SINGAPURA, 25 November 2021 /PRNewswire/ -- Dengan dunia yang semakin berciri digital dan peningkatan ancaman jenayah siber yang semakin ketara, perlindungan keselamatan siber sewajarnya menjadi kritikal kerana telah banyak perniagaan dan syarikat telah mangalurkan proses digital ke dalam aliran kerja mereka. ArmourZero menyediakan perkhidmatan Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan (SECaaS) yang boleh mengatasi kebimbangan perniagaan secara unik dengan Operasi Keselamatan IT Awan sebagai pusat sehenti untuk merancang, mengurus, mengesan dan mengatur.
The cavalry behind ArmourZero. (From left) Vivian Wong, Michael Ong, Tho Kit Hoong, Bushra Iskandar, Jamrah Othman and Nadia Ishak
Dengan adanya infrastruktur awan yang mantap dengan akses global, ArmourZero, dibangunkan dengan melibatkan kerjasama erat bersama penyedia teknologi keselamatan unggul Automox, Avanan, CrowdStrike, DNS Filter dan F-Secure. Kerjasama ini di harap dapat memberi perlindungan keselamatan IT yang pantas, mudah dan kos efektif. Penumpuan ke atas Teknologi, Kakitangan dan Proses juga membolehkan SECaaS mencipta semula aspek keselamatan siber dan merapatkan jurang dalam penyelesaian keselematan tradisional.
"Sama seperti vaksinasi manusia, adalah menjadi keterlaluan sekiranya kami mendakwa bahawa kami mampu menawarkan perlindungan 100%. Dengan bergantung kepada teknologi sahaja adalah tidak mencukupi untuk memerangi jenayah dan ancaman siber yang berterusan ini. Kami telah mehubungkan Teknologi, Kakitangan dan Proses untuk merapatkan jurang digital dan mengautomasikan tugas keselamatan pentadbiran untuk pelanggan kami tanpa bersusah payah pada satu platform perkhidmatan tunggal, seperti yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak lain sebelum ini," jelas pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tho Kit Hoong.
ArmourZero meluputkan proses yang rumit dan memakan masa dengan menempatkan sepenuhnya semua servis di bawah satu langganan akaun sahaja.
Bermula dengan penentuan harga yang fleksibel, automasi peruntukan, penyertaan/pembatalan pengguna, amaran keselamatan dan pemantuan peristiwa sepanjang masa 24/7 kepada sokongan daripada pakar-pakar keselamatan bertauliah dan banyak lagi, ArmourZero mengelakkan kaedah yang menyusahkan dan memakan masa yang ditempatkan sepenuhnya di bawah satu langganan sahaja.
SECaaS : Mengamalkan Cara Serba Baharu
Sama seperti evolusi SaaS, SECaaS menjadi semakin popular sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini dan berperanan untuk meringankan beban ke atas pasukan keselamatan dalaman, membolehkan kebolehskalaan dengan pertumbuhan dan mengurangkan kos perkhidmatan atas permintaan.
ArmourZero menghapuskan kos penggunaan perkakasan fizikal di-premis dan perkhidmatan di-lapangan yang tinggi melalui persediaan awannya dan model langganan yang fleksibel. Model ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah seperti penentuan harga yang kompetitif untuk mengatasi kos pelayan yang tinggi berbanding dengan komputer dan peranti serta deduksi pengguna yang tidak digunakan sebagai kredit untuk tambahan akan datang atau langganan baharu dalam pelbagai kategori keselamatan.
Organisasi-organisasi dapat menjimatkan masa dan kos dengan alat automasi peruntukan kendiri perkhidmatan berserta tindak balas ancaman yang pantas serta amaran keselamatan dan pemantauan peristiwa sepanjang masa 24/7 melalui pusat operasi keselamatan (SOC). Ini semua dikendalikan oleh pakar-pakar keselamatan yang berkemahiran tinggi dan bertauliah yang mengusahakan teknologi yang terkini dan paling canggih.
Sebagai penggerak pertama bagi platform pengaturan perkhidmatan berbilang keselamatan, ArmourZero bersedia untuk mengembangkan industri keselamatan siber hari ini dengan 7 perkhidmatan:
Rangkaian perkhidmatan keselamatan boleh disesuaikan dan diselaraskan selanjutnya mengikut keperluan dan kehendak perniagaan sebagai sebahagian daripada langganan ini.
Program Gabungan ArmourZero
ArmourZero turut memperkenalkan platform perniagaan baharu untuk individu dan rujukan, bagi menggalakkan perkongsian individu untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan siber melalui penghubungan gabungan yang unik kepada perniagaan yang mencari, menaik taraf dan memperkemas perlindungan siber.
Latar Belakang ArmourZero
ArmourZero percaya bahawa perlindungan keselamatan IT haruslah ringkas dan kos efektif. Misi kami adalah untuk melindungi syarikat dan kakitangan anda daripada serangan dan ancaman siber dengan mencipta semula perlindungan dan merapatkan jurang dalam penyelesaian legasi.
Penyelesaian Keselamatan-sebagai-satu-Perkhidmatan (SECaaS) ArmourZero menyediakan golongan profesional yang amat cekap dan bertauliah, disokong oleh teknologi dan proses terkini, kesemuanya dibawah model secara langganan
Dengan menghubungkan Teknologi, Kakitangan dan Proses dengan lancar, ArmourZero telah mengautomasikan tugas keselamatan pentadbiran tanpa perlu bersusah payah.
Ketahui lebih lanjut mengenai syarikat ini di www.armourzero.com