omniture

Huawei Melancarkan Strategi "Fusion" di Kongres Awan Huawei 2013

Huawei
2013-09-04 01:56 166

-- Membantu "Membuat IT Mudah, Membuat Perniagaan Tangkas"

SHANGHAI, 4 September 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang meneraju, hari ini mengumumkan yang ia memulakan Kongres Awan Huawei 2013 (HCC 2013) di Pusat Ekspo Shanghai. Bersandarkan inovasi proaktifnya dalam bidang prasarana IT dengan kerjasama rakan kongsi industri seperti Intel, SAP dan Seagate, Huawei secara rasminya melancarkan strategi "Fusion"nya untuk bidang teknologi maklumat (IT) di HCC tahun ini. Dengan tema "Membuat IT Mudah, Membuat Perniagaan Tangkas", acara yang diadakan selama dua hari ini menarik kunjungan lebih 10,000 peserta, termasuk pakar industri, rakan kongsi, pelanggan, media dan juruanalisis.

Sejak HCC pertama diadakan pada 2010, Huawei telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi global bagi mempromosikan pengaturan penggunaan dan aplikasi teknologi awan di seluruh dunia.

"Industri IT ialah industri terbuka dan Huawei mempunyai peta jalan strategik yang jelas. Kami akan fokus terhadap membangunkan dan menawarkan penyelesaian dan produk pusat data awan dengan tumpuan terhadap masa hadapan, termasuk pelayan, penyimpanan, rangkaian pusat data, sistem pengendalian awan serta platform pengurusan awan," kata En. Eric Xu, Timbalan Pengerusi Huawei. "Sementara itu, Huawei komited untuk mengendalikan kerjasama terbuka dan tertutup dengan rakan kongsi merentasi pelbagai industri, bersama menawarkan produk dan penyelesaian ICT yang inovatif, berdaya saing dan berbeza-beza untuk perusahaan global, membantu pelanggan merealisasikan penerimaan dan penyebaran maklumat."

Kerjasama terbuka penting bagi kejayaan masa hadapan untuk industri ICT. Dengan strategi untuk membangunkan seni bina industri terbuka dan mempertingkatkan penyepaduan dalam ekosistem industri, Huawei dikhususkan untuk membangunkan kerjasama lebih rapat dengan rakan kongsi seluruh dunia, bersama menawarkan penyelesaian teknologi yang cekap dan tangkas kepada pelanggan bagi membantu perusahaan memperbaiki kecekapan perniagaan.

"IT ialah bidang pertumbuhan strategik untuk Huawei. Dengan komitmen utuh terhadap inovasi teknologi, kami bertekad untuk pembangunan dan evolusi berterusan untuk domain IT," kata En. Zheng Yelai, Presiden, Rangkaian Produk IT, Huawei. "Hari ini, kami ada pasukan dengan lebih 10,000 pakar teknikal dalam fasiliti penyelidikan dan pembangunan IT seluruh dunia, termasuk di Eropah, Kanada dan Rusia. Melalui kerjasama dengan fasiliti ini dan juga dengan universiti yang meneraju, institut teknologi dan pemain industri penting, kami mampu menyediakan produk dan penyelesaian IT yang andal dan membantu pelanggan mempertingkatkan daya saing dan mencapai kejayaan perniagaan dalam era penumpuan ICT."

Sorotan menarik HCC tahun ini ialah pelancaran rasmi strategi "Fusion" Huawei, yang menggabungkan pelbagai teknologi IT, termasuk pengkomputeran, penyimpanan, pemayaan dan teknologi pusat data, bagi menyediakan asas untuk platform terbuka yang membolehkan penyepaduan sistem pihak ketiga, pengaturan kedudukan yang mudah, pengurusan mudah dan pengendalian serta penyelenggaraan mudah untuk prasarana  IT perusahaan. Semasa acara itu, Huawei mendedahkan dan menunjukkan satu siri produk dan penyelesaian IT inovatif yang dibangunkan khusus untuk menyokong strategi "Fusion", termasuk falsafah penyimpanan "satah data tertumpu" pertama di dunia, sistem pengendalian awan yang diedarkan sepenuhnya yang pertama di dunia FusionSphere 3.0, perkakas semua dalam satu tertumpu berprestasi tinggi FusionCube 2.0, dan satu-satunya platform prasarana data besar tertumpu dalam industri ini yang menggabungkan penyimpanan, pemfailan dan analisis.

Antara faedah pertama daripada pelbagai faedah strategi "Fusion" Huawei adalah untuk membantu perusahaan meringkaskan pengaturan penggunaan IT dan mengurangkan masa pelancaran perniagaan. Faedah kedua daripada pelbagai faedah strategi "Fusion" Huawei pula adalah untuk membantu perusahaan melancarkan pengendalian dan penyelenggaraan dan untuk mengurangkan jumlah kos pemilikan. Faedah ketiga "Fusion" pula ialah membantu perusahaan meringkaskan pengurusan dan sekaligus memperbaiki kecekapan perniagaan dan mencipta nilai.

Dalam melaksanakan komitmen kami untuk mementingkan pelanggan, Huawei berusaha untuk lebih memahami keperluan pelanggan, melakukan inovasi di samping pelanggan, dan akhirnya membantu pelanggan merealisasikan kejayaan perniagaan. Menambah kepada platform awan yang dibangunkan sendiri oleh Huawei, dan menyatukan sumber pembangunan perisian dalam industri itu, Huawei berjaya membantu Menara Shanghai, mercu tanda baharu bandar itu, menggunakan Awan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) untuk binaan kejuruteraan. Awan BIM membolehkan syarikat binaan kejuruteraan menyewa prasarana pengkomputeran, perisian dan sumber sistem daripada Internet mengikut keperluan mereka sendiri, lalu mengurangkan kos untuk pengaturan penggunaan perkakas dan penyelenggaraan sistem dengan banyak. Semasa HCC 2013, satu upacara perasmian telah dianjurkan oleh Huawei bersama Menara Shanghai bagi mendedahkan awan BIM itu.

Dengan menawarkan produk dan penyelesaian berdaya saing berdasarkan pendekatan mementingkan pelanggannya untuk inovasi, Huawei telah mencapai kejayaan cemerlang dalam pasaran IT, mendapat pengiktirafan daripada pelanggan industri merentasi sektor kerajaan, sektor pengangkutan, sektor tenaga dan kuasa, sektor kewangan dan sektor perusahaan besar. Setakat Ogos 2013, Huawei telah berjaya membina 330 pusat data seluruh dunia, termasuk 70 pusat data awan, dan membolehkan lebih 260 pelanggan pengkomputeran awan seluruh dunia bagi menerokai nilai perniagaan teknologi awan dengan Huawei. Tambahan itu, Huawei mengaturkan penggunaan sistem awan komputer atas meja terbesar dan paling rumit di dunia, yang menyokong 100,000 pengguna dalam pengendalian perniagaan serentak dalam syarikat itu. Sementara itu, Huawei juga mencatatkan kemajuan mengagumkan dalam pasaran penyimpanan dan pelayan, dengan menjadi vendor China pertama yang dimasukkan dalam Kuadran Ajaib Gartner untuk Pelayan Bilah, serta senarainya untuk vendor penyimpanan arus perdana global. Dalam suku pertama tahun 2013, penghantaran penyelesaian penyimpanan Huawei diperingkatkan sebagai nombor satu dalam pasaran China, sementara jumlah dan kapasiti penghantarannya pula berada di tempat kelapan secara global. Penghantaran pelayan Huawei diperingkatkan pada kedudukan nombor tiga di China.

Tentang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang meneraju. Kami komited untuk mencipta nilai maksimum bagi pengendali telekomunikasi, perusahaan dan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang berdaya saing.

Source: Huawei
Related Stocks:
Shenzhen:002502 Shenzhen:2502.SZ
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news