![]() |
Syarikat tersebut menyertai para penerima anugerah sebelum ini termasuk Apple dan Cisco hasil daripada dedikasi mereka terhadap kejayaan pekerja
HYDERABAD, India, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- ValueLabs, penyedia perkhidmatan teknologi global, telah dianugerahkan dengan Anugerah Emas Stevie® yang berprestij pada Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat tahun ini atas respons mereka yang pantas dan berdedikasi terhadap keperluan pekerja semasa pandemik – dan seterusnya. Para penerima Anugerah Stevie® yang lalu termasuk Apple, IBM, KPMG, Cisco, Dell, Bank of America, McAfee dan AT&T.
Oleh kerana dedikasi mereka dalam memberi inspirasi kepada para pekerja dan memastikan kejayaan mereka, ValueLabs telah menyertai senarai yang mengagumkan ini. Syarikat meletakkan pekerjanya sebagai keutamaan dalam apa sahaja yang mereka lakukan dan terus berusaha untuk meningkatkan pengalaman pekerja. Ini dilengkapi dengan program penilaian dua kali setahun mereka yang unik, di mana pekerja boleh memberikan maklum balas, memanfaatkan peluang untuk berkembang dan diberi ganjaran atas kecemerlangan mereka dengan lebih kerap berbanding kebanyakan organisasi lain. Semua ini telah menghasilkan Skor Penggalak Bersih Pekerja (eNPS) mereka yang terkemuka dalam industri, serta pengiktirafan antarabangsa yang sentiasa didambakan ini.
Arjun Rao, Ketua Pegawai Eksekutif ValueLabs berkata, "Pengiktirafan ini mengesahkan nilai teras kami yang sentiasa meletakkan para pekerja dan pelanggan sebagai suatu keutamaan. Kami merealisasikan perancangan dan memenuhi semua janji kami, tanpa mengira keadaan. Kami menganggap diri kami sebagai majikan yang sangat mesra dan penyayang."
Maklumat tambahan:
Tentang ValueLabs
ValueLabs ialah sebuah syarikat teknologi global yang khusus dalam Kejuruteraan Produk Perisian, Teknologi Data serta Reka Bentuk dan Perundingan, semuanya dikuasakan oleh Digital Flywheel™ mereka. Sepanjang 24 tahun yang lalu, syarikat tersebut telah berkembang ke 31 buah lokasi, dengan lebih 6,500 syarikat bersekutu dan 200 pelanggan di seluruh dunia. Fokus mereka kepada pekerja dan pelanggan telah menghasilkan Skor Penggalak Bersih (NPS) yang terkemuka dalam industri yang masing-masing melebihi 68 dan 84 skor.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ipsita Mohanty
contactus@valuelabs.com
https://www.valuelabs.com/business-form/
Video: https://mma.prnasia.com/media2/1693947/ValueLabs.mp4
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343811/ValueLabs_Logo.jpg?p=medium600