omniture

Kursus Keselamatan Merkuri Untuk Doktor Gigi Dilancarkan Dalam Pelbagai Bahasa

International Academy of Oral Medicine and Toxicology
2021-11-23 18:17 26

CHAMPIONSGATE, Florida, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- Akademi Perubatan Mulut dan Toksikologi Antarabangsa (IAOMT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kursus keselamatan merkurinya yang terkenal itu kini tersedia kepada doktor gigi di seluruh dunia dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Portugis dan Sepanyol. Selain itu, kursus ini ditawarkan pada sistem pembelajaran dalam talian yang baharu dan mesra pengguna agar pakar pergigian yang berada di mana-mana sahaja boleh mempelajari cara mengurangkan pendedahan merkuri daripada tampalan amalgam yang mengandungi kira-kira 50% merkuri.

Dentist and assistant utilizing the IAOMT’s Safe Mercury Amalgam Removal Technique (SMART), which dentists can now learn in a course that is being offered in multiple languages.
Dentist and assistant utilizing the IAOMT’s Safe Mercury Amalgam Removal Technique (SMART), which dentists can now learn in a course that is being offered in multiple languages.

Kurikulum ini adalah berdasarkan Teknik Penghapusan Amalgam Merkuri Selamat (SMART) IAOMT yang merupakan satu siri langkah berjaga-jaga khas yang boleh diguna pakai oleh doktor gigi untuk melindungi pesakit, diri mereka sendiri, kakitangan pejabat mereka dan alam sekitar dengan mengurangkan tahap merkuri yang boleh dibebaskan ke udara dengan banyak semasa proses penyingkiran tampalan amalgam. Kursus IAOMT merangkumi artikel jurnal yang disemak oleh rakan sebidang tentang subjek tersebut serta aktiviti video dan sumber saintifik langsung yang menjelaskan tujuan bagi langkah-langkah keselamatan dan cara untuk melaksanakannya dalam persekitaran klinikal.

"Ini merupakan satu detik penting dalam dunia pergigian," jelas David Edwards, DMD dan Presiden IAOMT. "Tampalan gigi yang mengandungi merkuri berwarna perak telah digunakan sejak tahun 1800-an dan masih digunakan sehingga kini. Walau bagaimanapun, negara-negara seluruh dunia baru-baru ini bersetuju untuk mengurangkan penggunaan merkuri melalui Perjanjian Minamata bagi Merkuri daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP). Jadi, sudah tiba masanya untuk para doktor gigi mempelajari amalan yang penting dan terkini ini untuk keselamatan merkuri."

IAOMT telah meneliti kesusasteraan saintifik yang berkaitan dengan merkuri pergigian sejak organisasi bukan berasaskan keuntungan itu ditubuhkan pada tahun 1984. Penyelidikan ini telah mendorong kumpulan tersebut untuk mendidik orang lain tentang keperluan penting dalam menghentikan penggunaan merkuri, sejenis neurotoksin yang diketahui umum, dalam tampalan amalgam pergigian disebabkan oleh risiko kesihatan serius yang muncul disebabkannya kepada pesakit dan pakar pergigian serta kesan buruk daripada pelepasan merkuri pergigian kepada alam sekitar.

IAOMT ialah ahli yang diiktiraf bagi Kerjasama Merkuri Global UNEP dan terlibat dalam rundingan yang membawa kepada Perjanjian Minamata bagi Merkuri. Wakil IAOMT juga telah menjadi saksi pakar tentang keperluan untuk menamatkan merkuri pergigian bagi Kongres AS, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS, Health Canada, Jabatan Kesihatan Filipina, Jawatankuasa Saintifik Suruhanjaya Eropah bagi Risiko Kesihatan yang Baru Muncul dan Baru Dikenalpasti serta badan-badan kerajaan lain di seluruh dunia.

Sila hubungi:
David Kennedy, DDS, Pengerusi Perhubungan Awam IAOMT, info@iaomt.org 
Akademi Perubatan Mulut dan Toksikologi Antarabangsa (IAOMT)
Telefon: (863) 420-6373; Laman Web: www.iaomt.org 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1688679/IAMOT_Safety_Course.jpg?p=medium600

 

Source: International Academy of Oral Medicine and Toxicology
Related Links:
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital New products/services Not for profit Public Safety