omniture

Circle K Mengumumkan Kerjasama Global dengan Niantic, Inc. Untuk Membawa Pokémon GO Ke Lebih 9,000 Kedai Di Seluruh Dunia

Circle K
2021-11-19 12:02 28

CHARLOTTE, North Carolina, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- Dalam satu langkah yang pastinya menggembirakan jutaan Pelatih Pokémon di seluruh dunia, Circle K hari ini mengumumkan satu kerjasama global yang belum pernah terjadi sebelum ini dengan Niantic, Inc. yang akan menghidupkan rangkaian kedai Circle K di dalam permainan mudah alih realiti terimbuh Pokémon GO dan menjadikan lebih 9,000 lokasi kedai serbanekanya di seluruh dunia berubah menjadi PokéStops dan Gim.

More than 9,000 Circle K stores will be transformed into PokéStops and Gyms through a new global partnership between Circle K and Niantic, Inc.
More than 9,000 Circle K stores will be transformed into PokéStops and Gyms through a new global partnership between Circle K and Niantic, Inc.

Kerjasama Pokémon GO ini bersama-sama menghubungkan para pemain dan pelanggan Circle K kepada pengalaman dalam kedai serta ganjaran dan tawaran istimewa dalam permainan yang mereka tidak akan jumpa di tempat lain. Pengalaman dan tawaran ini juga akan tersedia di kedai berjenama Couche-Tard di Quebec, Kanada.

Circle K berhasrat untuk menggembirakan para Pelatih di seluruh dunia pada awal tahun 2022 ini dengan menganjurkan satu daripada empat acara Legendary Raid di lokasi-lokasi dalam permainan yang mengambil bahagian untuk melibatkan Pelatih Pokémon GO, pelanggan Circle K dan peminat permainan mudah alih.

"Sebagai seorang pemain Pokémon GO yang setia selama bertahun-tahun, saya sejujurnya sangat teruja dengan kerjasama global baharu ini," kata Kevin Lewis, Ketua Pegawai Pemasaran Alimentation Couche-Tard/Circle K. "Saya juga teruja untuk menghidupkan permainan Pokémon GO bersama berjuta-juta pelanggan di lebih 9,000 kedai kami di seluruh dunia."

Pokémon GO telah dimuat turun lebih daripada satu bilion kali dan dinikmati oleh para pemain di 150 buah negara dan wilayah.

Tentang Circle K/Alimentation Couche-Tard Inc.
Circle K Stores Inc. ialah sebuah anak syarikat milik penuh Alimentation Couche-Tard, peneraju global dalam peruncitan serbaneka dan bahan api, yang beroperasi di 26 buah negara dan wilayah, dengan lebih 14,200 kedai, yang mana kira-kira 10,800 daripadanya menyediakan bahan api pengangkutan jalan raya. Dengan sepanduk Couche-Tard dan Circle K yang terkenal, ia merupakan salah satu pengendali kedai serbaneka bebas terbesar di Amerika Syarikat dan ia merupakan peneraju dalam industri kedai serbaneka dan peruncitan bahan api pengangkutan jalan raya di Kanada, Scandinavia, Baltik, dan juga di Ireland. Ia juga mempunyai kehadiran yang penting di Poland dan Hong Kong SAR. Kira-kira 124,000 orang bekerja di seluruh rangkaiannya.

Hubungi:

Pertanyaan Pemasaran
MJ Tierney
Ketua Pemasaran Eropah
Telefon : (+353) 87 901 4263
mj.tierney@circlekeurope.com

Hubungan Media
Lisa Koenig
Ketua Komunikasi Global
Telefon: (450) 662-6632, sambungan 6611
communication@couche-tard.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1691526/Circle_K.jpg?p=medium600

 

Source: Circle K
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Retail Licensing/marketing agreements