omniture

Kumpulan Hotel Sino Bakal Mengendalikan Pangsapuri Perkhidmatan Pertamanya

Sino Group of Hotels
2013-09-01 09:00 178

-- The Johnston Suites di Tengah Wan Chai, Hong Kong

HONG KONG, 1 September 2013 /PRNewswire/ -- Kumpulan Hotel Sino, cabang pengurusan hospitaliti Kumpulan Sino dan sekutu Sino Land Company Limited (HKSE: 083), mengendalikan dan menguruskan portfolio yang semakin membesar dengan hotel, satu kelab kapal layar, pangsapuri perkhidmatan dan rumah kelab kediaman. Kumpulan Hotel Sino hari ini mengumumkan pelancaran nama The Johnston Suites, pangsapuri perkhidmatan yang pertama di bawah pengurusannya, terletak di lokasi tumpuan utama di mana pengembara urusan perniagaan boleh merasai semangat dan kemeriahan Hong Kong, warisan berkepelbagaian yang menarik hati dan berkembang sejajar dengan kemajuan bandar itu, menyulam bersama sejarah, tradisi dan pembangunan baharu.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130831/HK71957 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/30/20130830215635289560-l.jpg )

Dibuka pada 1 September 2013, pangsapuri perkhidmatan The Johnston Suites yang terletak di 74-80 Johnston Road, sebelum ini diberi nama Fraser Suites Hong Kong. Terletak di tengah kawasan perniagaan Wan Chai terkenal Hong Kong dan berhampiran dengan Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, hab sibuk Causeway Bay, Admiralty dan Central, The Johnston Suites menawarkan 87 pangsapuri, dengan saiz unit dalam lingkungan 566-1,010 kaki persegi. Kadar bulanan istimewa bermula pada harga HK$36,500.

"Hong Kong ialah metropolis antarabangsa yang disokong oleh ekonomi yang kukuh dan berstruktur baik dan ia bertindak sebagai gerbang strategik untuk syarikat multinasional mempergunakan dan menembusi pasaran tanah besar China yang luas dan sentiasa berkembang," kata Nicholas Yim, Pengarah Eksekutif & Pengurus Besar Kumpulan Hotel Sino. "Kami melihat permintaan yang tinggi untuk pasaran pangsapuri perkhidmatan di Hong Kong dan meramalkan kadar penghunian mengikut arah aliran meningkat sebanyak 85 ke 90 peratus untuk The Johnston Suites."

Menara pangsapuri perkhidmatan The Johnston Suites Hong Kong menawarkan kemudahan dan prasarana yang serba-serbi lengkap dan sistem hiburan bersepadu. Penghuni boleh menikmati pelbagai kemudahan rekreasi dan santai seperti kolam aliran jet, kolam air pusar, gimnasium, teres luar dan kawasan santai atas bumbung. Setiap pangsapuri dihias sepenuhnya dengan ruang tamu berasingan yang luas, ruang makan, dapur dan bilik tidur. Satu kediaman di The Johnston Suites ibarat melangkah ke dalam kawasan hiburan, membeli-belah dan makan-makan yang paling meriah di bandar itu serta merupakan hubungan kepada warisan budayanya yang kaya. Direka menurut kehendak pengembara korporat, menara pangsapuri perkhidmatan kontemporari ini menawarkan keselesaan unggul, faedah khusus dan keistimewaan untuk semua tetamu.

Dengan bersandarkan kejayaan Kumpulan Sino membangunkan dan menguruskan portfolionya yang berkepelbagaian luas dan memenangi anugerah, Kumpulan Hotel Sino berusaha untuk memperluaskan pembangunannya di Hong Kong dan bandar gerbang daerah, dan sentiasa menawarkan perkhidmatan berkualiti. Pelancaran The Johnston Suites menandakan fasa pembangunan strategik dalam Kumpulan Hotel Sino yang akan bersinergi secara positif dan mempertingkatkan keputusan yang memberangsangkan dan lebih baik untuk Kumpulan Sino.

Pangsapuri Perkhidmatan Hong Kong The Johnston Suites
74-80 Johnston Road, Wan Chai, Hong Kong
Tel: +852-3966-0000
Faks: +852-3966-0100
info@thejohnstonsuites.com
www.thejohnstonsuites.com

Tentang Kumpulan Hotel Sino (www.sino-hotels.com)

Diasaskan pada tahun 1994, Kumpulan Hotel Sino ialah cabang pengurusan hospitaliti Kumpulan Sino dan sekutu Sino Land Company Limited (HKSE: 083). Kumpulan Hotel itu memiliki dan menguruskan empat hotel perdana, Hotel City Garden, Hotel Gold Coast Hong Kong , Hotel Island Pacific, Hotel & Menara The Royal Pacific, serta Kelab Desa & Kapal Layar Gold Coast dan pangsapuri perkhidmatan The Johnston Suites di Hong Kong. Kumpulan itu akan melancarkan hotel butik mewah bandar di Central, Hong Kong pada tahun 2014.

Tentang Kumpulan Sino (www.sino.com)

Kumpulan Sino ialah salah satu pemaju hartanah yang meneraju di Hong Kong. Dengan kepelbagaian luas, Kumpulan itu terdiri daripada syarikat pegangan swasta yang dimiliki oleh keluarga Ng, bersama tiga syarikat yang tersenarai awam, Tsim Sha Tsui Properties Limited (HKSE: 247), Sino Land Company Limited (HKSE:083), Sino Hotels (Holdings) Limited (HKSE: 1221).

Perniagaan teras Kumpulan Sino ialah membangunkan hartanah kediaman, pejabat, perindustrian dan peruncitan untuk jualan dan pelaburan. Ia juga pemain utama dalam pelaburan dan pengurusan hotel, pengurusan kelab, pengurusan hartanah, pengendalian tempat letak kenderaan, perkhidmatan pembersihan dan keselamatan.

Kumpulan Sino memiliki The Conrad Hong Kong yang memenangi anugerah dan dua hotel berprestij yang meneraju di Singapura, Hotel Fullerton dan Hotel Fullerton Bay. Far East Organization, syarikat sepemunya Kumpulan itu, ialah pemaju hartanah swasta terbesar di Singapura.

Source: Sino Group of Hotels
Related Stocks:
HongKong:0083 OTC:SNLAY
Keywords: Construction/Building Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel New products/services