omniture

Program "The World's Specialty" Popular di China Hainan Satellite TV Membawa kepada Jualan Hangat

Duta-duta di China dari negara-negara berbeza memberi pujian tinggi kepada program ini.
China Hainan Satellite TV
2021-11-30 15:49 141

HAIKOU, China, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- "The World's Specialty", program pertukaran ekonomi, perdagangan dan budaya yang popular di China Hainan Satellite TV, menerima pakai "penstriman langsung" yang popular untuk membawa kepada jualan hangat produk istimewa daripada pelbagai negara di China. Program pemasaran tetap ini, bersama duta-duta di China sebagai peranan utama, menghasilkan reka bentuk yang inovatif dan kandungan baharu untuk keseronokan yang hebat sebagai kandungan yang baharu untuk media arus perdana Cina. Ramai duta di China memberi pujian tertinggi kepada program ini.


Raja Datuk Nusirwan, duta Malaysia di China, mengopek sendiri sebiji durian dan berkongsi bersama khalayak. Beliau menganggapnya sebagai cara yang sangat baharu untuk memaparkan aktiviti diplomatik sedemikian melalui program TV.

Mohammed Badri, Duta Republik Arab Mesir di China berkata, "Ini merupakan program yang sangat interaktif. Ia akan membolehkan negara-negara yang berbeza dan penduduknya mempelajari lebih lanjut mengenai satu sama lain."

Fernando Lugris, Duta Republik Timur Uruguay di China berkata, "Saya sayangkan China dan saya sangat sukakan orang Cina. Saya juga berharap agar penonton Cina dapat mempelajari lebih lanjut mengenai budaya Uruguay."

Keistimewaan wajar dikongsikan. Program "The World's Specialty" menggunakan sejumlah besar unsur warna seperti gunung-ganang yang menghijau, laut dan oasis membiru, menyampaikan pengertian yang besar terhadap keluasan dan keremajaan. Ia menggabungkan unsur-unsur antarabangsa secara terperinci untuk menyampaikan konsep pengantarabangsaan. Di samping itu, hiburan dan pengalaman imersif ditambah bagi membangkitkan minat penonton biasa yang menjadikannya rancangan yang terkenal dalam kalangan penonton Cina. Ia mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang diplomasi awam dan lingkungan kedutaan di China serta menikmati reputasi yang tinggi.

Program "The World's Specialty" ini dirancang untuk China Hainan Satellite TV bagi menjelaskan secara mendalam mengenai peranan utama yang amat besar nilai-nilai Cina di dunia berasaskan kepada konsep dan amalan China dalam membina sejenis hubungan kerjasama saling menguntungkan peringkat antarabangsa yang baharu dan "komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia". Setiap duta dalam program ini bukan sahaja memperkenalkan barangan terpilih daripada negara mereka dan konotasi budaya di sebalik barangan tersebut, tetapi turut membincangkan mengenai pertukaran dan persahabatan antara negara mereka dan China dalam sejarah dan meramalkan hubungan ekonomi serta perdagangan masa depan antara kedua-dua negara ini. Rancangan ini mendapat maklum balas yang baik daripada penonton dari semua lapisan masyarakat di China dan negara-negara yang terlibat. Taobao Livestreaming Room "The World's Specialty" terus menarik minat ramai peminat untuk membeli belah secara dalam talian.

Dilaporkan bahawa untuk membuatkannya lebih menarik, program ini akan menerima pakai tema-tema yang berbeza dalam setiap musim. Ia juga akan menyediakan bahagian khas untuk negara-negara dengan produk istimewa. Dengan gaya yang semakin berubah-ubah dan barangan yang hebat, ia akan menjadi lebih menarik. Program ini telah mewujudkan logik perniagaan yang lengkap bermula daripada budaya kepada E-dagang dan menemui model pembangunan komersial yang baharu untuk media arus perdana China.

Program "The World's Specialty" akan disiarkan di China Hainan Satellite TV pada jam 19:30 setiap malam Sabtu. Barangan dalam "The World's Specialty" akan dijual dalam talian secara serentak dalam Taobao Livestreaming Room.

Laman sesawang Youtube: https://www.youtube.com/channel/UClBqPUi9Tm_d55kKy3yVwaQ/featured

Source: China Hainan Satellite TV
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Retail Television New products/services