omniture

Scotch Whisky Investments melancarkan Glenlivet yang berusia 80 tahun semasa acara mewah, MASTERS EXPO

Scotch Whisky Investments
2021-11-19 21:39 138

Wiski malt tunggal tertua di dunia dilancarkan secara rasmi di Amsterdam 

SASSENHEIM, Belanda, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- Semasa hari pertama MASTERS EXPO, sebuah acara mewah yang diadakan setiap tahun di Amsterdam, Belanda, Scotch Whisky Investments melancarkan dekanter #1 daripada keluaran Gordon & MacPhail Generations 80 Years Old. Glenlivet yang berusia 80 tahun ini merupakan wiski yang dibotolkan dan dimatangkan dalam tempoh paling lama sepanjang pengetahuan manusia dan baru-baru ini telah dibeli semasa lelongan di Hong Kong oleh Scotch Whisky Investments pada harga Euro166,000.

 

Wiski daripada Glenlivet Distillery ini telah disuling pada 3 Februari 1940 dan telah menjadi simbol yang penting dalam sejarah minuman keras Scotland. George Urquhart, daripada generasi kedua pemilik syarikat ini, mempunyai pandangan jauh dan visi untuk memeram minuman keras Glenlivet Distillery dalam sebuah tong oak Gordon & MacPhail yang ditempah khas untuk dinikmati oleh generasi seterusnya selepas kematian beliau. Sepanjang lapan dekad yang lalu, tong tersebut telah dijaga oleh keluarga Gordon & MacPhail dan akhirnya dibotolkan melalui kerjasama dengan Sir David Adjaye OBE, seorang pereka dan arkitek yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Michel Kappen, Ketua Pegawai Eksekutif Scotch Whisky Investments, syarikat perdagangan yang berpangkalan di Belanda yang mengkhusus dalam (Scotch) wiski malt tunggal sebagai pelaburan alternatif dan menguntungkan, berbicara tentang pembeliannya bagi botol pertama tersebut: "Bersama-sama dengan tiga daripada pelabur kami, kami berjaya membeli dekanter unik ini yang mengandungi wiski malt tunggal tertua di dunia. Adalah jelas bahawa dekanter '#1' ini akan kekal tidak dibuka, memperoleh tempat yang istimewa di pejabat kami dan menjadi topik perbualan bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk melabur dalam 'water of life' (minuman kehidupan) masyarakat berbangsa Scottish."

Secara keseluruhan, sebanyak 250 dekanter telah dibotolkan daripada tong yang berusia 80 tahun ini dan akan dijual di seluruh dunia. Harganya mungkin berbeza tetapi setiap botol Glenlivet berusia 80 tahun yang istimewa ini dijangka akan dijual dalam julat harga antara Euro 110,000 hingga Euro 120,000.

Tentang Scotch Whisky Investments 

Scotch Whisky Investments ialah sebuah syarikat dagangan dengan tumpuan terhadap bidang kewangan yang mempunyai pejabat di Sassenheim (Belanda) dan Montenegro serta lokasinya sendiri di Scotland. Scotch Whisky Investments berdagang secara eksklusif dalam botol dan tong wiski Scotch malt tunggal yang sukar ditemui. Selain itu, para pekerjanya juga menguruskan keseluruhan proses daripada bahan mentah hinggalah produk akhir, daripada menghasilkan dan menguruskan portfolio hinggalah jualan akhir.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=nkDCdCzjJIU

 

 

Source: Scotch Whisky Investments
Keywords: Banking/Financial Service Beer, Wine & Spirits Beverages Retail New products/services Trade show news