omniture

upGrad lancar pengembangan antarabangsa di Asia Pasifik, tubuhkan hab serantau di Singapura untuk memacu pertumbuhan di seluruh rantau

upGrad
2021-11-22 12:24 122
  • upGrad melakukan penembusan pertamanya ke rantau APAC yang pelbagai dengan melancarkan portfolio ijazah dan kursus dalam talian antarabangsanya di Singapura, Vietnam, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia.
  • Pelbagai pejabat tempatan bakal dibuka di seluruh rantau ini ketika syarikat ini melaksanakan misinya untuk membantu mempercepatkan pencapaian kerjaya melalui pembangunan kemahiran berkaitan pekerjaan untuk ekonomi yang berubah dengan pantas.  
  • Lebih daripada 2 juta pelajar di seluruh dunia menggunakan platform pembelajaran dalam talian upGrad untuk menggenggam ijazah daripada universiti-universiti terkemuka dan mengambil pelbagai kursus pendidikan bagi memperoleh kemahiran baharu dalam pelbagai topik yang mendapat permintaan. 
  • Dr. Arnoud De Meyer – peneraju akademik global, bekas presiden Singapore Management University (SMU) dan Dekan pengasas kampus Asia INSEAD di Singapura – yang telah menyertai lembaga pengarah upGrad akan menyokong pertumbuhan perniagaan syarikat di rantau APAC.

SINGAPURA, 22 November 2021 /PRNewswire/ -- upGrad, salah sebuah syarikat Teknologi Pendidikan (EdTech) yang berkembang paling pesat di dunia yang menawarkan ijazah dan kursus pengajian tinggi secara dalam talian. hari ini mengumumkan rancangan pengembangannya untuk rantau Asia Pasifik (APAC) tatkala permintaan pengguna dan penerimaan pembelajaran dalam talian yang berkualiti tinggi terus berkembang di rantau ini. Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya, syarikat ini membangunkan ibu pejabat serantaunya di Singapura dan menubuhkan pejabat-pejabat tempatan dalam pasaran-pasaran yang strategik seperti Vietnam dan Indonesia untuk mendorong operasi tempatan serta cita-cita perniagaannya.

Menurut satu laporan oleh Hays, 72 peratus daripada responden di seluruh Asia berkata bahawa peluang untuk mempertajam kemahiran telah menjadi lebih penting untuk mereka susulan pandemik ini. Penerimaan pembelajaran dalam talian yang dipercepatkan sepanjang tempoh ini turut mencipta peluang baharu untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja di rantau ini, dengan ahli-ahli profesional yang bekerja dan syarikat-syarikat mencari kaedah yang inovatif dan fleksibel untuk membangunkan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan demi ekonomi yang berubah dengan pantas pada masa kini.

Pendekatan bertumpukan pelajar oleh upGrad untuk menyampaikan pendidikan yang berkualiti tinggi dan pembangunan kemahiran secara meluas berfokuskan kepada pemanfaatan kuasa platform dalam taliannya yang inovatif dan jaringan rakan universitinya untuk mencipta ijazah dan kursus bertaraf dunia yang boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, yang membantu mereka membangunkan kemahiran yang mendapat permintaan tinggi demi peluang kerjaya yang lebih baik.

Pelajar-pelajar di Singapura dan pasaran-pasaran APAC yang lain kini dapat mengakses pelbagai ijazah dan kursus dalam talian, memperoleh sijil untuk topik-topik yang popular seperti Sains Data, Pembelajaran Mesin, Analitik Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Pemasaran Digital dan Pengurusan Produk daripada universiti-universiti global yang terkemuka. Ini termasuk ijazah dan kursus yang meraih kedudukan tertinggi daripada Duke Corporate Education (AS), Deakin University (Australia), Liverpool John Moores University (UK), Michigan State University (AS) dan University of Arizona (AS).

Pengembangan upGrad di rantau ini dipimpin oleh Zubin Gandevia, Ketua Pegawai Eksekutif APAC yang bertanggungjawab untuk mengembangkan perniagaan ini di seluruh rantau ini. Bekas Presiden FOX Networks Group untuk APAC dan Timur Tengah mahu upGrad menjalin hubungan yang lebih erat dengan pelajar, institusi pendidikan tempatan, kerajaan dan syarikat serta menjadi rakan pembelajaran sepanjang hayat yang dipercayai untuk semua ahli profesional yang bekerja di seluruh rantau ini.

Dr. Arnoud De Meyer, bekas presiden Singapore Management University (SMU), turut menyertai lembaga pengarah upGrad untuk membawa kepakaran mendalam beliau dalam pengajian tinggi kepada syarikat pemula. Diiktiraf di peringkat antarabangsa atas pencapaian akademik dan profesional beliau yang tinggi, Profesor de Meyer turut dipuji kerana membantu SMU menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dengan bidang akademik, industri, kerajaan, organisasi sosial dan juga komuniti.

Zubin Gandevia, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Pasifik di upGrad berkata, "Kami amat teruja untuk melancarkan perniagaan kami di rantau Asia Pasifik yang dinamik ini dan untuk membawakan pendekatan keusahawanan upGrad dan penumpuan yang sangat teliti untuk mengupayakan pengalaman pembelajaran yang berorientasikan hasil dan imersif di bahagian dunia ini. Kami tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan platform pembelajaran dalam talian inovatif kami dan kekuatan ijazah dan kursus bertaraf dunia kami untuk menyampaikan pengajian tinggi yang berkualiti tinggi dan berpatutan secara meluas dan meningkatkan pencapaian kerjaya dan kehidupan berjuta-juta individu di rantau ini."

Arnoud De Meyer, ahli Lembaga Pengarah upGrad berkata, "Saya teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada upGrad pada waktu yang menarik ini ketika syarikat ini melalui fasa pertumbuhan dan pengembangan yang pesat dalam pasaran-pasaran antarabangsa. upGrad telahpun mewujudkan platform pembelajaran dalam talian mengagumkan yang dapat membantu pelajar mempercepatkan pembangunan kemahiran mereka dan saya tidak sabar-sabar untuk membantu syarikat ini memacu ke hadapan visinya yang bercita-cita tinggi untuk rantau ini."

LATAR BELAKANG UPGRAD 

upGrad - bermula pada tahun 2015 - ialah perintis dalam revolusi pendidikan dalam talian, memberi tumpuan untuk memperkasa kejayaan kerjaya untuk tenaga kerja global seramai lebih 1.3 bilion orang. Ia merupakan salah satu daripada sebahagian kecil Syarikat Teknologi Pembelajaran Sepanjang Hayat Bersepadu - mencakupi pelajar kolej hinggalah ahli profesional yang bekerja daripada kumpulan umur 18-60 tahun dan merentas kursus Sarjana Muda, Program Kampus & Berkaitan Pekerjaan (JobLinked), Pengajian Luar Negara, program pendek hinggalah program eksekutif kepada Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah - dengan kumpulan pelajar melibatkan lebih 2 juta orang merentas 50 negara dan lebih 300 rakan Universiti & perniagaan perusahaan yang mantap berserta kumpulan pelanggan yang terdiri daripada 1000 syarikat di seluruh dunia.

Enjin Pembelajaran Global (Global Learning Engine) upGrad berpaksikan kepada empat tonggak - (a) repositori kandungan dan IP asli & dimiliki yang besar - (b) platform teknologi proprietari terbaik dalam kelas miliknya sendiri - (c) perkhidmatan penyampaian berpandukan sentuhan manusia yang tinggi disokong oleh jurulatih & mentor - dan - (d) 85% rekod pencapaian tamat kursus, disokong oleh 80% lagi hasil kerjaya yang menjamin prestasi.

Telahpun digelar sebagai peneraju Teknologi Pendidikan (EdTech) tinggi Asia, ia mempunyai pejabat-pejabat di UK, AS, Timur Tengah, India, Singapura & Vietnam serta berada di banyak lagi negara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.upgrad.com/

Source: upGrad
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications