omniture

Nazarbayev mencadangkan pembentukan platform baharu untuk dialog ekonomi di Eurasia

Astana Club
2021-12-01 03:47 29

NUR-SULTAN, Kazakhstan, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- Beberapa inisiatif penting telah dicadangkan oleh Presiden Pertama Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev pada sidang penuh Astana Club di ibu negara Kazakhstan.

The plenary session of the VI Astana Club meeting
The plenary session of the VI Astana Club meeting

Menurut Nazarbayev, ketika berlakunya ketegangan yang meningkat antara AS dengan China sebagai kuasa besar dalam geopolitik, perang perdagangan dan sekatan yang berterusan serta ancaman Perang Dingin global baharu, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk mengasaskan format dialog baharu dan jalinan kerjasama di Eurasia.

Secara khususnya, kini penting untuk menjalinkan hubungan secara langsung dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan Pertubuhan Negara-negara Turki yang baru diasaskan.

Sehubungan itu, Nazarbayev mencadangkan penubuhan forum ekonomi "Wilayah Besar Eurasia" empat sisi yang baharu.

Kazakhstan bersedia menjadi tuan rumah forum ini, jika inisiatif ini disokong oleh semua pihak yang terlibat.

Astana Club dihadiri oleh lebih 50 penceramah terkenal pada tahun ini, termasuk mantan ketua negara dan kerajaan, ketua pemikir dan organisasi antarabangsa, pemimpin perniagaan dan media global.

Antara yang hadir ialah Jose Manuel Barroso, Presiden Suruhanjaya Eropah (2004-2014), Pengerusi Lembaga Pengarah GAVI Alliance; Ban Ki-Moon, mantan Setiausaha Agung PBB; Jacob Frenkel, Pengerusi Frenkel-Zuckerman Institute for Global Economics, Pengerusi JP Morgan Chase International (2009-2020); Kevin Rudd, Presiden Asia Society Policy Institute, mantan Perdana Menteri Australia; Abdullah Gül, Presiden Turki (2007-2014); Hamid Karzai, Presiden Afghanistan (2004-2014); Lisa Curtis, Timbalan Pembantu Presiden dan Pengarah Kanan NSC untuk Asia Selatan dan Tengah (2017-2021) serta ramai lagi.

Sepanjang 3 hari, sebanyak 14 sesi Club telah diadakan, dengan tumpuan yang khusus terhadap topik tentang krisis pandemik, konfrontasi geopolitik dan teknologi AS-China, masa depan Afghanistan, agenda iklim, serta peranan Kazakhstan dan Asia Tengah dalam hal ehwal serantau dan global.

Konfrontasi AS-China dan potensi kesannya terhadap seni bina sistem antarabangsa pada masa hadapan menjadi fokus utama para peserta mesyuarat. Seperti yang ditekankan oleh Kevin Rudd, konflik AS-China sangat memerlukan mekanisme pengurusan yang berkesan.

Tentang masa depan Afghanistan, Hamid Karzai menyatakan bahawa negara tersebut sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan memerlukan bantuan antarabangsa dengan segera.

Selain itu, Jacob Frenkel menyatakan bahawa kadar inflasi yang semakin meningkat merupakan salah satu cabaran utama pemulihan ekonomi global dan memerlukan pembangunan langkah bersatu yang diusahakan secara bersama-sama oleh komuniti antarabangsa.

Mesyuarat pertama Astana Club telah diadakan pada tahun 2015. Sepanjang perhimpunan yang diadakan secara tahunan ini, lebih 200 orang penceramah terkemuka dari 40 buah negara di dunia mengambil bahagian dalam inisiatif Club.

Sepanjang penubuhannya, Astana Club telah dihadiri oleh para pemimpin politik dan pakar terkemuka, seperti pengasas Stratfor George Friedman, bekas Perdana Menteri Turki dan Sepanyol: Ahmet Davutoglu dan José Luis Rodríguez Zapatero, Menteri Luar Iran, Javad Zarif, penganalisis strategik yang terkenal, Edward Luttwak, Pengarah Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) Dan Smith, dan ramai lagi.

Mesyuarat Astana Club pada tahun ini diadakan pada separuh kedua bulan November di ibu negara Kazakhstan, Nur-Sultan dengan tema: Visi Dunia Baharu: Pascapandemik dan seterusnya. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Institut Ekonomi dan Politik Dunia (IWEP) serta Nursultan Nazarbayev Foundation.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1697956/VI_Astana_Club_meeting.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1697890/Nursultan_Nazarbayev_Foundation_Logo.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1697889/Astana_Club_Logo.jpg?p=medium600    
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1697892/IWEP_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

 

 

Source: Astana Club
Keywords: Banking/Financial Service Homeland Security Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis