- Rakan kongsi tunggal untuk memacu keperluan perniagaan UCaaS yang serba lengkap
MUMBAI, India, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini mengumumkan pelancaran Tata Communications GlobalRapide, sebuah komunikasi disatukan terurus yang serba lengkap sebagai Perkhidmatan (UCaaS )untuk membolehkan perusahaan menyampaikan pengalaman kerjasama digital yang maju, canggih dan pintar kepada para pekerja. Dengan perkhidmatan baharu ini, Tata Communications menjadi sebuah kedai sehenti untuk menangani semua keperluan komunikasi disatukan yang mengutamakan awan dan digital bagi perniagaan global.
Tata Communications GlobalRapide membantu perusahaan mengenal pasti platform kerjasama yang tepat, penghijrahan yang dipermudah, pengurusan komunikasi gred perusahaan yang mantap dan kebolehlihatan serta pemantauan dan pelaporan penyelesaian kerjasama yang serba lengkap. Diperkukuhkan dengan keupayaan strategi, latihan dan pemahaman berasaskan platform SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan), perkhidmatan ini menyediakan perniagaan dengan analisis penggunaan alat kerjasama mereka yang memaksimumkan penerimagunaan perkhidmatan. Dengan penambahan ini, rangkaian penyelesaian kerjasama yang selamat berasaskan awan Tata Communications kini membolehkan perusahaan membuka potensi penuh strategi kerjasama digital mereka dengan kebolehlihatan dan kawalan infrastruktur komunikasi disatukan mereka yang lebih baik.
"Strategi kerjasama yang berkesan merupakan asas kepada ekosistem perusahaan yang produktif. Dalam sebuah tinjauan terbaharu[1], 45% daripada perusahaan global memperakui bahawa alat dan sistem kolaboratif yang tepat adalah penting untuk menguruskan risiko kelesuan pekerja serta menyokong cara bekerja yang baharu," kata Mysore Madhusudhan, Naib Presiden Eksekutif Penyelesaian Terhubung dan Kerjasama, Tata Communications. "Ketika perusahaan memulakan perjalanan transformasi digital mereka, Tata Communications GlobalRapide menghapuskan kerumitan platform yang berbeza bagi menyampaikan pengalaman yang konsisten kepada pengguna global dengan kebolehskalaan dan pengurusan organisasi yang mudah. Kami digalakkan oleh sambutan awal daripada para pelanggan Tata Communications GlobalRapide yang menyebut penyepaduan, kawalan dan keterlihatan serba lengkap yang dipermudahkan pada satu papan pemuka sebagai faedah utama yang mereka peroleh dalam ekosistem mereka."
Pandemik ini telah mempercepat perjalanan transformasi digital perusahaan. Oleh itu, permintaan terhadap perkhidmatan komunikasi disatukan yang maju telah meningkat apabila perniagaan melabur dalam seni bina digital yang lebih kukuh untuk menyokong model kerja secara hibrid. IDC meramalkan bahawa pasaran UCaaS akan berkembang pada kadar CAGR sebanyak 9.3 peratus antara tahun 2020 hingga 2025[2]. Dengan kesalinghubungan global, kepakaran tempatan dan pematuhan kawal selia, Tata Communications telah lengkap untuk menyampaikan pengalaman komunikasi disatukan yang selamat, cekap, pintar dan dipacu awan kepada perusahaan global.
Ketahui lebih lanjut tentang Tata Communications GlobalRapide.
Tentang Tata Communications
Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Rangkaian IP Tahap-1, gentian bawah laut utama dan konsortium rangkaian kabel global yang dimiliki sepenuhnya merangkumi kira-kira 30% daripada laluan Internet di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com.
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap, dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2021 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.
1 'Leading in a Digital-First World; Enabling Success with the Right Mindset, Ecosystem and Trust' Report, Ogos 2021
2 Kertas Putih IDC yang ditaja oleh Tata Communications, FIVE MOST IMPORTANT CRITERIA FOR SELECTING THE RIGHT UCAAS PROVIDER, doc #EUR148087821, Julai 2021