan untuk menguruskan risiko rasuah di pasaran mereka beroperasi."

TRACE Matrix membantu syarikat mengkaji situasi yang membolehkan rasuah komersial berleluasa: (1) sifat dan tahap interaksi kerajaan dengan sektor swasta; (2) sikap masyarakat terhadap rasuah dan keupayaan kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang antirasuah; (3) ketelusan kerajaan; serta (4) keupayaan masyarakat awam untuk memantau dan mendedahkan rasuah.

Matriks TRACE tersedia kepada umum di TRACEinternational.org/trace-Matrix. Akses Pelayar Data Matriks di matrixbrowser.TRACEinternational.org.

Tonton video 90 saat tentang Matriks TRACE.

Tentang TRACE 

TRACE ialah sebuah persatuan perniagaan yang diiktiraf secara global yang dikhususkan untuk antirasuah, pematuhan serta tadbir urus yang baik dan merupakan penyedia penyelesaian pengurusan risiko pihak ketiga yang terkemuka. Ahli dan para pelanggan TRACE merangkumi lebih 500 buah syarikat multinasional yang berada di seluruh dunia. TRACE beribu pejabat di Amerika Syarikat dan berdaftar di Kanada, dengan penampilan di lima buah benua. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.TRACEinternational.org.

 

 

Source: TRACE
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Public Safety Survey, Polls & Research