omniture

Microland diiktiraf sebagai Inovator dalam Perkhidmatan ITOps Pintar 2021-2022 RadarView Avasant

Microland
2021-11-26 12:43 28

LONDON dan ATLANTA dan BENGALURU, India, 26 November 2021 /PRNewswire/ -- Microland, sebuah syarikat peneraju transformasi digital global, dengan sukacitanya hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai Inovator dalam laporan Perkhidmatan Automasi Pintar 2021–2022 RadarView™ Avasant.

Microland recognised as an Innovator in the Avasant's Intelligent ITOps Services 2021-2022 RadarView
Microland recognised as an Innovator in the Avasant's Intelligent ITOps Services 2021-2022 RadarView

Menilai kematangan amalan, ekosistem perkongsian serta pelaburan dan inovasi Microland dalam Automasi Pintar, Avasant Group telah mengenal pasti Microland sebagai salah satu penyedia perkhidmatan terbaik yang telah menunjukkan inovasi berterusan dan portfolio perkhidmatan yang dipertingkatkan dengan begitu ketara.

Bercakap tentang pengiktirafan ini, Satish Sukumar, Ketua Pegawai Automasi Microland berkata, "Pengiktirafan ini menggariskan keupayaan dan kepakaran Microland dalam menyampaikan ITOps yang benar-benar pintar dan automatik kepada pelanggan global kami. Dengan memanfaatkan Intelligeni iaitu platform AIOps dan Operasi Pintar kami serta menggabungkannya dengan model pengendalian MinimalOps kami yang diperoleh daripada prinsip SRE, Microland membolehkan setiap perusahaan memberikan pengalaman digital yang kukuh kepada pengguna dan pihak berkepentingan mereka."

Dalam laporan RadarView ini, Avasant menilai 45 penyedia perkhidmatan teknologi untuk mengiktiraf syarikat-syarikat terkemuka yang memberikan nilai paling tinggi kepada pasaran sepanjang 12 bulan yang lalu; dalam menyokong penerimagunaan automasi pintar perusahaan. Ia juga menawarkan analisis bagi keupayaan setiap penyedia perkhidmatan dalam teknologi dan sokongan penghantaran, sekali gus membolehkan organisasi mengenal pasti rakan kongsi strategik yang sesuai untuk ITOps.

Avasant mengulas tentang pengiktirafan tersebut, "Tawaran transformasi rangkaian IT pintar Microland dan rangka kerja MinimalOps yang seiring dengan pelaburan strategik untuk menjadikan operasi IT berautonomi dengan AI; telah meletakkan Microland sebagai inovator dalam Perkhidmatan ITOps Pintar 2021-2022 RadarView™ Avasant. Microland bersedia untuk menyokong peralihan infrastruktur IT berdata-berat daripada titik kendiri kepada automasi dipacu data dan melaksanakan langkah-langkah diagnostik kompleks yang memerlukan usaha L3 dengan pengurangan kos dan kualiti perkhidmatan yang dipertingkatkan."

Tentang Microland 

Komitmen Microland terhadap "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan syarikat-syarikat untuk beralih kepada infrastruktur digital generasi seterusnya melalui portfolio perkhidmatan kami yang luas termasuk Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan Internet Benda Perindustrian. Kami memastikan bahawa penggunaan perkhidmatan digital ini boleh diramal, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang telah terkesan dengan COVID-19, Microland merealisasikan digital untuk syarikat perusahaan dengan fokus utama yang tertumpu kepada perkhidmatan yang lebih relevan untuk para pelanggan dan prospek kami berbanding sebelum ini dan seterusnya menjamin hasil perniagaan. 

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat perkhidmatan di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di:  https://www.microland.com/

Tentang Avasant 

Avasant tersenarai antara "Yang Terbaik daripada Penasihat Penyumberan Luar Terbaik di Dunia" oleh Persatuan Profesional Penyumberan Luar Antarabangsa (IAOP), satu kedudukan penghormatan yang diperoleh hasil daripada rekod prestasi cemerlang selama sepuluh tahun. Bekerjasama dengan para profesional berpengalaman dengan kepakaran purata industri selama 20 tahun dan telah menjalani melebihi 1,000 penglibatan di lebih 40 buah negara, kaedah perundingan dan penasihat generasi seterusnya Avasant telah menjadikannya sebuah firma yang terbaik dalam kelasnya dengan anugerah daripada pelbagai organisasi termasuk: Vault, NOA, IAOP dan Wall Street Journal.

Sila Baca Lebih Lanjut di: https://avasant.com/

Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1696559/Avasant_ITOps_recognition__Microland.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Telecommunications Survey, Polls & Research