MANILA, Filipina, Dec.1, 2021 /PRNewswire/ -- Filipina dan Singapura mempererat hubungan berasaskan teknologi kewangan mereka dengan kerjasama rentas sempadan yang akan mengukuhkan pembayaran rantau ASEAN dan menyediakan keterangkuman kewangan kepada Pekerja Filipina di Luar Negara (OFW) dan perusahaan bersaiz mikro-kecil-hingga-sederhana (PMKS).
Upper row, L-R: Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) Gov. Benjamin Diokno; Ravi Menon, Managing Director, Monetary Authority of Singapore; BSP Asst. Gov. Edna Villa Middle row, L-R: Mimi Ong, Anchor, ANC; BSP Director Raymond Estioko; PPMI GM Carmelita Araneta Bottom row: L-R: Leila Martin, OFBank President and CEO; Todd Schweitzer, Brankas CEO; Amor Maclang, Convenor, Digital Pilipinas
Semasa berlangsungnya Festival Teknologi Kewangan Dunia Filipina (WFF) 2021 baru-baru ini - Festival Teknologi Kewangan Singapura (SFF), Gabenor Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) Benjamin Diokno dan Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon menandatangani Perjanjian Kerjasama Fungsi Inovasi Teknologi Kewangan yang diperluas. Ia menekankan hubungan sistem QR dan pembayaran waktu sebenar kedua-dua negara ini. Dalam kenyataan beliau susulan majlis penandatanganan ini, Gabenor Diokno berkata bahawa "BSP mengambil langkah awal bagi menghubungkan sistem pembayaran Filipina dengan sistem daripada negara-negara jiran ASEAN kami, bermula dengan Singapura." Pengarah Urusan Menon menggelarnya sebagai "langkah yang kukuh ke arah mencapai visi rangkaian sistem pembayaran waktu sebenar saling terhubung ASEAN."
Pelancaran platform teknologi MAS mengukuhkan pertumbuhan urus niaga rentas sempadan ASEAN; Proxtera, yang mengupayakan perdagangan lancar PKS; API Exchange (APIX) seni bina terbuka menyokong inovasi kewangan ASEAN dan global; dan Oxygen, platform pengetahuan-peningkatan kemahiran APIX.
Ketua Pegawai Teknologi Kewangan MAS Sopnendu Mohanty berkata bahawa penggerak perubahan, penggubal dasar dan pakar kewangan yang membentuk perbincangan SFF 2021 mendemokrasikan "… kandungan berharga mereka menjadi program pensijilan pengetahuan khas dan hari istimewa PKS dengan program peningkatan kemahiran."
Amor Maclang, pengasas bersama GeiserMaclang Marketing Communications dan Penganjur Digital Pilipinas, menyatakan sokongan untuk Perjanjian Kerjasama BSP-MAS: "Kami akan terus menyediakan perkhidmatan untuk BSP dan MAS."
Kursus-kursus pensijilan-mikro
Digital Pilipinas menangani cabaran dalam seluruh industri melalui pendigitalan, pendidikan dan penciptaan 'sandbox' teknologi. Dengan sokongan daripada Jabatan Perdagangan dan Industri, program Perniagaan Tanpa Sempadan (Business Without Borders, BWB) dan kerjasama Proxtera menghubungkan PMKS dengan jaringan ASEAN. Digital Pilipinas Academy akan menyediakan kursus-kursus mikro-pensijilan pendidikan di rantaian blok, menerusi programnya, Ekosistem Ujian Pengesahan Sumber Pendidikan Teknologi Berpandukan Industri Tambahan (I-ITERATE) yang membawakan kursus-kursus mengenai Kewangan Terbuka, Teknologi Kewangan dan teknologi baru muncul yang lain.
'Sandbox' yang akan dibangunkan oleh Digital Pilipinas bersama agensi-agensi lini kebangsaan dengan kerjasama Proxtera, APIX dan Oxygen dapat mempercepatkan pembangunan teknologi yang mematuhi peraturan.
Pembayaran digital selamat, lancar
BWB, yang menghubungkan PMKS dengan perdagangan antarabangsa, sejajar dengan Perjanjian Kerjasama BSP-MAS yang telah dikemas kini daripada perjanjian tahun 2017.
Pengarah BSP Raymond Estioko berkata bahawa perjanjian tahun 2021 akan menjadikan pembayaran rentas sempadan "lebih murah, lebih inklusif dan lebih telus."
Ketua Pegawai Eksekutif Brankas Todd Schweitzer menambah bahawa ia akan menghubungkan "rakyat Filipina yang terabai dengan sistem pembayaran baharu [dan] membantu mendorong rangkuman kewangan."
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OFBank Leila Martin mengakui bahawa OFW dapat mengalami "pembayaran rentas sempadan yang selamat dan bebas daripada penipuan."
Sedang BSP-MAS melanjutkan Perjanjian Kerjasama dan perkongsian Digital Pilipinas meningkatkan kolaborasi di seluruh ASEAN, lebih banyak sektor Filipina akan beralih ke arah integrasi ekonomi serantau.