omniture

Kumpulan Oberoi Melancarkan Trident, Hyderabad

The Oberoi Group
2013-09-04 00:40 187

HYDERABAD, India, 4 September 2013 /PRNewswire/ --

Kumpulan Oberoi mengumumkan pembukaan Trident, Hyderabad. Terletak di pusat hab teknologi maklumat, HITEC City, hotel itu mempunyai rekaan yang anggun dan kontemporari serta menawarkan kemudahan perniagaan dan riadah yang canggih.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130903/637969-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130903/637969-b )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130903/637969-c )

En. P.R.S Oberoi, Pengerusi Eksekutif untuk Kumpulan Oberoi berkata, "Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kami telah menambah hotel di pelbagai lokasi di India dan di luar negara yang telah menjadi tanda aras industri. Hyderabad telah muncul sebagai destinasi perniagaan signifikan dan Trident, Hyderabad telah dicipta bagi mengutamakan pengembara perniagaan yang bercitarasa tinggi. Hotel ini ialah bukti wawasan kami bagi jenama "Trident" serta standard kecemerlangannya."

En. Sharad Puri, Pengurus Besar, Trident, Hyderabad, menambah, "Dengan pembukaan Trident, Hyderabad, kami mahu menawarkan pengembara perniagaan dan pelancong yang bercitarasa tinggi sebuah wahah ketenangan dengan layanan mesra, baik hati dan tersuai khusus."

Hotel itu mempunyai 323 bilik tetamu dan suite serba-serbi lengkap yang merupakan bilik terbesar di Hyderabad. Hotel itu menawarkan kemudahan persidangan dan bankuet yang meluas.

Pilihan menjamu selera di Trident, Hyderabad termasuklah Amara, restoran dibuka sepanjang hari yang menawarkan hidangan dunia terbaik. Kanak, restoran India yang menyajikan hidangan India paling lazat dengan pengaruh wilayah Hyderabad yang kuat. Tuscany ialah restoran Itali dengan suasana penuh santai; restoran ini menawarkan dapur pameran dengan ketuhar piza yang dibakar dengan unggun api dan bilik merasa wain yang menawarkan pelbagai pilihan wain mewah. Ninety Six, bar hotel itu menghidangkan pilihan minuman keras, wain dan koktel.

Kemudahan riadah termasuk Trident Spa, Bilik Yoga dan Pusat Kecergasan yang lengkap. Kolam renang berpantulan dengan sempadan tanpa hujung ialah ciri unik hotel itu.

Dengan lokasinya yang ideal, ditambah pula dengan perkhidmatan yang mesra, baik hati dan tersuai khusus, Trident, Hyderabad sedia menjadi hotel yang paling menjadi pilihan ramai untuk pengunjung perniagaan dan pelancong.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

http://www.oberoihotels.com | http://www.tridenthotels.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
    
    Silki Nanda
    Pengarah – Komunikasi Korporat
    Kumpulan Oberoi
    Telefon: +91-11-2389-0505
    Emel: silki.nanda@oberoigroup.com
 
    Khushi Khanna
    Weber Shandwick
    Telefon:  +91-11-2389-0505
    Emel: corp.comm@oberoigroup.com

Sumber: The Oberoi Group

Source: The Oberoi Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services