omniture

Atlit dan eksekutif perniagaan LIDE meminta ahli politik membuat pendirian tentang MP 615

LIDE
2013-09-05 02:00 105

SAO PAULO, 4 September 2013 /PRNewswire/ -- Dengan masa untuk pengundiannya dalam Senat semakin hampir, pindaan yang mengubah langkah sementara MP 615, yang ingin memastikan ketelusan dalam sukan kebangsaan, memenangi sokongan sektor swasta sewaktu Forum Nacional do Esporte [Forum Sukan Kebangsaan], pada hari Jumaat lepas, 30 Ogos, di Sao Paolo. "Kami sebagai eksekutif akan mengikuti isu ini dalam Kongres. Memang penting untuk Piala Dunia dan Olimpik meninggalkan legasi untuk amalan bersukan," kata Joao Doria Jr, Presiden LIDE – Grupo de Lideres Empresariais [Kumpulan Peneraju Perniagaan].

Tokoh terkemuka daripada dunia politik, perniagaan dan sukan membangkitkan isu ini semasa acara itu diadakan. Antara yang dicadangkan untuk dipinda dalam MP, ialah had pelantikan untuk presiden dan pengarah atlit menjadi empat tahun, serta mengehadkan bilangan pemilihan semula untuk ketua institusi atlit yang menerima pendanaan awam. Paulo Nigro, Presiden Tetra Pak dan LIDE Esporte [Sukan LIDE], menjelaskan perasaan komuniti perniagaan, "Kami menyokong proses langkah sementara MP 615 dalam Kongres Kebangsaan, yang ingin membawa peningkatan dalam pentadbiran sukan, menyediakan pembaharuan, pengurusan yang kukuh serta ketelusan."

Jose Maria Marin, Presiden CBF, disoal siasat dengan teliti, terutamanya oleh pemain Corinthians, Paulo Andre, dan Rai, bekas pemain bola sepak dan duta LIDE Esporte. "Saya takkan menghakimi sebarang pengarah kerana memberi respon. Apa saya boleh cakap adalah saya percaya benda yang baik mesti diteruskan. Dalam menilai yang mana benda bagus dan yang mana sekadar cubaan, lebih baik kalau mengambil jalan selamat," jawab Marin.

Menteri Sukan, Aldo Rebelo pula berhati-hati dalam pendirian beliau dan mengelak daripada membuka mulut tentang isu itu. "Saya tidak ada rasa ragu-ragu. Namun, ia bukan pengusulan rang undang-undang, tetapi hanya pindaan satu Langkah Sementara sahaja. Sebab itu saya memilih pendekatan berhati-hati ketika membincangkan isu ini," kata beliau.

Pengusulan pindaan ini mendapat input daripada NGO Atletas pelo Brasil [Atlit untuk Brazil], rakan kongsi LIDE Esporte, dan diketuai oleh bekas pemain bola tampar, Ana Moser.

Movimento Esporte pelo Brasil [Gerakan Sukan untuk Brazil]

Pada hujung Forum itu, Atletas pelo Brasil mengumumkan projek baharunya, gerakan Esporte pelo Brasil, dengan kerjasama agensi Afrika itu, yang akan melakukan kempen pengerahan besar-besaran untuk menarik minat penggemar sukan dan mencipta pendaftaran terbesar Brazil untuk kawasan ini, melalui sebuah gerbang yang akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Matlamat tindakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengerahkan masyarakat agar menyebarkan konsep sukan sebagai alat untuk pembangunan negara, dan merangsang budaya Sukan sebagai salah satu legasi penting untuk acara besar yang akan berlangsung pada 2014 dan 2016.

Untuk maklumat lanjut tentang Movimento Esporte pelo Brasil:
Heloize Campos
heloize@atletaspelacidadania.org.br / +55-11-3037-7112

Source: LIDE
Keywords: Publishing/Information Service Sporting Events Sports Corporate Social Responsibility Trade show news