omniture

Hitachi Solutions Dinobatkan sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape 2021: Perkhidmatan Pelaksanaan Microsoft Dynamics 365 Asia/Pasifik

Hitachi Solutions
2021-12-02 14:10 16

SINGAPURA, 2 December 2021 /PRNewswire/ -- Hitachi Solutions, penyedia penyelesaian industri global terkemuka yang dikuasakan oleh Aplikasi Awan dan Perniagaan Microsoft, dengan bangganya mengumumkan kedudukannya dalam kategori Peneraju bagi IDC MarketScape: Penilaian Vendor Perkhidmatan Pelaksanaan Microsoft Dynamics 365 Asia/Pasifik 2021 (dokumen #AP47687121, November 2021).

"Hitachi Solutions telah menjadi rakan kongsi Microsoft selama 15 tahun dengan pengetahuan Dynamics 365 yang kukuh," kata Rijo George Thomas, Pengurus Penyelidikan bagi penyelidikan perisian dan perkhidmatan IDC Asia/Pasifik. "Dengan pengalaman yang mantap dalam menjalankan pelaksanaan D365 dan kepakaran industri yang kompleks, terutamanya dalam pembuatan, peruncitan, perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan profesional, penyelesaian Hitachi membawa hasil transformasi Microsoft kepada para pelanggan di Asia Pasifik."

Kajian ini mengiktiraf keupayaan Hitachi Solutions dalam penyampaian D365 yang kukuh di seluruh Asia Tenggara, Jepun, China dan India serta IP khusus perniagaan dan industrinya yang meluas yang merangkumi perkhidmatan jualan, pemasaran, kewangan, operasi dan lapangan.

"Kami berbangga dinobatkan sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape pada tahun ini," kata Kazunori Miyabayashi, Presiden Hitachi Solutions Asia Pasifik yang juga Pengerusi Hitachi Solutions India. "Kami melihatnya sebagai bukti kejayaan global kami dalam membentuk semula penyelesaian inovatif dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Melalui kerjasama kami dengan jenama yang paling dipercayai di dunia ini, kami terus menunjukkan kepakaran dan mengembangkan keupayaan kami yang membolehkan kami menyokong perniagaan global di semua pasaran utama."

Pengalaman Hitachi Solutions dalam menerajui inisiatif transformasi digital kepada para pelanggan telah membantu membezakan syarikatnya dalam kalangan pesaing. Dengan kepakaran dan keupayaan produk yang mendalam untuk menempatkan penyelesaian awan mengikut konteks pada pelbagai industri, Hitachi Solutions tetap komited dalam menyediakan pelaksanaan D365 yang cemerlang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan Hitachi Solutions, sila hubungi kami di sini.

Tentang IDC MarketScape 

Model penilaian vendor IDC MarketScape direka untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang kecergasan kompetitif pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan ini menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu ilustrasi grafik bagi kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan rangka kerja yang jelas dengan tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi serta faktor kejayaan pasaran semasa dan akan datang bagi vendor IT dan telekomunikasi yang boleh dibandingkan dengan bermakna. Rangka kerja ini juga menyediakan pembeli teknologi dengan penilaian 360 darjah tentang kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan prospektif.

Tentang Hitachi Solutions, Ltd. 

Hitachi Solutions, Ltd., beribu pejabat di Tokyo, Jepun, merupakan ahli utama perniagaan Sistem Maklumat & Telekomunikasi Hitachi Group dan peneraju yang diiktiraf dalam menyampaikan strategi serta penyelesaian IT dan perniagaan yang terbukti kepada syarikat-syarikat dari pelbagai industri. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan berpandukan nilai di sepanjang kitaran hayat IT daripada perancangan sistem hingga integrasi, operasi dan penyelenggaraan sistem. Hitachi Solutions menyampaikan produk dan perkhidmatan dengan nilai yang unggul kepada para pelanggan di seluruh dunia melalui anak syarikat utamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, India dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut tentang Hitachi Solutions, sila layari: http://www.hitachi-solutions.com.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1697815/Hitachi_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Hitachi Solutions
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Survey, Polls & Research