omniture

Keperluan Kritikal untuk Sektor Komoditi Pertanian yang Berdaya Tahan bagi Mencapai Ikrar COP26

Roundtable On Sustainable Palm Oil
2021-11-26 21:05 450

Dengan komitmen COP26 yang diperbaharui, Airbus, CottonConnect, Earthworm Foundation, Tropical Forest Alliance dan World Resources Institute telah menyeru tindakan kolaboratif merentas rantaian bekalan semasa persidangan meja bulat RSPO 2021 untuk mencapai kesan positif untuk manusia dan planet.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 16 November, Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Maya 2021 bertemakan "Ketahanan Iklim: Menjamin Masa Depan Minyak Sawit Lestari". Panel tersebut menghimpunkan suara-suara terkemuka di seluruh sektor komoditi pertanian untuk bertukar-tukar pandangan tentang beberapa isu paling sukar dalam industri - daripada perubahan iklim kepada inovasi teknologi yang boleh diakses hingga kepada rangkuman ekonomi.

Industry experts from Airbus, CottonConnect, Earthworm Foundation, Tropical Forest Alliance and World Resources Institute called for collaborative action across supply chains during RSPO’s 2021 roundtable conference.
Industry experts from Airbus, CottonConnect, Earthworm Foundation, Tropical Forest Alliance and World Resources Institute called for collaborative action across supply chains during RSPO’s 2021 roundtable conference.

Ahli-ahli panel membuka sesi dengan pandangan mereka tentang COP26, menekankan bahawa hutan dan penggunaan tanah tidak pernah menjadi lebih menonjol semasa sidang kemuncak di mana lebih 100 pemimpin dunia berjanji untuk menamatkan dan menghalang penebangan hutan menjelang tahun 2030. Komoditi yang menerima impak secara langsung seperti minyak sawit - sering dilihat sebagai pemacu penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau - COP26 menekankan pentingnya keperluan terhadap penyelesaian seperti inisiatif RSPO dan badan sukarela yang lain.

Melindungi hak asasi manusia dan hak buruh
Perbincangan mendalam pertama adalah berkaitan menangani isu kompleks hak asasi manusia dan hak buruh, di mana ahli panel menekankan bahawa hak asasi manusia dan pelanggaran hak buruh tidak boleh dipisahkan daripada isu alam sekitar dan ia kekal sebagai sebahagian daripada cabaran paling sukar yang dihadapi industri pertanian komoditi.

Ahli-ahli panel turut menyerlahkan kepentingan piawaian, seperti RSPO, "sebagai panduan untuk pendekatan berasaskan hak merentas rantaian bekalan," kata Janhavi Naidu dari Earthworm Foundation."Kami menumpukan pada mentransformasikan agenda, visi dan jangkaan yang ditetapkan oleh RSPO dan standard yang serupa kepada sumber dan penyelesaian yang boleh diambil tindakan. Ini kerana kita semua memerlukan bimbingan, masa dan pelaburan untuk dapat mengukur amalan buruh secara adil."

Mengulas sentimen ini, Alison Ward daripada CottonConnect menambah, "Memastikan layanan baik kepada pekerja memerlukan pelaburan yang kukuh dalam setiap langkah rantaian bekalan, campur tangan tempatan dan penglibatan. Dalam sektor tekstil, ini bermakna jenama dan syarikat bertemu dengan petani, pembeli dan pemintal untuk memahami kebimbangan mereka dan melaburkan sumber yang mencukupi untuk menanganinya." Beliau berkongsi contoh membina kepercayaan dalam komuniti penanaman kapas di India dan Pakistan untuk memastikan keperluan kesihatan dan keselamatan mereka dipenuhi, diilhamkan oleh kerja yang serupa dalam sektor minyak sawit. 

Penggunaan teknologi yang sesuai
Ahli-ahli panel juga meneroka kepentingan memanfaatkan inovasi dan teknologi untuk menangani cabaran iklim. Teknologi boleh membantu memberikan ketelusan dan kebolehkesanan yang lebih besar dalam rantaian bekalan minyak sawit dan membolehkan perniagaan meningkatkan komitmen kelestarian mereka. RSPO telah berada di barisan hadapan dalam membangunkan penyelesaian untuk mengukuhkan kredibiliti skim pensijilan.

Rod Taylor daripada World Resources Institute (WRI) memetik satu contoh, GeoRSPO, yang mengintegrasikan peta konsesi RSPO dengan platform Global Forest Watch. Beliau menjelaskan "Global Forest Watch memberi suapan terus ke GeoRSPO dengan menggabungkan pengimejan satelit dan pengkomputeran awan untuk menunjukkan perubahan guna tanah dalam cara yang mesra pengguna... ia membantu syarikat menguruskan risiko penebangan hutan dalam rantaian bekalan mereka dan menyepadukan pengurusan risiko dan pelaporan ke dalam satu sistem". 

Wendy Carrara daripada Airbus memperincikan, "Kami telah melabur selama 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan menggunakan alat pengesahan yang mempromosikan kebolehjejakan kepada perladangan, meningkatkan amaran tentang pembasmian hutan dan perkaitan dengan data rantaian bekalan. Sebagai kesimpulan, ini memastikan sumber minyak sawit yang bertanggungjawab. Imej satelit dianalisis menggunakan parameter biofizikal untuk mencipta peta asas yang mana pemantauan boleh dilakukan pada skala dan dengan ketepatan setempat".

Menyokong mata pencarian luar bandar
Perbincangan mendalam terakhir meliputi cara mencapai daya tahan iklim melalui pensijilan seperti RSPO bukan sahaja memberikan manfaat untuk planet ini, tetapi juga untuk manusia. Mencapai daya tahan iklim dalam sektor minyak sawit lestari bukan semata-mata keharusan ekologi - ia juga boleh menjana pemerkasaan sosial dengan mengukuhkan kapasiti tenaga kerja, mewujudkan pekerjaan dan memupuk pembangunan ekonomi.

Justin Adams daripada Tropical Forest Alliance menyokong untuk menyepadukan mata pencarian ke dalam tindakan iklim: "Terdapat pengiktirafan yang jelas tentang kepentingan dimensi sosial dalam mencapai matlamat alam sekitar; matlamat iklim merupakan perkara utama tetapi hanya satu dimensi untuk dioptimumkan. Kami memerlukan usahawan eko dalam landskap untuk memacu perubahan sebenar". Rod meneruskan dengan menekankan bahawa penyelesaian secara menyeluruh adalah untuk mengoptimumkan sumber sedia ada seperti tanah melalui amalan lestari, menstabilkan sumber sedia ada dan menjadikan pertanian lebih menguntungkan, ditambah dengan insentif untuk memberi ganjaran kepada penjagaan yang baik.

Walaupun menghadapi cabaran yang mendatang, beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan penyepaduan yang lebih erat bagi matlamat alam sekitar dan sosial - kunci untuk menjamin masa depan yang lestari dan berdaya tahan merentasi sektor minyak sawit. Ahli-ahli panel merangkumkan dengan usaha optimistik dengan mengatakan bahawa organisasi seperti RSPO adalah kritikal kerana mereka membawa komuniti bersama-sama untuk menyelesaikan masalah. "Ia bukan hanya sekadar meningkatkan jumlah Minyak Sawit Lestari Disahkan dan ke arah mewujudkan ekosistem minyak sawit yang lestari; kita semua perlu memainkan peranan dalam mencapai hasrat ini", kata Justin.

Tentang RSPO:
Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan objektifnya untuk mempromosikan pertumbuhan dan penggunaan produk sawit yang lestari melalui standard global yang boleh dipercayai dan dengan penglibatan daripada para pemegang taruh. RSPO ialah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang menyatukan pihak berkepentingan daripada sektor industri minyak sawit termasuk pengeluar sawit, pemproses sawit atau pedagang, pengeluar barangan pengguna, peruncit, bank dan pelabur, NGO pemuliharaan alam sekitar dan alam semula jadi serta NGO sosial atau pembangunan.

Perwakilan pelbagai pemegang taruh ini dicerminkan dalam struktur tadbir urus RSPO supaya kerusi dalam Lembaga Gabenor, Jawatankuasa Pemandu dan Kumpulan Kerja diperuntukkan secara adil kepada setiap sektor. Dengan cara ini, RSPO menjalani falsafah "meja bulat" dengan memberi hak yang sama kepada setiap kumpulan pemegang taruh, memudahkan para pemegang taruh secara tradisinya dalam bekerjasama untuk mencapai keputusan melalui konsensus dan mencapai visi bersama RSPO dalam menghasilkan minyak sawit yang lestari.

Persatuan ini berpangkalan di Zurich, Switzerland, manakala sekretariatnya kini berpusat di Kuala Lumpur dengan pejabat satelit yang terletak di Jakarta (ID), London (UK), Zoetermeer (NL), Beijing (CN) dan Bogotá (CO).

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1695674/RT2021.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1160778/RSPO_Logo.jpg?p=medium600

Source: Roundtable On Sustainable Palm Oil
Related Links:
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility Environmental Issues Not for profit Trade show news