Skor risiko ESG UPL pada skala 24.9 menunjukkan skor terbaik bagi syarikat perlindungan tanaman global, berikutan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun
LONDON, 27 November 2021 /PRNewswire/ -- UPL Ltd. (NSE: UPL) (BSE: 512070) telah diberikan penarafan oleh Sustainalytics sebagai syarikat perlindungan tanaman global tahap tinggi dengan prestasi yang terbaik bagi kategori prestasi kelestarian keseluruhan dalam Penarafan Risiko ESG 2021. Dengan penambahbaikan yang ketara dalam pelbagai kategori, pencapaian ini mengiktiraf usaha yang dijalankan oleh UPL untuk Memperbaharui Kelestarian dalam sistem makanan global.
Sustainalytics menyediakan khidmat penyelidikan, penilaian dan data alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG) kepada para pelabur institusi dan syarikat serta menyediakan laporan tahunan untuk prestasi kelestarian syarikat yang terlibat dalam pelbagai sektor. Kriteria yang dinilai oleh Sustainalytics merangkumi kejayaan UPL dalam menguruskan Tadbir Urus Korporat, Perhubungan Komuniti, Etika Perniagaan dan jejak Karbon.
Skor risiko ESG UPL pada skala 24.9 menunjukkan Risiko ESG terbaik dalam kalangan syarikat seangkatan dengannya yang terdiri daripada syarikat perlindungan tanaman global. Kedudukan UPL pada tahun 2021 yang meningkat sebanyak 6% daripada indeks pada tahun lalu adalah disebabkan oleh kemajuannya yang ketara dari tahun ke tahun dalam senarai kedudukan syarikat Sustainalytics.
Jai Shroff, Ketua Pegawai Eksekutif Global UPL Ltd berkata:
"Kami gembira kerana keazaman dan usaha UPL yang gigih telah diiktiraf dan diperakui oleh Sustainalytics. Kami telah menetapkan misi untuk menerapkan ciri-ciri kelestarian dalam semua yang kami lakukan – ia menjadi asas kepada setiap projek yang kami mulakan, setiap proses yang kami reka dan setiap perniagaan yang kami lancarkan. Tahniah kepada setiap orang di UPL – mereka telah memainkan peranan dan menyumbang kepada keputusan yang cemerlang ini. Tetapi kita tahu bahawa usaha ini belum berakhir dan banyak lagi yang perlu dilakukan. Kami akan maju ke hadapan dengan inisiatif kelestarian baharu dalam bidang pertanian demi memastikan dunia yang lebih baik untuk semua."
Carlos Pellicer, Ketua Pegawai Operasi UPL Ltd, berkata:
"Kerjasama dan kelestarian merupakan teras kepada matlamat OpenAg UPL. Dunia memerlukan kesungguhan kita dalam menyampaikan penambahbaikan yang jelas dan berkekalan dari segi cara sistem makanan menyampaikan makanan kepada 7.7 bilion orang di atas muka bumi ini. Ini merupakan tahun yang menakjubkan bagi UPL, dengan pelancaran unit perniagaan NPP (Perlindungan Tumbuhan Semula Jadi) kami untuk biopenyelesaian, peningkatan tawaran digital nuture.farm kami serta kerjasama kami dengan Climate Pledge, FIFA Foundation dan pelancaran Gigaton Challenge. Setiap inisiatif ini dijalankan dengan memberi penekanan pada kelestarian dan kami amat teruja untuk meneruskan usaha ini bersama-sama pada tahun-tahun akan datang."
Penilaian kedudukan ini menyusuli kejayaan baru-baru ini dalam indeks kelestarian global lain pada tahun 2021: World Benchmarking Alliance, menilai UPL pada tempat ke-55 dalam segmen Input Pertanian dan tempat ke lima belas daripada 350 buah syarikat dalam kategori penanda aras Makanan dan Pertanian WBA. Selain itu, UPL mencatatkan prestasi yang kukuh dalam Indeks Kelestarian Dow Jones yang terkini (peningkatan skor sebanyak 61% berbanding tahun 2018) dan FTSE Russell (68% lebih tinggi berbanding purata industri).
Nota kepada Editor:
Tentang Sustainalytics
Tentang UPL
UPL Ltd. (NSE: UPL & BSE: 512070) ialah penyedia global bagi penyelesaian dan produk pertanian lestari dengan pendapatan tahunan melebihi $5.2 bilion. Kami adalah sebuah syarikat yang berasaskan tujuan. Melalui OpenAg™, UPL fokus untuk mempercepat perkembangan sistem makanan. Kami sedang membina rangkaian yang menerapkan kelestarian, memperbaharui cara industri berfikir dan bertindak secara keseluruhan – membuka peluang kepada idea-idea baharu, inovasi dan jawapan baharu sambil berusaha ke arah misi kami untuk menjadikan semua produk makanan lebih lestari. Sebagai salah sebuah syarikat penyelesaian pertanian terbesar di dunia, portfolio kami yang teguh terdiri daripada penyelesaian perlindungan tanaman tradisional dan biologi dengan lebih 14,000 pendaftaran. Kami berada di lebih 130 buah negara yang diwakili oleh lebih 10,000 rakan sekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang portfolio penyelesaian bersepadu kami di seluruh rantaian nilai makanan termasuk benih, pascatuaian, serta perkhidmatan fizikal dan digital, sila layari upl-ltd.com dan ikuti kami di LinkedIn, Twitter, Instagram dan Facebook.