-- Cabaran Berbasikal Brussels ke Barcelona Akan Menunjukkan Bagaimana mHealth Dapat Menggalakkan Kehidupan Lebih Sihat dan Membantu Penghidap Kencing Manis Menjalani Hidup yang Lebih Bermakna
BRUSSELS, 5 September 2013 /PRNewswire/ -- Jelajah Besar-besaran mHealth GSMA, cabaran berbasikal 13 hari dari Brussels ke Barcelona bagi meningkatkan kesedaran tentang kencing manis dan menunjukkan kuasa penyelesaian kesihatan mudah alih (mHealth), bermula hari ini di Muzium Autoworld di Parc Cinquantenaire, Brussels pada 10:00 CET. Jelajah itu diadakan dengan kerjasama Persekutuan Kencing Manis Antarabangsa, Wilayah Eropah (IDF Europe), di bawah naungan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Neelie Kroes.
"Ada 55 juta orang yang hidup dengan kencing manis di Eropah[1] dan kira-kira 10 peratus daripada perbelanjaan penjagaan kesihatan keseluruhan tahunan EU dibelanjakan untuk penyakit kencing manis[2]," kata Michael O'Hara, ketua pegawai pemasaran GSMA. "Penyelidikan GSMA, yang dibangunkan dengan kerjasama PwC, sudah menunjukkan mHealth boleh menyelamatkan lima juta orang di EU daripada berisiko menghidap kencing manis menjelang 2017.[3] Jelajah Besar-besaran mHealth akan menunjukkan bagaimana teknologi mudah alih boleh membantu penghindaran, diagnosis dan rawatan kencing manis dengan meningkatkan jangkauan dan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, mengurangkan kos penjagaan dan meminimumkan impak penyakit itu terhadap kehidupan orang ramai."
Satu unsur penting Jelajah Besar-besaran mHealth ini ialah kajian pemerhatian yang pertama seumpamanya yang direka oleh Profesor Michael Trenell, Felo Penyelidikan Kanan dan Pengarah NIHR, MoveLab, Universiti Newcastle, bagi mengkaji kesan senaman ketahanan berbilang hari ke atas tahap gula dalam darah, menggunakan data yang dirakam dan dihantar secara tanpa wayar melalui penyelesaian mHealth berbilang vendor. Kajian ini akan menjejak data kesihatan dan prestasi berbasikal untuk atlit elit dan subelit dengan kencing manis jenis 1, serta penunggang basikal tanpa kencing manis.
"Gaya hidup yang aktif secara fizikal adalah penting dalam menguruskan semua jenis kencing manis, namun hanya ada sedikit penyelidikan yang diterbitkan tentang fisiologi cara semua ini berlaku," menurut komen Profesor Trenell. "Jelajah Besar-besaran mHealth memberikan peluang unik dan berharga bagi menjalankan penyelidikan menggunakan aplikasi mHealth yang inovatif yang berfungsi tanpa wayar, tanpa mengganggu prestasi penunggang. Dengan membandingkan data daripada tiga kumpulan atlit ini, kami berharap dapat mengumpulkan maklumat yang akan memberi faedah kepada semua orang yang menghidap kencing manis serta orang yang berisiko menghidap kencing manis."
Untuk kajian pemerhatian itu, monitor glukosa berterusan Dexcom yang dipakai oleh penunggang dan sensor pada komputer basikal mereka akan menghantar statistik melalui protocol ANT+ ke telefon bimbit Sony Mobile, agar penunggang boleh melihat kemajuan mereka sendiri. Sensor ini juga menghantar statistik itu ke modul HMM yang merupakan sebahagian daripada penyelesaian Orange lengkap yang akan menghantarkannya pula melalui jalur lebar mudah alih ke laman web langsung dan ke awan, untuk dimuat turun oleh pasukan kajian pemerhatian itu kemudian. Laman web itu akan mengandungi gerbang visualisasi data McCann Health bagi menjejak statistik penunggang dan gerbang geolokasi Orange bagi menjejak kemajuan penunggang. Semua teknologi jalur lebar mudah alih dalam penyelesaian ini mematuhi garis panduan Perikatan Kesihatan Continua untuk saling kendali.
"Orang yang hidup dengan kencing manis boleh mencapai sebarang matlamat yang orang tanpa kencing manis boleh capai," kata Jake Leach, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Dexcom. "Penyelesaian mHealth lengkap, yang bermula dengan sensor, menyediakan maklum balas pesakit dan sampai ke dalam peti masuk pengamal perubatan, menjadikan matlamat kesihatan boleh dicapai dan selamat. Rakan kongsi Jelajah Besar-besaran mHealth mereka penyelesaian teknikal ini agar ia boleh segera didapati dalam jenis keadaan klinikal begini."
Rakan kongsi dalam Jelajah Besar-besaran mHealth ialah ANT+, Dexcom, Etisalat, HMM, McCann Health, Orange, Sony Mobile dan u-blox. Pasukan rasmi termasuklah TeamBG, Pasukan Etisalat, Pasukan Fira-Sodexo, Pasukan GSMA, Pasukan Novo Nordisk dan Pasukan u-blox. Organisasi lain yang akan menyertai GSMA dan IDF Europe bagi membantu meningkatkan kesedaran tentang penjagaan, penghindaran dan penyelidikan kencing manis termasuklah A&D Medical, Barcelona Business Pass, Carmichael Training Systems, Persatuan Diabetes Catalan, Perikatan Kesihatan Continua, Diabetes Croatia, Diabetes Germany, EHTEL, Enterprise Ireland, Persekutuan Eropah untuk Persatuan Jururawat (EFN), Persatuan Antarabangsa Teleperubatan & eKesihatan (ISfTeH), The King's Fund, MedTech Europe, mHIMSS Europe, Mobile World Capital Barcelona, Roche, tag-a-bag, TicSalut dan TORQ.
Jelajah Besar-besaran mHealth GSMA akan bertolak dari Brussels pada 5 September 2013 dan tiba di Barcelona, selepas merentasi sejauh 2,100km dan pendakian setinggi 22,000m, pada 18 September 2013. Jelajah Besar-besaran mHealth ini diwujudkan sebagai cara untuk mengumpulkan semua organisasi yang terlibat: syarikat farmaseutikal, pengendali mudah alih, penyedia penjagaan kesihatan, syarikat teknologi, pesakit, profesional penjagaan kesihatan dan kerajaan, bagi berkongsi pengalaman, meningkatkan kesedaran tentang kencing manis serta cabarannya, menunjukkan potensi mHealth sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, dan mengumpul dana bagi penyelidikan dan badan amal kencing manis.
Pada 5 September juga, GSMA akan mengadakan acara 360-Eropah Mudah Alih di Brussels, yang bakal menyiasat bagaimana polisi awam pintar boleh memaksimumkan potensi rangkaian, teknologi dan perkhidmatan mudah alih sebelum pelancaran Pelan Telekomunikasi Pasaran Tunggal EU. Ia bakal mengadakan Pameran Kehidupan Terhubung bagi menunjukkan impak positif mudah alih merentasi pelbagai sektor perindustrian. Untuk maklumat lanjut, layari www.mobile360series.com/europe/.
Nota
[1] Persekutuan Diabetes Antarabangsa
[2] OECD Health at a glance: Europe 2012
[3] Socio-economic impact of mHealth: An assessment report for the European Union, GSMA-PwC, June 2013
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, dan juga organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com