omniture

Comscore Melantik Eksekutif Veteran, Encik Han Seng Lim bagi Mengetuai pasukan Perkhidmatan Pelanggan Comscore di Asia Tenggara

Comscore
2021-11-24 03:28 46

RESTON, Virginia, 23 November 2021 /PRNewswire/ -- Comscore (NASDAQ: SCOR), rakan kongsi yang dipercayai untuk merancang, melakukan urus niaga dan menilai media pada pelbagai platform, teruja untuk mengumumkan bahwa ia telah melantik Encik Han Seng Lim sebagai Ketua Perkhidmatan Pelanggan Comscore di Asia Tenggara. Pelantikan ini akan menambah kekuatan dan pengalaman Comscore di rantau APAC dengan peranan Encik Lim yang akan terus memperkukuh hubungan yang dijalinkan oleh kedua-dua pelanggan sedia ada dan baharu. Encik Lim membawa pengalaman perniagaan dan kejayaan jualan selama 20 tahun dalam industri perfileman di Asia.

Terbaharu, Encik Lim merupakan Naib Presiden Serantau, Jualan dan Pemasaran Asia Tenggara untuk Universal Pictures International dan telah meninggalkan rekod prestasi yang terbukti dalam melangkaui matlamat perniagaan melalui pembangunan pasaran dan hubungan yang dibina bersama para pelanggan. Sebelum ini, beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan dalam industri perfileman.

Encik Lim memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan dari National University of Singapore.

"Pengalaman Encik Lim di wilayah yang dilanda pandemik dan pemahamannya yang luas tentang pasaran tersebut akan memperkukuh pemahaman kami terhadap perniagaan teater di Asia Tenggara. Dengan pasaran Asia Tenggara yang dibuka semula selepas suatu tempoh sekatan pergerakan yang lama, adalah penting bagi analisis dan pengumpulan data khususnya pada ketika ini, membantu dalam membina semula dan memperluas pasaran," kata Frank Perkleous, Naib Presiden Filem, APAC & AUS, Comscore. "Bersama-sama dengan penyediaan perkhidmatan International Box Office Essentials (IBOE) Comscore, iaitu pangkalan data Pecah Panggung (Box Office) yang terkemuka di dunia, Encik Lim akan turut menyediakan komuniti pameran dengan akses kepada teknologi yang terkini dalam analisis data dan perisikan pemasaran dengan memanfaatkan hubungan antara Comscore dengan Showtime Analytics dan Gower Street bagi memberikan maklumat, platform komunikasi dan liputan yang tiada tandingan kepada industri di rantau ini."

Tentang Comscore
Comscore (NASDAQ: SCOR) merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk merancang, melakukan urus niaga dan menilai media pada pelbagai platform. Dengan jejak data yang menggabungkan digital, TV linear, kecerdasan tontonan teater yang canggih serta pemahaman yang maju tentang khalayak, Comscore membolehkan penjual dan pembeli media mengukur tingkah laku pelbagai paparan mereka dan membuat keputusan perniagaan dengan penuh keyakinan. Sebagai sebuah syarikat terkemuka yang terbukti dalam pengukuran khalayak digital dan TV serta pengiklanan berskala, Comscore merupakan sumber pihak ketiga yang baru muncul dalam industri untuk pengukuran silang platform yang boleh dipercayai dan komprehensif.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/327730/comScore_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Comscore
Related Stocks:
NASDAQ:SCOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Personnel announcements Data Analytics