omniture

FDA AS Menganugerahkan Gelaran Kejayaan Cemerlang untuk Ujian Darah bagi Pengesanan Kanser Payudara Peringkat Awal yang Dibangunkan oleh Datar Cancer Genetics

Datar Cancer Genetics
2021-11-23 06:13 40

- Ini merupakan ujian darah pertama yang mampu mengesan Kanser Payudara peringkat awal pada wanita berusia 40 tahun ke atas dengan ketepatan yang tinggi 

LONDON, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- Datar Cancer Genetics, sebuah syarikat penyelidikan kanser terkemuka yang tertumpu kepada pengesanan awal kanser, hari ini mengumumkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) telah menganugerahkan ujian darahnya dengan 'Gelaran Peranti Cemerlang' untuk mengesan Kanser Payudara peringkat awal. Gelaran Kejayaan Cemerlang ini diberikan oleh FDA AS untuk peranti yang menunjukkan potensi diagnosis penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser, dengan lebih berkesan. Objektif Program Peranti Cemerlang ini adalah untuk menyediakan para pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan dengan akses yang tepat pada masanya kepada peranti perubatan yang dianugerahkan gelaran seperti ini melalui pembangunan, penilaian dan semakan yang pantas.

Trublood_Prostate_Cancer
Trublood_Prostate_Cancer

Ujian ini menggunakan teknologi proprietari yang dibangunkan oleh Syarikat untuk mengesan Sel Tumor Beredar (CTC) khusus untuk Kanser Payudara. Kajian telah menunjukkan bahawa ujian tersebut boleh mengesan kanser walaupun masih di Tahap 0 (DCIS) dan Tahap 1 dengan ketepatan yang tinggi. Ujian ini hanya memerlukan 5 ml darah dan menghasilkan petunjuk pada wanita tidak bergejala yang berusia lebih 40 tahun dengan preskripsi pakar perubatan.

Lebih 2.3 juta wanita di seluruh dunia dikesan dengan Kanser Payudara setiap tahun dan pengesanan awal dianggap penting untuk penyembuhan.

"Kami gembira kerana FDA telah mengiktiraf potensi ujian kami dalam mengesan Kanser Payudara peringkat awal. Kami percaya bahawa ujian ini akan menawarkan kelebihan yang unggul untuk saringan Kanser Payudara sebaik sahaja ia menerima kebenaran pemasaran daripada FDA," kata Dr. Vineet Datta, Pengarah Eksekutif Syarikat. Syarikat tersebut percaya bahawa pengesanan CTC adalah suatu kaedah yang paling tepat dan boleh dipercayai untuk mengesan kanser peringkat awal kerana ia mendayakan penangkapan dan pencirian komponen tumor yang berfungsi berbanding serpihan sel mati. Dalam erti kata lain, CTC menunjukkan mikrobiopsi tidak invasif yang sebenar. 

Ujian ini telah tersedia di Eropah dengan nama 'Trucheck' dan bertanda CE.

Tentang Datar Cancer Genetics 

Datar Cancer Genetics ialah sebuah perbadanan penyelidikan kanser terkemuka yang mengkhusus dalam teknik tidak invasif bagi menghasilkan diagnosis, keputusan rawatan dan pengurusan kanser yang lebih baik. Pusat penyelidikan kanser canggih Syarikat ini diiktiraf oleh ISO, CAP dan CLIA dengan kemudahan yang terletak di Guilford, United Kingdom dan India. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kepada pesakit kanser di UK, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, GCC dan India. Syarikat ini sedang menjalankan kajian klinikal berskala besar dengan lebih banyak perancangan kajian di Amerika Syarikat dan Eropah untuk meliputi pelbagai jenis kanser yang berpotensi untuk sembuh dengan pengesanan awal. Ia bercadang untuk mewujudkan pelbagai pusat ujian di seluruh dunia menjelang tahun 2024. 

Hubungan Media:
Dr. Vineet Datta
drvineetdatta@datarpgx.com 
Laman Web: datarpgx.de

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1572837/Trublood_Prostate_Cancer.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1572835/Datar_Cancer_Genetics_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Datar Cancer Genetics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries FDA Approval