![]() |
SINGAPURA, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- Ula, syarikat permulaan e-dagang Indonesia, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan ITILITE, sebuah platform perbelanjaan perniagaan dan pengurusan perjalanan untuk mengautomasikan sistem pengurusan perbelanjaan mereka bagi menyokong rancangan pengembangan perniagaan mereka.
Auro Sen, Ketua Kewangan Ula berkata, "Kami tidak sabar untuk mengembangkan pasukan kami di seluruh Indonesia, Singapura dan India. Mengendalikan kewangan pekerja di seluruh negara adalah merumitkan terutamanya dalam syarikat yang berada pada tahap kemuncaknya dan turut ingin merekrut bakat baharu setiap hari. Dengan teknologi ITILITE, kami teruja untuk meningkatkan pengalaman pasukan dalaman kami dan meningkatkan penglibatan pekerja."
Ula ialah sebuah pasaran B2B yang membantu meningkatkan perniagaan peruncit kecil di Indonesia dengan memberikan harga yang kompetitif, kepelbagaian yang luas dan boleh diakses serta terma pembayaran yang menggalakkan kepada mereka, semuanya dengan hanya menekan butang. Pasaran e-dagang telah berjaya menggunakan platform ITILITE untuk mengubah pengurusan perbelanjaan serba lengkap syarikat mereka, menghasilkan kitaran pembayaran balik yang lebih pantas di samping meningkatkan ketelusan dalam sistem. Dengan para pekerja memfailkan perbelanjaan mereka dalam talian, pasukan kewangan mereka tidak lagi menghabiskan masa yang lama untuk menguruskan segala resit-resit pekerja.
Anish Khadiya, Ketua Pegawai Perniagaan ITILITE berkata, "Kami telah membantu lebih 300 perniagaan di seluruh dunia untuk menguruskan pasukan di kawasan geografi yang berbeza dengan cara yang begitu mudah dan cekap. Dengan ITILITE, mereka boleh memberi tumpuan kepada mempercepatkan pertumbuhan mereka dan bukannya menguruskan proses. Kami teruja untuk menyumbang kepada perjalanan pertumbuhan Ula dengan membawa proses pengurusan perbelanjaan mereka pada laman web."
Dengan aplikasi milik ITILITE yang didayakan kecerdasan buatan dan dipercayai, Ula mensasarkan ke arah transformasi digital dan melangkaui jangkaan pekerja. ITILITE berbangga dengan senarai panjang pelanggannya yang berpuas hati seperti Puma, Byju's, Jockey dan banyak lagi.
Tentang ITILITE: Ditubuhkan pada tahun 2017, ITILITE merupakan satu-satunya platform pengurusan perjalanan dan perbelanjaan perniagaan yang benar-benar bersepadu di dunia. ITILITE memperkasakan organisasi dengan pemahaman yang dipacu AI/ML untuk membuat keputusan perniagaan yang digabungkan dengan aplikasi yang fleksibel bagi menguruskan perjalanan perniagaan dengan serba lengkap. Melalui program insentif pekerja berasaskan penjimatan yang unik, ia membantu syarikat mengurangkan perbelanjaan perjalanan mereka sehingga 30%.
Tentang Ula:
Ula ialah sebuah pasaran e-dagang borong berbilang kategori mendatar yang menggabungkan teknologi, alatan dan kemahiran peruncitan moden dengan struktur kos asas peruncitan mikro tradisional - yang membawakan pilihan, harga dan modal kerja yang terbaik kepada pemilik kedai kecil bagi meningkat pendapatan keseluruhan mereka. Dilancarkan pada bulan Januari 2020, Ula kini bekerjasama dengan lebih 70,000 pemilik kedai di Indonesia. Untuk maklumat lanjut, sila layari ula.app.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1695168/Ula_partners_with_ITILITE.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1598093/ITILITE_Logo.jpg?p=medium600