omniture

Joint Commission International akan Menganjurkan Acara Pendidikan Global

Joint Commission International
2013-09-04 10:30 155

- Memperkenalkan Edisi Baharu Standard untuk Hospital dan Pusat Perubatan Akademik

OAK BROOK, Illinois, 4 September 2013 /PRNewswire/ -- Fakulti daripada Joint Commission International (JCI) akan menganjurkan acara pendidikan besar di Asia, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat. Acara ini akan memaparkan amalan dan ilmu pengetahuan berguna yang diperlukan organisasi penjagaan kesihatan agar dapat berjaya sebagai organisasi dengan akreditasi JCI. Acara pendidikan ini akan melibatkan edisi kelima Standard Akreditasi untuk Hospital JCI yang dinanti-nantikan, yang diterbitkan pada 1 September. Kursus ini akan mempunyai kurikulum tentang pematuhan standard ketat untuk penjagaan dan keselamatan pesakit.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/DC02732LOGO )

JCI akan menganjurkan Praktikum Antarabangsa untuk Akreditasi dan Peningkatan Kualiti di Seoul (2-6 September 2013), Dubai (27-31 Oktober 2013), Miami (Februari 2014), dan Singapura (April 2014).

Ini program pendidikan JCI yang paling menyeluruh untuk organisasi penjagaan kesihatan yang tidak diakreditasi yang sedang mempertimbangkan akreditasi atau membuat persiapan untuk kaji selidik awal. Sewaktu praktikum selama lima hari itu, para pembentang akan menerangkan standard menyeluruh JCI dan proses bagi mencapai pematuhan. Para peserta akan mengikuti seorang pakar JCI untuk perunut simulasi dalam hospital tempatan bagi melihat sendiri proses kaji selidik itu dijalankan.

"Praktikum ini ideal untuk hospital yang sedang mempertimbangkan akreditasi kali pertama. Pembentangannya direka bagi menerangkan dengan jelas proses kaji selidik dan membantu profesional memahami bagaimana akreditasi JCI boleh membawa perubahan terhadap keselamatan dalam setiap organisasi," jelas Paul vanOstenberg, Naib Presiden Akreditasi, Standard dan Pengukuran Antarabangsa, JCI.

JCI bakal menganjurkan Kemas Kini Akreditasi Antarabangsa 2013 di Seoul (29-30 Ogos 2013), Singapura (9-10 September 2013), Bangkok (14-15 September 2013), Amsterdam (10-11 Oktober 2013), dan Dubai (28-29 Oktober 2013).

Kemas Kini Akreditasi Antarabangsa 2013 adalah untuk organisasi dengan akreditasi JCI yang sedang bersiap sedia untuk mematuhi edisi kelima Standard Akreditasi Hospital yang baharu dan telah banyak dikemas kini.

Sewaktu bengkel itu, pasukan hospital akan belajar strategi bagi mematuhi standard terkini dan amalan terbaik dalam penjagaan pesakit. Program ini akan memaparkan pembentangan dan sesi kumpulan kecil bagi membantu organisasi bersiap sedia untuk akreditasi semula.

Untuk maklumat lanjut, lawati store.jointcommissioninternational.org/.

Joint Commission International (JCI) telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai divisyen Joint Commission Resources, Inc. (JCR), sekutu tanpa untung dan dikawal sepenuhnya milik The Joint Commission. Melalui akreditasi, perundingan, penerbitan dan program pendidikan antarabangsa, JCI melanjutkan misi The Joint Commission seluruh dunia dengan membantu memperbaiki kualiti penjagaan pesakit. JCI membantu organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian kesihatan dan lain-lain lagi di lebih 90 negara.

Hubungi
Elizabeth Eaken Zhani
ezhani@jointcommission.org
+1-630-792-5914

 

 

 

 

Source: Joint Commission International
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Not for profit