omniture

Venture Global Mengumumkan Penutupan Nota Bercagar Senior Venture Global Calcasieu Pass, LLC bernilai $1,250,000,000

Venture Global LNG, Inc.
2021-11-23 21:51 77

ARLINGTON, Virginia, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. ("Venture Global") hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Venture Global Calcasieu Pass, LLC ("VGCP") telah menutup tawarannya bagi jumlah prinsipal agregat yang bernilai $1,250,000,000 daripada 3.875% nota bercagar senior yang berakhir pada tahun 2033 ("Nota"). Nota tersebut akan matang pada 1 November 2033.

VGCP berhasrat untuk menggunakan perolehan bersih daripada tawaran tersebut untuk (i) membuat prabayar jumlah tertunggak tertentu bagi kemudahan kredit bercagar senior lien pertama VGCP yang sedia ada ("Kemudahan Kredit Sedia Ada"), (ii) membayar kos pemutusan dan penamatan lindung nilai yang berkaitan dengan prabayaran tersebut dan (iii) membayar yuran dan perbelanjaan yang berkaitan dengan tawaran tersebut.  Nota tersebut dijamin oleh TransCameron Pipeline, LLC (sekutu VGCP). Nota tersebut dijamin secara pari passu berdasarkan kepentingan sekuriti paling utama dalam aset yang menjamin Kemudahan Kredit Sedia Ada dan 3.875% nota bercagar senior sedia ada VGCP yang berakhir pada tahun 2029 dan 4.125% nota bercagar senior yang berakhir pada tahun 2031.

Nota tersebut tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti") atau undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa lain, dan Nota tersebut tidak akan ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran di bawah Akta Sekuriti atau pengecualian yang terpakai daripada syarat-syarat pendaftaran Akta Sekuriti.  Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli Nota ini dan tidak akan ada jualan sekuriti ini di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan atau penjualan sekuriti ini menjadi tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa tersebut.

Tentang Venture Global 

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang bersumberkan dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Venture Global sedang membina atau membangunkan 70 MTPA kapasiti pengeluaran di Louisiana untuk menyediakan tenaga yang bersih dan berpatutan kepada dunia.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan"  Semua pernyataan selain daripada pernyataan keadaan atau fakta sejarah dan semasa yang disertakan di sini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan."  Termasuk dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" ini antara lainnya ialah pernyataan tentang strategi, rancangan dan objektif perniagaan Venture Global serta penggunaan perolehan daripada tawaran tersebut.  Venture Global percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" ini adalah munasabah, ia sememangnya tidak menentu dan melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang berada di luar kawalan Venture Global. Selain itu, andaian yang dibuat mungkin terbukti tidak tepat. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan atau tersirat dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" disebabkan oleh pelbagai faktor. "Pernyataan berpandangan ke hadapan" ini hanya benar pada tarikh ia dibuat dan selain daripada yang dikehendaki oleh undang-undang, Venture Global tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana "pernyataan berpandangan ke hadapan" atau memberikan sebab-sebab mengapa keputusan sebenar mungkin berbeza, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Offerings