omniture

GSMA Mengumumkan Butiran untuk Kongres Dunia Mudah Alih 2014

GSMA
2013-09-04 21:01 240

-- Baharu untuk 2014: Program mPowered Industries di MWC akan Menumpukan kepada Minat yang Semakin Meningkat untuk Mudah Alih di Kalangan Sektor Industri Menegak Penting

LONDON, 4 September 2013 /PRNewswire/ -- Hari ini GSMA mengumumkan butiran pertama untuk Kongres Dunia Mudah Alih GSMA 2014, termasuk syarikat pempamer dan penaja, eksekutif yang akan bercakap dalam program dasar dan ciri acara baharu seperti mPowered Industries, yang bakal menerokai impak mudah alih dalam industri menegak. GSMA menjangkakan lebih 72,000 pengunjung untuk Kongres Dunia Mudah Alih 2014, yang akan diadakan pada 24-27 Februari 2014 di Fira Gran Via di Barcelona.

"Dengan tema 'Mencipta Pembaharuan', edisi 2014 Kongres Dunia Mudah Alih ini akan mengetengahkan inovasi dan kemajuan yang paling signifikan yang dibuat dalam bidang mudah alih, lalu menyediakan cetakan biru untuk masa hadapan," kata Michael O'Hara, ketua pegawai pemasaran GSMA. "Para pengunjung akan mendapat peluang untuk mengalami sendiri bagaimana mudah alih sedang membuat perubahan besar-besaran untuk perniagaan dalam banyak industri dan mengubah kehidupan seharian bagi berbilion orang seluruh dunia. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengalu-alukan dunia mudah alih ke Barcelona pada bulan Februari."

Program Persidangan Kongres Dunia Mudah Alih
Program persidangan selama empat hari itu akan mempunyai 10 sesi dasar termasuk ucapan dasar tanda pengenalan Mobile World Live, yang akan menutup program persidangan itu pada hari tertentu dan akan disiarkan secara langsung ke serata tapak acara serta ke ratusan ribu penonton seluruh dunia melalui gerbang Mobile World Live. Para eksekutif awal yang disahkan akan menyampaikan pembentangan dasar pada Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuklah:

  • Jon Matonis, Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga, Yayasan Bitcoin
  • John Chambers, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cisco
  • Sirgoo Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Kakao Corp.
  • Michelle Gallen, Ketua Pegawai Eksekutif, Shhmooze
  • Rich Riley, Ketua Pegawai Eksekutif, Shazam Entertainment
  • Franco Bernabe, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Telecom Italia dan Pengerusi, GSMA
  • Jon Fredrik Baksaas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Telenor Group

Ditambah kepada program dasar itu, persidangan itu juga akan melibatkan sesi penjejakan mendalam tentang topik seperti transformasi perniagaan, kehidupan terhubung, analisis data, pasaran membangun, peranti, masa hadapan komunikasi, rangkaian pintar, perdagangan dan pembayaran mudah alih, identiti dan privasi mudah alih, pengetahuan ekonomi rangkaian dan pengoptimuman rangkaian, antara lainnya. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileworldcongress.com/conference.

Program Menteri GSMA
Satu bahagian penting untuk Kongres Dunia Mudah Alih ialah Program Menteri GSMA, yang mengumpulkan bersama kerajaan, pentadbiran, pengawal selia dan peneraju industri bagi menerokai isu pengawalseliaan yang membentuk kemajuan mudah alih seluruh dunia. Tahun ini, program itu akan meneliti paradigma baharu dalam polisi untuk pengurusan rangkaian dan membantu pelaburan. Program Menteri 2014 akan diadakan pada 24-26 Februari dan ia dijangka dapat menarik kehadiran delegasi dari 145 negara dan organisasi antara kerajaan. Tata Consultancy Services ialah Penaja Rasmi untuk Program Menteri GSMA.

Mempamerkan Masa Hadapan Mudah Alih
Seperti biasa, pameran Kongres Dunia Mudah Alih akan mempamerkan teknologi, produk dan perkhidmatan yang sedang membentuk masa hadapan industri mudah alih, daripada infrastruktur rangkaian sehingga telefon bimbit mudah alih dan peranti sehingga perisian dan aplikasi serta banyak lagi. Lebih 1,700 syarikat dijangka akan mengambil bahagian dalam pameran itu, termasuk jenama global seperti Acer, Alcatel-Lucent, Deutsche Telekom, Ford Motor Company, HTC, Huawei, Intel, LG, MasterCard, Mozilla, NEC, Nokia, Nokia Solutions and Networks, Oracle, Samsung, SAP, Sony Mobile Communications, Telefonica, Visa, Vodafone dan ZTE. Untuk maklumat lanjut, layari www.mobileworldcongress.com/exhibition.

Tapak pertunjukan Kongres Dunia Mudah Alih sekali lagi akan mempunyai Bandar Terhubung GSMA yang sangat popular. Bandar Terhubung membolehkan pengunjung mengalami persekitaran bandar dunia sebenar dengan produk dan perkhidmatan terhubung mudah alih yang boleh meningkatkan kehidupan seharian orang ramai dalam aplikasi automotif, pendidikan, kesihatan, kediaman, peruncitan dan aplikasi lain.

Berikutan kejayaan Pengalaman NFC di Kongres Dunia Mudah Alih 2013, GSMA akan sekali lagi menyepadukan rangkaian luas perkhidmatan NFC mudah alih untuk pengunjung yang memiliki telefon bimbit yang dibolehkan NFC. Aktiviti Pengalaman NFC akan dilaksanakan di Fira Gran Via, dan memberi ganjaran kepada mereka yang 'menekan' dengan kemasukan lancar ke dalam Kongres Dunia Mudah Alih, dengan akses serta-merta kepada maklumat, demonstrasi teknologi dan banyak lagi.

Memperkenalkan mPowered Industries
Bagi menumpukan terhadap minat yang semakin meningkat untuk mudah alih di kalangan sektor industri menegak penting, GSMA akan memperkenalkan satu program baharu yang diadakan bersempena dengan Kongres Dunia Mudah Alih: mPowered Industries. mPowered Industries terdiri daripada pelbagai persidangan dan pameran yang terkhusus industri yang dipacu oleh organisasi yang meneraju dalam bidang seperti kesihatan, pemasaran dan pengiklanan, media dan pelancongan. Program persidangan dan pameran menegak mPowered Industries akan diadakan di Fira Montjuic yang berhampiran dan akan disepadukan dengan Kongres Dunia Mudah Alih di Fira Gran Via.

Untuk program mPowered Industries sulung, GSMA telah mengesahkan penyertaan Rakan Kongsi Acara berikut dalam sektor kesihatan, pemasaran dan pengiklanan, media dan pelancongan:

  • Kesihatan – Perikatan Kesihatan Terhubung Eropah ialah organisasi keahlian yang meneraju di Eropah yang mengumpulkan pihak berkuasa bidang kesihatan, penyedia penjagaan kesihatan, industri dan ilmiah bagi membangunkan dan mengaturkan penggunaan produk serta perkhidmatan bagi memberi penjagaan dan peluang ekonomi yang lebih baik.
  • Pemasaran dan Pengiklanan – Sidang Kemuncak Media Mudah Alih dan Pendahulu Media Mudah Alih ialah forum kepimpinan pemikiran terunggul untuk peneraju jenama, agensi dan mudah alih belajar dan saling berhubungan untuk teknologi mudah alih terkini dan media. Sidang Kemuncak Media Mudah Alih akan membawa bersama pemasar jenama, agensi pengiklanan, penerbit, pembangun app dan syarikat mudah alih/teknologi iklan terkemuka dari seluruh dunia.
  • Media – Persatuan Penyiar Kebangsaan (NAB) menerbitkan the NAB Show, yang mana, selama lebih 90 tahun lepas, telah berevolusi menjadi acara media dan hiburan terbesar dan paling penting di dunia yang meliputi pembangunan, pengurusan dan penyampaian kandungan melalui semua medium. NAB Show ialah tempat untuk penyelesaian yang melangkaui penyiaran tradisional dan mengalu-alukan penyampaian kandungan ke skrin baharu dalam cara baharu.
  • Pelancongan – EyeforTravel ialah peneraju syarikat media global yang mengkhusus dalam kepintaran perniagaan untuk industri perjalanan dan pelancongan. EyeforTravel telah berjaya menerbitkan persidangan, laporan dan seminar web yang memfokus terhadap mudah alih, pembangunan produk, teknologi perjalanan, pemasaran dalam talian dan media sosial, antara topik lainnya.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileworldcongress.com/mpowered-industries.

Program Menarik dalam Kongres Dunia Mudah Alih
Selain mPowered Industries, Kongres Dunia Mudah Alih menawarkan sebilangan program tambahan menarik yang menyasarkan minat dan keperluan khusus untuk para pengunjung, termasuk Planet App, Siri Forum dan Acara Rakan Kongsi:

  • Planet App – Planet App menghubungkan komuniti pembangun dengan ekosistem mudah alih yang lebih luas, dengan pameran, persidangan pembangun app (ADC), demonstrasi produk dan perkhidmatan serta bengkel kelolaan beberapa syarikat industri mudah alih yang terbesar dan paling berpengaruh. Generalitat de Catalunya ialah Penaja Rasmi Planet App dan Penaja Sokongan pertama untuk Planet App dengan Forum Keterhubungan Kereta dan Samsung. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileworldcongress.com/app-planet-overview
  • Siri Forum – Siri Forum yang ditaja rakan kongsi membawa bersama pemain industri bagi membincangkan dan memperdebatkan pelbagai topik dalam sesi tertumpu. Antara forum yang kini dijadualkan untuk 2014 termasuklah Forum LTE dan Forum Sekuriti Mudah Alih. Rakan Kongsi Siri Forum termasuklah ZTE untuk Forum LTE dan AVG serta FingerQ untuk Forum Keselamatan Mudah Alih. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileworldcongress.com/forum-series.
  • Acara Rakan Kongsi – Daerah Panggung dalam Dewan 8 akan menjadi tapak beberapa acara rakan kongsi sewaktu Kongres Dunia Mudah Alih, menyediakan syarikat dengan platform bagi membincangkan arah aliran pasaran penting, mengetengahkan pembangunan produk dan inisiatif program serta membuat pengumuman. Acision, ClickSoftware dan Open Mobile Alliance adalah antara Rakan Kongsi yang dijadualkan akan menganjurkan mesyuarat di Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, layari www.mobileworldcongress.com/partner-events.

Kongres Dunia Mudah Alih ialah asas untuk Pusat Dunia Mudah Alih, yang akan dianjurkan di Barcelona mulai 2013 hingga 2018. Pusat Dunia Mudah Alih merangkumi program dan aktiviti yang dirancang sepanjang seluruh tahun dan akan membawa faedah bukan sahaja kepada penduduk Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, tetapi juga industri mudah alih sedunia. Untuk maklumat lanjut tentang Pusat Dunia Mudah Alih, lawati www.mobileworldcapital.com.  

Untuk maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuk cara penyertaan, pameran atau penajaan, layari  www.mobileworldcongress.com.

Tentang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com

Source: GSMA
Keywords: Computer Software Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news