omniture

Xinhua Silk Road: Forum Pembangunan Industri Kenderaan Tenaga Baharu bermula di Anhui, Timur China

Xinhua Silk Road
2021-11-24 18:26 217

BEIJING, 24 November 2021 /PRNewswire/ -- Forum Pembangunan Industri Kenderaan Tenaga Baharu, salah satu forum selari dalam Konvensyen Pembuatan Dunia 2021, bermula di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui, timur China pada hari Sabtu.

Photo shows the Forum on the Development of New Energy Vehicle Industry kicks off in Hefei, capital of east China's Anhui Province, Nov. 20, 2021.
Photo shows the Forum on the Development of New Energy Vehicle Industry kicks off in Hefei, capital of east China's Anhui Province, Nov. 20, 2021.

Di forum ini, pakar-pakar dan wakil-wakil perusahaan menyatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk mempercepatkan kemajuan teknologi dan penjimatan tenaga dalam industri NEV dengan usaha untuk mencapai matlamat keneutralan karbon.

Industri automobil China telah menunjukkan pencapaian yang membuahkan hasil dalam penjimatan tenaga dan pengurangan emisi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Setakat tahun 2020, pengeluaran, penjualan dan inventori NEV China mengungguli kedudukan di dunia selama enam tahun berturut-turut dengan stok kereta NEV berjumlah 6.78 juta menjelang suku ketiga pada tahun 2021.

Meningkatkan tahap penjimatan tenaga dan mengurangkan penggunaan bahan api dalam kenderaan bahan api merupakan aspek yang penting untuk mengurangkan emisi karbon dalam industri automobil pada masa terdekat, kata Li Yizhong, presiden China Federation of Industrial Economics, menambah bahawa usaha harus dilakukan untuk menggalakkan pembangunan kenderaan tenaga baharu dalam jangka sederhana dan panjang.

China menganggap pembangunan NEV sebagai satu langkah yang penting untuk menangani perubahan iklim, menggalakkan pembangunan mesra alam dan mencapai puncak serta keneutralan karbon, kata Xu Yuchang, presiden China Economic Information Service (CEIS).

Menurut Shi Jianhua, timbalan setiausaha agung China Association of Automobile Manufacturers (CAAM), pemasaran merupakan keperluan teras bagi pembangunan industri automobil tenaga baharu sepanjang tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14.

Pada dasarnya, China dapat merealisasikan matlamat bahawa menjelang tahun 2025, jualan kenderaan tenaga baharu akan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu, tambah Shi dan menjelang tahun 2035, kenderaan elektrik tulen akan menjadi arus utama antara jualan kenderaan tenaga baharu.

Semasa berlangsungnya forum ini, laporan mengenai pembangunan industri NEV China yang berkualiti tinggi dikeluarkan secara bersama oleh CEIS dan CAAM, menganalisis status pembangunan semasa industri NEV di dalam dan luar negara serta mengemukakan cadangan untuk mempercepatkan pembangunan industri yang berkualiti tinggi.

Forum ini dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Anhui, dijalankan oleh Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Rakyat Wilayah Anhui serta CEIS dan disokong oleh China Federation of Industrial Economics.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324969.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Transportation