omniture

Kohler Melancarkan "Stone Flow" dan Rock.01 oleh Daniel Arsham di Design Miami/ 2021

Kohler Co.
2021-12-02 01:40 43

KOHLER, Wisconsin, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Kohler, sebuah jenama produk dapur dan mandian global terkemuka, mempamerkan penerajuan inovasi dan reka bentuknya yang telah lama wujud melalui pemasangan yang direka khas oleh seniman yang berpangkalan di New York Daniel Arsham, berjudul "Stone Flow" di Design Miami/ 2021. Stone Flow meneroka fasa eksperimen kerjasama antara KOHLER dan Arsham dan menggunakan batu gergasi untuk menghasilkan reka bentuk sinki yang inovatif, Rock.01.

Sila ikuti Siaran Akhbar Pelbagai Saluran secara interaktif di sini.

Dengan satu siri objek dan bentuk seperti batu, Arsham memperkenalkan penerokaan lanjut dalam proses reka bentuknya yang menggunakan bahan-bahan organik yang terdapat di dalam alam semula jadi. Rock.01 yang dicetak secara 3D dan dihasilkan di Kohler, Wisconsin, akan muncul dalam pemasangan Stone Flow minggu ini dan akan tersedia untuk pembelian pada bulan ini dengan edisi berjumlah 99 unit. Sinki edisi terhad yang unik ini menghimpunkan inovasi kreatif dan pembuatan para pakar daripada Kohler dan Arsham.

Dalam Design Miami/ 2021 Kohler mempersembahkan Ceramah Reka Bentuk, "Reka Bentuk Masa Kini: Bagaimana teknologi dan pertukangan menepati budaya masa kini" pada hari Khamis, 2 Disember bersama Daniel Arsham, pereka-seniman; Marc Benda, Pengasas Bersama Friedman Benda; David Kohler, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kohler; dan Samuel Ross, pereka-seniman serta dikendalikan oleh Wava Carpenter, Pengarah Kurator Design Miami.

Selain itu, Kohler turut menampilkan koleksi global inovatif dan reka bentuk yang lain dalam kegiatannya di Miami.  Koleksi Pancuran Mandian Statement serta Injap dan Kawalan Anthem menunjukkan evolusi produk pancuran mandian dari segi reka bentuk dan pengalaman serta dibuat dengan teliti untuk disesuaikan dengan piawaian paip global yang menghasilkan spesifikasi sempurna dan kreativiti yang tiada batasan.  Koleksi Kepala Paip Occasion telah diilhamkan oleh fesyen mewah dan gaya glamor yang menakjubkan pada Era Keemasan Hollywood yang menawarkan pesona dan keanggunan bilik mandi.

Bagi meraikan acara Design Miami/ 2021, Kohler telah memberi sumbangan kepada DigDeep, sebuah organisasi bukan berkeuntungan yang berusaha menyalurkan air bersih kepada keluarga di Navajo. Akses kepada air yang selamat merupakan teras kepada usaha Kohler untuk memelihara planet ini serta menyokong kesejahteraan individu dan komuniti di seluruh dunia. Akses air yang boleh dipercayai bukan sahaja penting untuk kehidupan, malah diperlukan untuk memperkaya kehidupan dan merealisasikan pendidikan dan seni.

Tentang Kohler Co.
Ditubuhkan pada tahun 1873, Kohler Co. merupakan peneraju global dalam reka bentuk, inovasi dan pembuatan produk dapur dan bilik mandi; produk kabinet mewah, jubin dan pencahayaan; enjin, penjana dan penyelesaian tenaga bersih; dan merupakan pengendali/pemilik dua buah kemudahan hospitaliti dan destinasi peranginan golf bertaraf lima bintang di Kohler, Wisconsin dan St. Andrews, Scotland.

Hubungan:

Vicki Hafenstein
Victoria.valdezhafenstein@kohler.com

Jillian Rosone
Jillian.rosone@kohler.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/619434/Kohler_Logo.jpg 

Source: Kohler Co.
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements New products/services Trade show news