SINGAPURA, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- CreativesAtWork Pte Ltd dan MeaVox Live melancarkan edisi kedua Festival dan Anugerah Audio Siar Asia. Festival ini dimulakan dengan siri bengkel yang bermula dari 6 November 2021 dan akan berlangsung selama sebulan, memuncak dengan persidangan dan sesi anugerah pada 2-3 Disember, bertepatan dengan Festival Media Singapura.
Sepanjang dekad yang lalu, audio siar telah menyaksikan kenaikan yang stabil dari segi populariti. Selain daripada pertumbuhan audiens, audio siar memiliki profil khalayak muda. Tatkala audio siar terus berkembang dari segi populariti, perbelanjaan iklan turut menyusul. Perbelanjaan pengiklanan audio siar AS diunjurkan meningkat daripada $758 juta pada tahun 2020 kepada $2.4 bilion pada tahun 2025. Di Singapura, kemunculan saluran audio siar telah meningkat tiga kali ganda setahun yang lalu - kesemuanya lantaran pandemik yang memaksa orang ramai untuk duduk di rumah.
"Audio siar menyediakan saluran tambahan kepada pencipta konten bebas untuk berkongsi maklumat dan membangunkan komuniti sokongan mereka," kata Jayce Tham, Pengasas Bersama CreativesAtWork.
"Audio siar sebagai satu format menawarkan kemungkinan dan pilihan yang tidak berkesudahan dan untuk pencipta audio siar muda, kini ia menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini. Kami berharap agar melalui Festival dan Anugerah Audio Siar Asia, kami dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu, menyemarakkan daya kreativiti dalam bidang audio dan membawa komuniti audio siar di rantau ini secara bersama."
"Kami teruja untuk membawa kembali versi Festival Audio Siar Asia yang lebih besar dan lebih baik untuk edisi kedua ini. Kami berharap dapat menggalakkan para hadirin sama ada syarikat audio siar, wakil media, pencipta baharu atau ahli profesional yang mencari peluang dalam bidang audio untuk menyokong dan membangunkan ekosistem audio siar yang sedang meningkat di Singapura dan Asia ini," kata Raven Lim, pengasas MeaVox Live dan penganjur Festival Audio Siar Asia sulung pada tahun 2019.
Festival ini akan merangkumi empat tonggak, dirancang untuk menghubungkan bidang penyiaran audio Asia dan memprofesionalkan industri ini.
Podlab: Program pemecut audio siar hibrid yang akan berlangsung sepanjang 4 minggu lamanya. Podlab ialah program peringkat industri untuk penyertaan yang serius ke dalam industri audio siar ini. Ia bertujuan untuk melengkapkan pemohon dengan pengetahuan, alatan dan hubungan peringkat industri bagi memperkasakan kerjaya mereka.
Anugerah: Untuk Asia oleh Singapura, Anugerah Audio Siar Asia meraikan yang terbaik dalam penyiaran konten audio Asia. Dengan mewujudkan platform untuk mengatur dan memberi penghormatan kepada ahli-ahli dalam komuniti penyiaran audio Asia, kami akan memperkasa suara Asia dan meraikan suara dan kepelbagaian kami bersama seluruh pelosok dunia.
Persidangan: Untuk penyiar audio sedia ada, kami memiliki siri persidangan secara peribadi dan maya serta sesi perangkaian semasa berlangsungnya Festival Media Singapura pada bulan Disember untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka dan bekerjasama dengan mereka untuk membawa audio siar mereka ke tahap seterusnya.
Pasaran: Siri sesi pemadanan perniagaan terbantu yang bertujuan untuk membina komuniti penyiaran konten audio Asia bagi mencipta sokongan dan perkongsian perniagaan yang berpotensi. Pasaran ini terbuka kepada penyiar audio, pemilik jenama dan penaja berpotensi.
Festival Audio Siar Asia mempunyai barisan jurulatih dan penceramah serantau dan antarabangsa dari Singapura, China, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, AS dan Sweden. Mereka terdiri daripada penyiar audio dan rangkaian audio siar utama seperti IVM Podcasts, Podcast Network Asia, Renegade Radio, StoryFM dan jenama-jenama seperti pakar-pakar teknikal daripada Audio-Technica dan City Music. StoryFM turut dinamakan sebagai satu-satu rakan media untuk China.
Permohonan untuk Anugerah Audio Siar Asia dilancarkan pada 1 Oktober 2021 dan akan ditutup pada 24 November 2021. Pendaftaran akan menjadi sebahagian daripada bengkel dan persidangan turut dibuka ketika ini. Butiran lanjut boleh ditemui di www.AsiaPodcastFestival.com
Latar Belakang CreativesAtWork
CreativesAtWork ialah sebuah agensi media yang diperkasakan oleh jaringan ahli profesional media bebas dipilih susun yang membuat liputan bagi setiap titik sentuh pengguna termasuk digital, sosial, mudah alih, siaran, cetakan, acara dan di-luar-rumah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.creativesatwork.asia/
Latar Belakang MeaVox Live
MeaVox Live menawarkan penyelesaian audio siar kepada pelanggan kami dalam bentuk perundingan, latihan atau penerbitan. Kami membantu pelanggan kami melancarkan audio siar baharu mereka atau mengimbangi rancangan sedia ada mereka. Kami turut mengendalikan bengkel dan acara untuk penyiar audio Asia termasuk Sidang Kemuncak dan Anugerah Audio Siar Asia yang pertama seumpamanya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.creativesatwork.asia/