![]() |
BOSTON, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Immensitas Private Limited telah mengumpulkan dana sebanyak $2.3 juta dalam pusingan Pra-siri A1 yang diketuai bersama-sama oleh growx ventures, Artha Venture Fund (AVF) dan DSP Investment Managers Pvt. Ltd. Pusingan ini juga menyaksikan penyertaan daripada LogX Ventures dan Atrium Angels, alumni ISB yang menaja dana VC mikro.
Pada bulan Julai, syarikat tersebut telah mengumpul dana pusingan daripada AVF dan LogX. Dana baharu ini akan digunakan untuk mengukuhkan keupayaan Lemnisk, penawaran produk Immensitas dan pengembangan pasaran.
Platform Data Pelanggan (CDP) Lemnisk mengetuai personalisasi dan penyelesaian automasi pemasaran masa nyata yang membolehkan perusahaan mencantumkan data pelanggan merentasi sumber data yang berbeza dan mengaktifkannya merentas berbilang saluran pemasaran dan titik sentuh.
Sheetal Bahl, Rakan Kongsi, growx ventures berkata, "Kami amat kagum dengan strategi mengutamakan data oleh Lemnisk untuk membangunkan produk mereka. Ini amat berbeza dengan ekosistem teknologi pemasaran sedia ada yang mengambil pendekatan mengutamakan saluran dan kini cuba menyusun semula persekitaran berkaitan data."
Aditi Kothari, DSP Investment Managers Pvt. Ltd. berkata, "Rinku, Praveen & Subra mempunyai visi yang menarik dan komprehensif untuk CDP mereka. Bagi para pemasar perusahaan, Lemnisk memperkenalkan satu pendekatan yang jitu yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai kes penggunaan pemasaran berasaskan data."
Anirudh A Damani, Rakan Kongsi Pengurusan, AVF berkata, "Pusingan semasa ini menandakan pertumbuhan 10 kali ganda dalam pelaburan awal kami dalam masa kurang 8 bulan, kerana pasukan Lemnisk terus memanfaatkan teknologi terkini untuk membantu pemasar mengawal data mereka! Kami gembira dapat mencapai kejayaan berganda untuk pasukan ini!"
"Pusingan baharu ini membolehkan kami terus membina visi tinggi kami untuk menawarkan sebuah platform yang bukan sahaja memusatkan data pelanggan tetapi juga dengan cepat bertindak ke atas kecerdasan masa nyata. Tidak seperti pemain lain yang berusaha untuk menggantikan awan pemasaran yang besar, pendekatan kami adalah untuk membantu pelanggan mendapatkan hasil yang lebih baik daripada pelaburan sedia ada mereka", kata Subra Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif Lemnisk.
Tentang Immensitas Private Limited
Immensitas Private Limited menawarkan Lemnisk, memberikan pengalaman pelanggan yang unggul yang menghasilkan peningkatan penukaran, pengekalan dan pertumbuhan untuk perusahaan.
Keupayaan utama ini merangkumi:
Lemnisk mempunyai pejabat di Boston, Singapura, Dubai & Bangalore. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.lemnisk.co
Hubungan Media:
Bijoy K.B
kb@lemnisk.co
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/883152/Lemnisk_Logo.jpg?p=medium600