CAMBRIDGE, United Kingdom, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Darktrace, peneraju global dalam keselamatan siber AI, hari ini melaporkan bahawa penyelidik keselamatannya mendapati terdapat peningkatan sebanyak 30% dalam purata bilangan percubaan serangan perisian tebusan di seluruh dunia sepanjang musim cuti dalam setiap tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 berbanding purata bulanan.
Para penyelidik juga memantau peningkatan purata sebanyak 70% dalam percubaan serangan perisian tebusan pada bulan November dan Disember berbanding bulan Januari dan Februari. Berikutan terdapat sejumlah besar serangan perisian tebusan pada tahun ini, syarikat ini menjangkakan pertambahan akan menjadi lebih tinggi semasa musim cuti tahun 2021.
Semasa permulaan musim cuti 2021, AI Darktrace telah mengesan dan secara autonomi menghentikan serangan perisian tebusan yang sedang dijalankan pada peringkat awal di sebuah bandar di A.S. sebelum sebarang penyusupan keluar atau penyulitan data boleh berlaku. Pasukan keselamatan bandar tersebut mempunyai pandangan jauh untuk menggunakan penyelesaian AI bagi memerangi serangan perisian tebusan berbilang peringkat yang membolehkan mereka menghentikan penyerang pada peringkat paling awal.
Perisian tebusan sering disalahertikan sebagai masalah penyulitan. Tanggapan salah ini menutup dan merendahkan keazaman dan kreativiti penyerang untuk mula menceroboh dan kemudian bergerak dalam persekitaran digital organisasi terlebih dahulu untuk menemui, kemudian mencuri dan menyulitkan data. Pencerobohan masuk selalunya melalui e-mel dan ia berkembang dengan cepat untuk menyasarkan pelayan tempat data tersebut berada. Oleh itu, gabungan keselamatan e-mel dan rangkaian adalah penting untuk menghentikan serangan ini.
Dengan didayakan oleh AI Pembelajaran Kendiri, teknologi Darktrace membangunkan pemahaman tentang operasi perniagaan biasa untuk setiap organisasi. Ia secara autonomi mengganggu serangan yang sedang dijalankan pada setiap peringkat daripada masukan awal dengan e-mel pancingan data yang canggih kepada protokol desktop jarak jauh (RDP), arahan dan kawalan serta pergerakan sisi secara paksaan, semuanya tanpa mengganggu operasi perniagaan.
"Berdasarkan apa yang telah kita lihat dalam beberapa tahun yang lalu, musim cuti merupakan tempoh sasaran yang konsisten bagi penyerang siber. Menariknya, peningkatan terbesar dalam percubaan serangan perisian tebusan adalah antara Krismas dan Tahun Baru apabila penyerang mengetahui bahawa terdapat kekurangan tumpuan pada skrin yang mempertahankan terhadap ancaman," ulas Justin Fier, Pengarah Perisikan dan Analisis Siber, Darktrace. "Pemimpin perniagaan perlu tahu bahawa terdapat teknologi yang tersedia yang boleh mengenal pasti dan bertindak balas terhadap tanda-tanda amaran awal perisian tebusan sebelum penyerang dapat menahan sistem kritikal sebagai tebusan, walaupun ketika pasukan keselamatan manusia tiada di pejabat."
Tentang Darktrace
Darktrace (DARK.L), peneraju global dalam keselamatan siber AI, menyampaikan teknologi bertaraf dunia yang melindungi hampir 6,000 pelanggan di seluruh dunia daripada ancaman yang canggih, termasuk perisian tebusan dan serangan awan serta SaaS . Pendekatan asas syarikat yang berbeza mengguna pakai AI Pembelajaran Kendiri untuk membolehkan mesin memahami perniagaan bagi mempertahankannya secara autonomi. Beribu pejabat di Cambridge, UK, syarikat ini mempunyai 1,600 orang pekerja dan lebih 30 buah pejabat di seluruh dunia. Darktrace telah dinobatkan sebagai 'Syarikat Paling Berpengaruh' majalah TIME bagi tahun 2021.