SUWON, Korea Selatan, 4 September 2013 /PRNewswire/ -- Perhimpunan agung festival ekomobiliti pertama dunia bermula pada hari Isnin di bandar Suwon, lantas menyediakan peluang untuk pakar antarabangsa bagi membincangkan cara menggalakkan pengangkutan mampan, kata pihak penganjur.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/09/03/20130903180058106385.html )
Festival Ekomobiliti Dunia 2013, dikhususkan untuk pembangunan mampan, telah bermula pada hari Ahad dan akan berlangsung sehingga 30 September. Festival itu sedang diadakan di Suwon, 30 kilometer selatan Seoul.
Acara itu, yang dihadiri ratusan delegasi dari 98 bandar dari 41 negara, mempunyai matlamat untuk berkongsi pengetahuan tentang pembangunan dalam kenderaan dan teknologi mudah alih mesra alam yang terkini dari seluruh dunia. Ia juga berharap dapat memupuk pertukaran pendapat tentang cara untuk menggalakkan pengangkutan mampan.
Festival itu dianjurkan bersama oleh Kerajaan Bandar Suwon, ICLEI, persatuan antarabangsa kerajaan tempatan yang khusus untuk pembangunan mampan dan Program Penempatan Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.
Ekomobiliti ialah bentuk bersepadu untuk mobiliti mampan dari segi persekitaran yang menggabungkan penggunaan kenderaan tanpa motor dengan penggunaan pengangkutan awam serta kenderaan mudah alih mesra alam bagi membenarkan orang ramai bergerak dalam persekitaran tempatan mereka tanpa menggunakan kenderaan bermotor persendirian.
"Sudah tiba masa untuk mengakui fakta kita akan kehabisan bahan api fosil dalam masa 20-30 tahun, dan kita perlu mengambil tindakan," kata Datuk Bandar Suwon Yeom Tae-young dalam ucapan dasar beliau sewaktu sesi pleno kongres selama tiga hari itu.
Yeom berazam untuk berusaha membuatkan Suwon sebagai contoh bandar dengan pengangkutan mampan dan merujuk kepada rekod prestasi bandar beliau dalam usaha menggalakkan sistem pengangkutan mesra alam.
Kongres itu membawa bersama kira-kira 300 pakar dari seluruh dunia, termasuk Naib Presiden ICLEI Mary Jane Ortega, Timbalan Setiausaha Agung Monika Zimmermann, dan pengarah kreatif acara itu Konrad Otto-Zimmermann.
Sewaktu sesi pleno itu, Gil Penalosa, Pengarah Eksekutif dari Toronto, memberi ucapan tentang kempen 8-80 Cities. Matlamat kempen itu adalah untuk mewujudkan bandar yang sesuai didiami oleh penduduk berusia 8 tahun dan juga yang berusia 80 tahun dengan menggalakkan pengangkutan mesra alam.
Heiner Monheim, profesor dari Universiti Trier, Jerman juga berucap tentang sistem mampan.
Kemudian para peserta memulakan sesi selari bagi membincangkan pelbagai isu, seperti peranan ekomobiliti, pemasaran dan pengurusannya, menurut pihak penganjur.
Selepas beberapa lagi pusingan sesi tentang topik itu, kongres itu akan berakhir pada hari Rabu.
Sewaktu tempoh festival itu, penduduk yang tinggal berhampiran tapak festival itu akan menggunakan kenderaan tanpa bermotor dan menyampaikan mesej tentang kemungkinan masa hadapan bandar urban apabila bahan api fosil kering, kata pihak penganjur. Tapaknya terletak berdekatan Kubu Hwaseong, tapak Warisan Dunia UNESCO.
SUMBER: EcoMobility World Festival Suwon 2013 Organizing Committee