omniture

ElectrifAi Mempamerkan Model Pembelajaran Mesin Siap Tersusun dengan SquareOne pada Sidang Kemuncak Data Pintar

ElectrifAi
2021-11-19 11:08 36

Menyampaikan penyelesaian perniagaan pembelajaran mesin yang pantas dan boleh dipercayai. 

JERSEY CITY, New Jersey, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- ElectrifAi, salah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam kecerdasan buatan (Ai) praktikal dan model pembelajaran mesin (ML) prabina, mempamerkan model ML siap tersusun hari ini dengan SquareOne pada Sidang Kemuncak Data Pintar di Dubai.

ElectrifAi mempunyai salah satu simpanan model ML siap tersusun terbesar yang telah dibina dan diuji dalam pelbagai keadaan mencabar sejak tahun 2004. Kami juga membangunkan model Visi Komputer yang inovatif dalam memacu keselamatan di tempat kerja serta mengurangkan kos. Dengan gabungan tawaran Pembelajaran Mesin sebagai Perkhidmatan (MLaaS) kami, kami membantu syarikat merealisasikan manfaat AI dan ML dengan pantas.

Kebanyakan syarikat memahami bahawa data mereka adalah aset yang berkuasa dan belum dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, syarikat berusaha keras hanya untuk mengakses dan membersihkan data mereka. Kebanyakan syarikat yang sama ini menyimpulkan bahawa pembelajaran mesin mungkin dikhususkan hanya untuk syarikat-syarikat Tahap Satu terbesar dan paling canggih. Ia tidak lagi sedemikian. Dengan MLaaS ElectrifAi, syarikat-syarikat besar dan kecil boleh menghasilkan nilai daripada data mereka dan mengubahnya menjadi senjata yang strategik untuk memacu pendapatan, mengurangkan kos dan/atau risiko. MLaaS memudahkan syarikat-syarikat yang menghadapi masalah dengan data mereka atau yang mengalami kekurangan pasukan sains data dan kejuruteraan data yang mantap.

MLaaS meningkatkan kecekapan dan kemudahan ML. Ia dibangunkan, diselenggara dan dikendalikan oleh ElectrifAi. Dihasilkan sebagai suatu fungsi perniagaan penuh yang dikuasakan oleh AI dan ML, ia bersambung kepada awan pelanggan kami atau beban kerja pada premis dengan lancar dan tiada pengalaman ML diperlukan. Kami memastikan penawaran MLaaS menyediakan pelanggan kami dengan cara yang lebih cepat, lebih baik, lebih murah dan kurang berisiko untuk mencapai ML. Dengan MLaaS ElectrifAi, para pelanggan boleh mendapatkan penyelesaian ML dengan cepat tanpa memakan masa dan belanja untuk membangunkan ML dari awal.

Sebahagian daripada tawaran MLaaS kami ialah model ML siap tersusun seperti berikut: Visi Komputer, Ramalan Permintaan, Pengoptimuman Inventori, Harga Dinamik, Pengoptimuman Penjadualan, Penyelenggaraan Ramalan, Penglibatan Pelanggan, Kutipan Akaun Terimaan dan Invois, serta SpendAi dan ContractAi. Model Visi Komputer termasuk penyelesaian untuk syarikat Huluan, Pertengahan dan Hiliran dalam sektor minyak dan gas.

Model ML siap tersusun ElectrifAi adalah sedia untuk perniagaan dan terbukti dalam dunia sebenar. Dengan masa penggunaan yang cepat dan risiko projek yang lebih rendah, kami meringkaskan semua proses yang rumit dan berat untuk para pelanggan kami. Pelanggan menerangkan keadaan penggunaan dalam perniagaan mereka dan kami akan menerangkan mereka tentang data yang diperlukan untuk menjalankan penyelesaian ML terbaik bagi menyelesaikan masalah perniagaan mereka. Kami melatih, mengendali dan menggunakan model dan menghasilkan keputusan dengan pantas.

"Kami teruja untuk mempamerkan model pembelajaran mesin dan MLaaS siap tersusun kami pada Sidang Kemuncak Data Pintar. Semua ini adalah tentang nilai masa dan pertukaran data kepada senjata yang strategik dengan kes penggunaan ROI yang tinggi. Dengan model siap tersusun kami, syarikat-syarikat yang mempunyai masalah dengan data atau yang kekurangan kepakaran kejuruteraan data dan sains data yang mendalam dapat menikmati manfaat dan kuasa pembelajaran mesin serta visi komputer dengan pantas. Selain itu, syarikat-syarikat yang telah melabur dalam platform atau yang mempunyai kemampuan pasukan teknikal dalaman juga boleh mempercepat kerja-kerja mereka dengan MLaaS dan model siap tersusun ElectrifAi. Mengapakah perlu menunggu pembelajaran mesin? Dengan tawaran MLaaS kami, anda boleh mencapai pembelajaran mesin dalam masa 8-12 minggu berbanding 8-12 bulan untuk membina model baharu." – Edward Scott, Ketua Pegawai Eksekutif ElectrifAi

Tentang  ElectrifAi

 ElectrifAi ialah peneraju global dalam model pembelajaran mesin yang siap tersedia untuk perniagaan. Misi ElectrifAi adalah untuk membantu organisasi mengubah cara mereka bekerja melalui pembelajaran mesin: mendorong peningkatan pendapatan, pengurangan kos serta peningkatan keuntungan dan prestasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ElectrifAi menawarkan kepimpinan industri yang berpengalaman, suatu pasukan global dengan kepakaran domain serta rekod yang terbukti dalam mengubah data berstruktur dan tidak berstruktur pada skala. ElectrifAi mempunyai sebuah koleksi produk berasaskan Ai yang besar menjangkau keseluruhan fungsi perniagaan, sistem data dan pasukan untuk mendorong hasil yang unggul dalam jangka masa yang singkat. ElectrifAi mempunyai kira-kira 200 orang saintis data, jurutera perisian dan pekerja dengan rekod yang telah terbukti dalam urus niaga dengan lebih 2,000 pelaksanaan pelanggan yang kebanyakannya untuk syarikat Fortune 500. Teras bagi misi ElectrifAi ialah komitmen untuk menjadikan Ai dan pembelajaran mesin lebih difahami, praktikal dan menguntungkan bagi perniagaan dan industri di seluruh dunia. ElectrifAi ialah sebuah syarikat global dengan pejabat di Miami, Jersey City, Shanghai dan New Delhi. 

Tentang Square One

SquareOne membantu organisasi memanfaatkan potensi mereka dengan bekerjasama dengan peneraju industri dalam penyelesaian yang menyediakan visi digital yang lengkap kepada para pelanggan kami dengan memanfaatkan teknologi terkini dan pelaksanaan yang lengkap dengan pasukan tenaga pakar kami. Square One membantu organisasi dalam perjalanan transformasi digital mereka dengan aplikasi perisian berwawasan dan bertaraf dunia yang dikuasakan oleh pasukan profesional yang berpengalaman dan komited, dengan pengalaman yang luas dan fokus untuk menggembirakan pelanggan. Square One mengesan trend teknologi global dalam bidang inisiatif digital, bekerjasama dengan syarikat yang terbaik dan benar-benar belajar serta membawa platform dan penyelesaian ini ke rantau ini. SquareOne ialah penyedia teknologi transformasi perniagaan yang terkemuka di rantau ini yang dikuasakan oleh penyelesaian perisian terbaik dan pengetahuan mendalam tentang keperluan perusahaan tempatan dengan lebih satu dekad pengalaman yang didayakan oleh pasukan profesional yang bersemangat merangkumi pelbagai bidang industri.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1527876/ElectrifAi_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: ElectrifAi
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news