omniture

Kumpulan Eurail Menawarkan Diskaun 20% untuk Pas Itali Eurail

Eurail Group G.I.E.
2013-09-03 23:01 128

UTRECHT, Kepulauan Netherlands, 3 September 2013 /PRNewswire/ --

Promosi Musim Lengang Pas Eurail Itali Bermula Pada 1 September 2013

Mulai 1 September hingga 31 Oktober 2013, Kumpulan Eurail menawarkan diskaun 20% daripada harga biasa untuk Pas Eurail Itali. Diskaun promosi ini adalah untuk Pas Itali Eurail kelas pertama dan kelas kedua dan sah digunakan untuk semua kategori penumpang: dewasa, kanak-kanak dan remaja, termasuk pas penjimatan (diskaun berkumpulan). Pas Itali Eurail menyediakan untuk pengembara pilihan untuk memilih dari tiga ke sepuluh hari perjalanan dalam tempoh dua bulan. Pas Itali Eurail perlu diaktifkan untuk perjalanan dalam masa enam bulan dari tarikh pembelian.

Pas Itali Eurail

Itali ialah negara kedua paling popular secara keseluruhan untuk pemegang Pas Eurail, sementara Pas Itali Eurail kekal sebagai Pas Satu Negara yang paling laris dijual. Ini bukanlah satu kejutan. Rangkaian landasan kereta api Itali adalah sama menarik seperti negara itu sendiri, menawarkan sistem berkelajuan tinggi yang mengagumkan dan menghubungkan Itali dari Utara ke Selatan. Hasilnya, perjalanan kereta api telah menjadi semakin popular dalam negara itu. Kumpulan kereta api Frecciarossa membuatkan perjalanan tanpa henti di antara Rom dengan Milan boleh dilakukan dalam masa kurang dari tiga jam.

Mengembara dengan Pas Itali Eurail pada musim lengang membolehkan akses lebih mudah ke tempat-tempat menarik Itali yang bersejarah, membenarkan pengembara menikmati keindahan seni, tradisi dan pemandangan yang kekal tidak berubah selama ratusan tahun. Florence, Venice, Rom dan Milan, destinasi Itali yang paling kerap dilawati oleh pemegang Pas Eurail juga mudah untuk diakses, seperti juga kawasan desa Itali yang menawan dan bermacam-macam. Kemudahan untuk bergerak menggunakan kereta api dan fleksibiliti untuk menukar pelan perjalanan menyediakan adunan yang sempurna untuk pengalaman pengembaraan yang takkan dilupakan.

Untuk maklumat lanjut tentang Promosi Pas Itali Eurail Itali, sila lawati: http://www.eurailgroup.org/italy

Eurail: Cara Terbaik untuk Melawat Eropah

Kumpulan Eurail menawarkan empat jenis Pas Eurail sebagai sebahagian daripada portfolionya untuk mereka yang tinggal di luar Eropah: Pas Global Eurail untuk perjalanan dalam 24 negara ahli; Pas Pilihan Eurail, sah dalam tiga, empat atau lima negara yang terletak bersebelahan; Pas Wilayah Eurail, terhad dalam kumpulan kecil negara jiran dan Pas Satu Negara Eurail, sebagai teman perjalanan yang sempurna untuk menerokai satu negara tunggal, seperti Itali.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian sedunia Ejen Jualan Am Sah. Sila lawati http://www.eurailgroup.org/eurail

Eurail Group G.I.E., organisasi yang dikhususkan untuk pemasaran dan pengurusan Pas Eurail dan Pas InterRail, dimiliki sepenuhnya oleh tiga puluh syarikat landasan kereta api dan perkapalan yang menyertainya. Tambahan lagi, Kumpulan itu mempunyai banyak rakan kongsi faedah, termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan muzium, yang menawarkan khidmat mereka sama ada pada harga yang lebih rendah atau secara percuma kepada pemegang pas landasan.

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services