omniture

Mainstream Renewable Power berjaya meraih dana ekuiti tambahan sebanyak EUR90 juta untuk mempercepat kemasukan ke pasaran baharu dan membina aset boleh dibaharui berskala gigawatt

Mainstream Renewable Power
2021-12-01 05:02 29

DUBLIN, 1 December 2021 /PRNewswire/ -- Mainstream Renewable Power ("Mainstream"), syarikat tenaga angin dan solar global telah memperoleh dana tambahan sebanyak €90 juta untuk mempercepat kemasukan ke pasaran baharu dan membina aset tenaga angin dan solar berskala gigawatt di seluruh Amerika Latin, Afrika dan rantau Asia Pasifik.

Peningkatan modal ini telah meraih sebanyak €90 juta daripada pangkalan pemegang saham Mainstream sekarang, termasuk Aker Horizons yang mengekalkan pegangannya sebanyak 75% dalam syarikat tersebut. Permintaan daripada pangkalan pelabur Ireland Mainstream adalah tinggi serta menghasilkan transaksi yang terlebih langganan. 

Pusingan pembiayaan ini akan membantu mempercepat pertumbuhan syarikat, memperluas jejaknya dan menyokong hasratnya dalam membangunkan sebuah syarikat tenaga dibaharui yang utama di dunia. Mainstream telah memperoleh beberapa kejayaan strategik dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk memperoleh projek berstatus pembida pilihan dengan kapasiti gabungan sebanyak 1.27 GW di Afrika Selatan, melancarkan platform Nazca Renovables berkapasiti 1 GW di Chile dan memperoleh pelaburan daripada Kerajaan Daerah Soc Trang yang berkaitan dengan projek tenaga angin luar pesisir yang berkapasiti 1.4 GW di Phu Cuong, Soc Trang, Vietnam. Mainstream juga sedang dalam proses membina platform Andes Renovables berkapasiti 1.37 GW di Chile yang menepati jadual untuk disiapkan pembinaannya antara tahun 2021 hingga 2023.

Mary Quaney, Ketua Pegawai Eksekutif Mainstream berkata: 

"Pengumuman pada hari ini tentang pembiayaan tambahan sebanyak €90 juta bermakna Mainstream boleh mempercepat peranannya dalam menangani perubahan iklim di seluruh dunia. Pembiayaan ini akan membantu kami menyampaikan kejayaan projek utama yang kami telah umumkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, di seluruh Afrika Selatan, Vietnam dan Chile serta mengukuhkan trajektori pertumbuhan global kami sambil kami terus memperluas kehadiran kami di pasaran sedia ada serta memasuki pasaran baharu pada bulan-bulan akan datang."

Hubungan Media:

Emmet Curley, Ketua Komunikasi & Kedudukan
Telefon: +353 86 2411 690
E-mel: emmet.curley@mainstreamrp.com 

Caroline Cutler | Ojasvi Goel, FTI Consulting
Telefon: +44 20 3727 1000
E-mel: mainstreamRP@fticonsulting.com

Tentang Mainstream Renewable Power 

Mainstream Renewable Power ialah sebuah syarikat terkemuka yang mengkhusus kepada tenaga boleh dibaharui dengan jejak global. Syarikat ini memberi tumpuan kepada memperluas rangkaian aset tenaga angin dan solarnya yang berkualiti tinggi di seluruh Amerika Latin, Afrika, Asia Pasifik serta sektor tenaga angin luar pesisir global yang berjumlah melebihi 16.2 Gigawatt (GW). Pada bulan Mei 2021, ia telah memeterai perjanjian untuk Aker Horizons mengambil kepentingan ekuiti sebanyak 75% dalam syarikat ini yang membolehkan Mainstream mempercepat pelan pengembangan globalnya. 

Mainstream telah menyampaikan lebih 6.5 GW aset tenaga angin dan solar yang sedia untuk pembiayaan muktamad dan kini mempunyai 1.6 GW (bersih) aset tenaga angin dan solar dalam pembinaan atau operasi di seluruh Amerika Latin dan Afrika. Di Chile, Platform Andes Renovables berkapasiti 1.37 GW milik penuh Mainstream bagi aset tenaga angin dan solar yang dikontrak sepenuhnya, menepati jadual untuk disiapkan pembinaannya antara tahun 2021 hingga 2023. Di Afrika Selatan, syarikat tersebut telah membekalkan 850 MW aset tenaga angin dan solar ke dalam operasi komersial dan pada bulan Oktober 2021, dua belas projek tenaga angin dan solarnya dengan gabungan kapasiti berjumlah 1.27 GW (0.32 GW bersih) memperoleh status pembida pilihan dalam Pusingan ke-5 Program Perolehan Tenaga Boleh Dibaharui di Afrika Selatan. Melalui usaha samanya dengan Lekela Power, syarikat ini mempunyai 410 MW aset tenaga angin dalam pembinaan di Senegal dan Mesir. 

Mainstream merupakan salah sebuah pembangun khusus tenaga angin luar pesisir yang paling berjaya di peringkat global.  Ia telah berjaya mengasaskan Hornsea One (1.2 GW), loji operasi tenaga angin luar pesisir yang terbesar di dunia hari ini; dan membangunkan projek Hornsea 2 (1.4 GW) sebelum menjual projek ini dan seluruh Zon tersebut pada tahun 2015. Secara keseluruhan, ia telah membangunkan dan memenuhi 20% daripada kapasiti tenaga angin luar pesisir UK yang sama ada sedang beroperasi atau dalam pembinaan.  Mainstream mengasaskan sepenuhnya projek tenaga angin luar pesisir, Neart na Gaoithe, berkapasiti 450 MW di Scotland yang sedang dalam pembinaan.  Pembangunan tenaga angin luar pesisir berkapasiti 1.4 GW (1 GW bersih) milik syarikat ini di Soc Trang, Vietnam merupakan salah sebuah pembangunan tenaga boleh dibaharui yang terbesar di Asia Tenggara

Mainstream telah mengumpul lebih EUR3.0 bilion dalam pembiayaan projek setakat ini dan mempunyai lebih 420 kakitangan di seluruh lima benua. 

www.mainstreamrp.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/686512/Mainstream_Renewable_Power_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Accounting news, issues New products/services