omniture

LTI Membolehkan Transformasi Digital Berskala Besar untuk Syarikat Kumpulan PIH

LTI
2021-11-25 05:08 49

- Pelaksanaan SAP di seluruh 63 buah syarikat kumpulan ini mempamerkan kepakaran mendalam LTI dalam domain Kejuruteraan & Pembinaan 

MUMBAI, India, 25 November 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global telah bekerjasama dengan konglomerat global yang berpangkalan di Qatar, Syarikat Kumpulan Power International Holding (PIH) bagi membolehkan Transformasi Digital berskala besar yang memanfaatkan pelbagai penyelesaian SAP® yang luas untuk perusahaan pintar. Pelaksanaan rangka kerja penyelesaian ini mengukuhkan dan mempercepat lagi visi PIH untuk mencapai pendekatan perniagaan dipacu data yang mengutamakan digital.

Sebagai sebahagian daripada perjalanan Transformasi Digital PIH dengan LTI, 63 buah syarikat kumpulan ini yang meliputi empat domain perniagaan telah menjalani transformasi kepada lebih 250 proses. Transformasi digital ini memanfaatkan penyelesaian SAP S/4HANA®, SAP SuccessFactors® serta penyelesaian dan sambungan awan industri SAP yang dibina pada Platform Teknologi Perniagaan SAP (SAP BTP) yang memanfaatkan beberapa penyelesaian berasaskan IP daripada LTI yang direka untuk industri kejuruteraan & pembinaan. Ia termasuk penyegerak perancangan, rantaian pembayaran projek, alat penggunaan sumber, kokpit pengurusan projek untuk ramalan prestasi, aliran tunai kejuruteraan dan portal pembekal. Inisiatif ini telah membolehkan syarikat Kumpulan PIH mempunyai aliran data yang lancar untuk membolehkan pembuatan keputusan yang lebih tepat serta tepat pada masanya merentasi landskap perniagaan yang pelbagai dan turut membolehkan mereka memiliki buku panduan perniagaan bagi pengambilalihan, penggabungan atau pemisahan gabungan yang baharu.

Sudhir Chaturvedi, Presiden & Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif LTI berkata: "Pemecutan digital yang disebabkan oleh pandemik ini telah membawa manfaat penggunaan teknologi baharu ke hadapan. Pendigitan teras ini boleh meningkatkan kecekapan proses, kepuasan pelanggan dan mengurangkan kos yang bersama-sama membantu mencapai kecemerlangan perniagaan. Warisan pengalaman LTI yang kaya dalam industri Kejuruteraan & Pembinaan serta kerjasama kami yang kukuh dengan SAP sebagai rakan kongsi perkhidmatan strategik global menjadikan kami sebagai rakan kongsi yang ideal bagi PIH untuk penglibatan yang besar ini." 

Jasim Abdul Rahman, Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan PIH berkata: "Di PIH, kami telah memutuskan untuk berkembang, mempelbagaikan dan meningkat dengan menggunakan pendekatan yang mengutamakan digital. Bagi mencapai objektif ini, kami mahukan penyelesaian yang bukan sahaja merangkumi perniagaan sedia ada di bawah satu rangka kerja digital tetapi juga menyediakan fleksibiliti untuk melengkapkan penyertaan kami ke dalam industri yang lebih baharu pada masa hadapan. Kepakaran LTI yang terbukti dalam membolehkan sistem transformasi digital yang inovatif diiktiraf di peringkat global dan bersama-sama dengan SAP, kerjasama kami telah membolehkan perjalanan transformasi PIH."

Alaa Jaber, Pengarah Urusan Pasaran Pertumbuhan Pantas dan SAP Qatar mengulas: "Masa ini menekankan kepentingan ketangkasan, fleksibiliti dan kebolehskalaan agar perniagaan Qatar dapat terus bergerak ke arah pertumbuhan. Transformasi digital PIH dengan LTI menjadi bukti yang ideal untuk mempamerkan pendekatan yang proaktif dalam memanfaatkan teknologi bagi membantu perniagaan besar meningkat dengan pantas."

PIH ialah konglomerat yang berpangkalan di Qatar dengan lebih 60,000 orang pekerja yang beroperasi di beberapa buah negara yang merangkumi enam buah sektor – Kontrak Umum (UCC Holding), Pembangunan Hartanah, Industri dan Perkhidmatan, Perkhidmatan Am, industri Makanan & Pertanian (Baladna) serta Hospitaliti dan Hiburan.

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 460 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 33 buah negara, kami berusaha keras untuk para pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 40,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Sebarang pernyataan dalam siaran ini yang bukan fakta sejarah merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta A.S. 1995. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang dijelaskan dalam pemfailan SAP dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. termasuk Laporan Tahunan terbarunya pada Borang 20-F yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan. SAP mengingatkan pembaca supaya tidak bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini dan SAP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan ini yang hanya benar pada tarikh siaran ini.

SAP serta lain-lain produk dan perkhidmatan SAP yang dinyatakan di sini serta logo masing-masing adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar SAP SE di Jerman dan negara-negara lain. 

Sila lihat https://www.sap.com/copyright untuk notis dan maklumat tanda dagangan tambahan. Semua nama produk dan perkhidmatan lain yang dinyatakan adalah tanda dagangan syarikat masing-masing.

Berhubung dengan LTI: 

Sila Baca Lebih Lanjut: 

-  LTI Umum Penyelesaian Kejuruteraan & Pembinaan Digital Berdasarkan Platform Awan SAP®

Kerjasama strategik antara LTI dan SAP

-  LTI dalam Industri Kejuruteraan & Pembinaan

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:EQLTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Workforce Management/Human Resources Feature News Releases Licensing/marketing agreements