omniture

Thayer Scale Melantik Pengurus Jualan Serantau Baharu di Asia Tenggara

Thayer Scale
2021-12-02 22:50 64

Desmond Anantharaj, seorang pakar dalam perniagaan penyelesaian pengendalian bahan pukal akan membangun dan menguruskan pelanggan dan rakan kongsi saluran jualan syarikat ini untuk rantau Asia Tenggara dan Australia 

PEMBROKE, Massachusetts, 2 Disember, 2021 /PRNewswire/ -- Thayer Scale, pengeluar peralatan global terkemuka bagi penghantaran dan penimbangan bahan pukal yang berterusan, mengumumkan penyertaan Desmond Anantharaj ke syarikat tersebut sebagai Pengurus Jualan Serantau baharu – Asia Tenggara. Beliau bertanggungjawab untuk pembangunan perniagaan, pengurusan projek serta pengurusan saluran pengedaran dan akaun utama Thayer Scale di rantau tersebut. Desmond akan ditempatkan di Malaysia untuk memberi sokongan serantau kepada para pelanggan di peringkat tempatan di Indonesia, Singapura, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, Malaysia, Vietnam dan Australia. Tanggungjawab beliau ialah memberi tumpuan kepada segmen pasaran Penjanaan Kuasa, Perlombongan, Simen, Bahan Kimia, Produk Pembinaan dan Makanan.

Desmond Anantharaj, New Regional Sales Manager - South East Asia, Thayer Scale
Desmond Anantharaj, New Regional Sales Manager - South East Asia, Thayer Scale

Sebelum menyertai Thayer Scale, Desmond merupakan Pengurus Jualan dengan Thermo Fisher Scientific, Inc. Tugas beliau yang utama ialah memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan dan pengurusan saluran rakan kongsi untuk bahagian pengendalian bahan pukal Thermo di Asia Tenggara. Sebelum menyertai Thermo Fisher Scientific, Inc., beliau merupakan pengurus jualan TecGates Group, sebuah syarikat EPCC siap guna terkemuka untuk projek pengendalian bahan pukal.

Desmond telah bekerja dengan pelbagai jenis peralatan pengendalian bahan pukal dan proses seperti tali sawat penghantar, sistem penghantar pneumatik, penghantar dulang, pengangkut timba, penghantar tali sawat penimbang, penimbang tali sawat penghantar, sistem pensampelan arang batu, mesin penghancur dan penggelek menegak. Beliau juga mempunyai pengalaman perundingan yang luas dalam penilaian keperluan pengendalian bahan dan pembangunan penyelesaian untuk industri Loji Kuasa Arang Batu, Simen dan Perlombongan. Beliau telah berjaya memberikan analisis dan tugas perundingan untuk limbungan stok arang dan jeti pemunggahan arang dalam sektor Penjanaan Kuasa.

"Pemahaman mendalam Desmond tentang keperluan peralatan pengendalian pukal khusus di Asia Tenggara akan membolehkan Thayer Scale meningkatkan jejak global dan meningkatkan pemahaman kami tentang produk dan perkhidmatan yang paling bernilai kepada para pelanggan kami," kata David Hyer, Presiden Thayer Scale. "Kami teruja dengan penyertaan Desmond dalam pasukan ini dan membantu kami membangunkan penyelesaian baharu untuk meningkatkan jualan di pasaran utama di rantau ini."

Peralatan Thayer Scale menyediakan gabungan pengukuran ketepatan dan kebolehpercayaan yang amat tinggi yang jarang ditemui dalam pelbagai industri dan pasaran. Syarikat ini mempunyai budaya kerjasama yang kukuh yang membolehkannya mencipta nilai berterusan kepada para pelanggannya di seluruh dunia. Para pelanggan Thayer Scale memanfaatkan pengetahuannya yang luas tentang penghantar penimbang automatik, tali sawat penghantar, peranti penimbang dan bekas bantuan aliran untuk menyelesaikan cabaran pengendalian bahan mereka yang paling kompleks. Produk Thayer Scale penting untuk industri dan syarikat khusus yang diberikan perkhidmatan olehnya: Penjanaan Kuasa, Simen, Perlombongan, Makanan, Bahan Kimia dan Produk Bangunan serta Perindustrian.

"Saya tidak sabar untuk menyertai pasukan Thayer Scale," kata Desmond. "Pengetahuan saya dalam kejuruteraan dan tugas perundingan peralatan pengendalian bahan pukal yang digabungkan dengan pendedahan pembangunan perniagaan serantau akan membantu Thayer Scale meningkatkan kehadirannya dan mewujudkan rakan kongsi strategik untuk perniagaan ini. Saya akan memanfaatkan kepakaran saya dalam penjualan peralatan pengendalian bahan pukal untuk memacu pertumbuhan perniagaan ini dan memenuhi keperluan unik pelanggan dalam segmen sasaran."

Tentang Thayer Scale

Thayer Scale yang beribu pejabat di Pembroke, Massachusetts merupakan pengeluar peralatan global terkemuka untuk industri penimbang berterusan. Selama lebih tujuh puluh tahun, syarikat ini telah menyediakan penyelesaian kejuruteraan untuk sektor Produk Pembinaan, Tenaga dan Makanan serta Bahan Kimia dan Perindustrian. Perniagaan ini dikhususkan untuk pengkhususan barisan produk bagi mereka bentuk dan membangunkan penimbang tali sawat penghantar dan penghantar gravimetrik yang terkemuka di pasaran. Peralatan Thayer Scale boleh dipercayai, berketepatan tinggi dan "Dibina untuk Bertahan." Para pelanggan syarikat ini menghasilkan produk akhir untuk jenama terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.thayerscale.com.

Hubungan Media: 
Amelia Burkhart
ab@bbrand.agency
www.bbrand.agency
978-968-0464

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1694418/Desmond_Photo_2.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1524304/Thayer_Scale_Logo.jpg?p=medium600

Source: Thayer Scale
Keywords: Construction/Building Corporate Expansion Personnel announcements