omniture

Sinopec Tempatkan Projek Pengeluaran Hidrogen Hijau Fotovolta Terbesar Dunia di Kuqa, Xinjiang

SINOPEC
2021-12-02 04:31 64
  • Dengan jumlah pelaburan sebanyak $470.77 juta, projek ini akan mengeluarkan output tahunan hidrogen hijau mencecah 20,000 tan apabila mula beroperasi.  
  • Dengan jangkaan pengurangan emisi karbon dioksida kira-kira sebanyak 485,000 tan setahun. 
  • Projek ini akan menyumbang purata $20.4 juta kepada KDNK tempatan dan menjana hasil cukai sebanyak $2.82 juta. 

BEIJING, Dec. 2, 2021  /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") menganjurkan majlis pelancaran dalam talian pada 30 November di bandar-bandar Beijing, Urumqi dan Kuqa untuk mengumumkan bahawa projek perintis hidrogen hijau fotovolta 10,000 tan pertama China, Projek Perintis Hidrogen Hijau Kuqa Xinjiang Sinopec ("Projek") secara rasminya telah memulakan kerja pembinaan. Setelah siap, projek ini akan mengeluarkan output hidrogen hijau tahunan mencecah 20,000 tan, seraya menjadikannya projek pengeluaran hidrogen hijau fotovolta terbesar di dunia.

Sinopec Lands World’s Largest Photovoltaic Green Hydrogen Production Project in Kuqa, Xinjiang.
Sinopec Lands World’s Largest Photovoltaic Green Hydrogen Production Project in Kuqa, Xinjiang.

Tindakan konkrit daripada ikrar Sinopec untuk menyokong matlamat "dwikarbon" China dan dalam melaksanakan pembangunan rendah karbon, mesra alam, Projek ini sangat penting untuk menggalakkan pembangunan rantaian industri hidrogen hijau serta pembangunan ekonomi dan sosial di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, menjamin keselamatan tenaga dan meneruskan transformasi serta menaik taraf industri tenaga di China.

Projek ini merupakan loji pengeluaran hidrogen yang menggunakan secara langsung penjanaan kuasa fotovolta berskala besar dan dengan jumlah pelaburan sebanyak 3 bilion yuan ($470.77 juta) sebahagian besarnya terdiri daripada lima bahagian: penjanaan kuasa fotovolta, penghantaran dan transformasi tenaga, hidrogen daripada elektrolisis air, penyimpanan hidrogen dan pengangkutan hidrogen.

Sebagai sebahagian daripada projek ini, Sinopec akan membina sebuah stesen janakuasa fotovolta baharu dengan kapasiti terpasang 300MW dan penjanaan kuasa tahunan 618 juta kilowatt-jam, loji hidrogen air dielektrolisis dengan kapasiti tahunan 20,000 tan, tangki simpanan hidrogen sfera dengan kapasiti penyimpanan hidrogen mencecah 210,000 meter padu standard dan saluran paip penghantaran hidrogen dengan kapasiti 28,000 meter padu standard sejam (termasuk kemudahan penghantaran dan transformasi kuasa sokongan).

Projek ini dijangka siap dan mula beroperasi pada Jun 2023 sementara hidrogen hijau yang dihasilkan oleh loji ini akan dibekalkan kepada Sinopec Tahe Refining & Chemical untuk menggantikan gas asli dan tenaga fosil sedia ada yang digunakan dalam pengeluaran hidrogen. Emisi karbon dioksida dianggarkan dapat dikurangkan sebanyak 485,000 tan setahun dan Projek ini akan menyumbang purata US$20.4 juta kepada KDNK tempatan dan menjana hasil cukai sebanyak US$2.82 juta.

"Tenaga hidrogen ialah salah satu sumber tenaga bersih yang paling berpotensi untuk dibangunkan. Projek perintis ini membangunkan sepenuhnya kelebihan Xinjiang dari segi kekayaan sumbernya dan merupakan projek penting untuk Sinopec bagi membina sebuah syarikat tenaga hidrogen No.1. Ia juga merupakan pencapaian strategik yang utama untuk kerjasama tempatan-perusahaan dan sangat penting untuk menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi di Xinjiang, memajukan transformasi tenaga, memastikan keselamatan tenaga China dan menyokong pembangunan mampan ekonomi global," kata Ma Yongsheng, presiden Sinopec.

Projek ini mempunyai empat kelebihan utama – kaya dengan sumber, mesra alam dan rendah karbon, aplikasi berskala besar dan penemuan teknologi. Ia merupakan projek perintis pengeluaran dan aplikasi hidrogen hijau proses penuh yang menghubungkan penjanaan kuasa angin dan fotovolta, penghantaran elektrik mesra alam, pengeluaran hidrogen dengan kuasa elektrik mesra alam, penyimpanan hidrogen, pengangkutan hidrogen dan penapisan hidrogen hijau. Setelah siap dan beroperasi sepenuhnya, Projek ini akan menonjolkan laluan pembangunan yang baharu untuk penapisan hidrogen hijau dan memberi kesan yang besar ke atas aplikasi berskala besar hidrogen hijau untuk mencapai pengurangan emisi karbon. 

Dalam pada itu, semua jentera peralatan utama dan bahan-bahan teras yang digunakan dalam pembinaan Projek ini dikilangkan di China termasuk modul fotovolta, pengelektrolisis "jantung" dalam pengeluaran hidrogen elektrolisis-air, tangki simpanan hidrogen dan saluran paip hidrogen yang sangat penting untuk pembangunan pesat industri peralatan pengeluaran hidrogen China.

Memfokuskan untuk mencapai matlamat "dwikarbon", Sinopec telah menjadi peneraju dalam membangunkan industri hidrogen hijau dan menggalakkan secara aktif pembangunan hijau dan rendah karbon industri petrokimia. Sebagai pengeluar hidrogen yang terbesar di China, ketika ini Sinopec mengeluarkan kira-kira 3.9 juta tan hidrogen setahun dan dari segi teknologi hidrogen hijau, Sinopec telah mengaplikasikan stesen pengeluaran hidrogen elektrolisis air PEM pertama yang dibangunkan sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts