omniture

Pace kumpul dana Siri A USD40 juta daripada kumpulan pelabur Pan-Asia dari Singapura, Jepun, Korea, Taiwan China dan Indonesia

Pace Enterprise
2021-11-22 10:15 135
  • Pelabur-pelabur Siri A termasuk Marubeni Ventures Jepun, Atinum Partners Korea Selatan, AppWorks Taiwan China, Alpha JWC Indonesia dan UOB Venture Management Singapura, Vertex Ventures Southeast Asia dan Genesis Alternative Ventures
  • Pendanaan daripada pelabur-pelabur tempatan menyokong dan mengukuhkan Pace untuk mara ke hadapan dengan rancangan pengembangannya ke Jepun, Korea dan Taiwan China.
  • Pace hanya mengambil masa setahun untuk berkembang menjadi penyedia BNPL Pan-Asia dan berada di landasan untuk mencecah kadar anggaran hasil (run rate) Nilai Barangan Kasar sebanyak USD1 bilion pada tahun 2022

SINGAPURA, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- Pace, sebuah syarikat penyelesaian teknologi kewangan yang berpangkalan di Singapura yang membolehkan pelanggan untuk 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' ('Buy Now Pay Later', BNPL), hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak USD40 juta dalam pusingan pelaburan Siri A. Pelabur-pelabur yang menyertai pusingan ini termasuk UOB Venture Management (Singapura), Marubeni Ventures (Jepun), Atinum Partners (Korea Selatan), AppWorks (Taiwan China) dan beberapa pejabat keluarga dari Jepun dan Indonesia. Pelabur-pelabur terdahulu, Vertex Ventures Southeast AsiaAlpha JWC dan Genesis Alternative Ventures turut mengambil bahagian.

Turochas 'T' Fuad, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pace, berkata: "Pelaburan daripada beberapa pelabur yang paling berjaya dan mantap ini menandakan keyakinan bahawa Pace merupakan pengusaha BNPL yang utama di Asia. Rantau ini dijangka menjadi pasaran BNPL yang berkembang paling pantas di dunia dan pendanaan ini menyokong Pace dalam mencapai misinya untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan buat semua dengan membantu kami membuka laluan pengembangan kami ke Jepun, Korea dan Taiwan China."

"Kami berasa kagum dengan Pace dan visi jelas pengasas, pertumbuhan yang pesat dan pengalaman bukan sahaja dalam pembayaran BNPL, tetapi dalam perkembangannya mewujudkan rangkuman kewangan dan kekal yakin terhadap kebolehan mereka untuk merevolusikan perkhidmatan kewangan. Dengan pendanaan ini, kami teruja untuk menyertai mereka dalam perjalanan mereka menuju ke hadapan," kata Paul Ng, Pengarah Eksekutif di UOB Venture Management.

Joon Oh, Pengarah Eksekutif, Atinum Partners Co., Ltd, mengulas: "Industri perkhidmatan kewangan di Asia berubah secara dinamik, namun Pace berupaya mewujudkan keutamaan dalam pasaran dengan memanfaatkan keluk pengguna tempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengusaha yang dominan dengan visinya yang jelas. Melalui pendanaan ini, kami berharap agar Pace dapat terus memperkasa lebih ramai orang di seluruh Asia menerusi perkhidmatan teknologi kewangan yang inovatif."

Susulan pusingan pelaburan ini, Pace kini merupakan pengusaha BNPL berbilang wilayah yang berkembang paling pantas dari Singapura. Pendanaan baharu ini akan disalurkan kepada pengembangan teknologi, operasi dan pembangunan perniagaan untuk mencecah kadar anggaran hasil (run rate) Nilai Barangan Kasar sebanyak USD1 bilion pada tahun 2022 dan mengembangkan kumpulan penggunanya 25X sepanjang 12 bulan akan datang.

Setakat ini, Pace mempunyai lebih daripada 3,000 tempat jualan di seluruh rantau ini, didorong oleh keupayaan Pace untuk meningkatkan jualan keseluruhan sehingga 25% dengan memanfaatkan pandangan pelanggan tempatan di samping mendorong pembelian berulang daripada kumpulan pengguna Pace yang berkembang pesat.

Chua Joo Hock, Rakan Pengurusan Vertex Ventures SEA dan India menambah: "Sejak mengetuai pusingan benihnya, kami telah menyaksikan Pace berkembang dengan pesat. Ia telah menunjukkan kecemerlangan dalam mengembangkan pengguna dan peniaganya dengan ketara untuk menjadi pengusaha BNPL serantau yang utama. BNPL akan menjadi lebih tersebar luas di Asia dan pendanaan berterusan kami dalam Pace mengesahkan lagi kepercayaan kami dalam keupayaan pelaksanaan yang mantap T dan pasukan beliau serta prospek pertumbuhan hiper Syarikat ini."

Dilancarkan pada tahun 2021 oleh Turochas 'T' Fuad, Pace berjaya mengembangkan operasi luar negaranya dengan bekerjasama erat bersama pengawal selia dan menyesuaikan pendekatan ultra-tempatan seperti menyepadukan kaedah pembayaran dalam-pasaran yang kerap digunakan untuk membina resonans dengan peniaga dan pembeli belah. Ia akan terus mereplikasi rangka kerja hiperlokal apabila ia beroperasi di negara-negara baharu.

Ketika ini, Pace membolehkan pengguna membahagikan bil pembelian mereka kepada tiga pembayaran tanpa faedah selama 60 hari, melalui pengalaman omnisaluran yang membantu pengguna berbelanja secara mampan.

Pace bermatlamat untuk mewujudkan rangkuman kewangan kepada pengguna di rantau ini dengan membantu mereka mengawal dan membeli belah mengikut ketetapan mereka dan dalam masa yang sama membantu peniaga memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat dan meningkatkan kecekapan jualan.

Latar Belakang Pace

Pace ialah syarikat penyelesaian teknologi kewangan berbilang wilayah yang berkembang paling pesat dari Singapura dengan misi untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan di seluruh Asia. Ia bermatlamat untuk membina enjin perbankan yang dapat beroperasi merentas negara-negara dengan mudah untuk membantu peniaga mewujudkan kecekapan jualan dan menyediakan pengguna dengan pilihan untuk berbelanja dengan mampan. Penyelesaian "Beli Sekarang Bayar Kemudian" (BNPL) untuk peniaga luar talian dan dalam talian memadankan pelanggan dengan had perbelanjaan yang sesuai dan membolehkan mereka membahagikan pembelian mereka kepada tiga pembayaran tanpa faedah. Ketika ini, Pace beroperasi di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Thailand. Untuk maklumat lanjut mengenai Pace dan bagaimana ia berusaha untuk mencapai visinya bagi menjadi enjin perbankan digital masa depan Asia, kunjungi https://pacenow.co/

Hubungan media: 
Gerald Toh
gerald@pacenow.co 

 

 

Source: Pace Enterprise
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Venture Capital Financial Technology